Pages

Friday, March 16, 2012

Jangan Pernah Pergi......08

Selepas solat subuh, aku terus ke dapur untuk menyediakan sarapan.  Aku bukak fridge..'hmmm...ada mee...goreng mee je lah' berkata-kata aku seorang diri.  Bertungkus-lumus aku pagi ni bersemangat betul untuk menyediakan sarapan buat Mr Husband tercinta for the first time.  Siap jugak akhirnya, terhidang di atas meja mee goreng bersama air nescafe.  Aku bergegas ke bilik untuk bersiap.  


Aku masuk je tengok Syafiq sudah pun bersiap.  'Abang...breakfast dah ada kat atas meja so Abang breakfast lah dulu erk...Aina nak mandi dulu'  meluru je aku masuk toilet.


'Saayaa.....'...tak sempat syafiq menghabiskan ayat, aku sudah pun tutup pintu toilet. 


Aku keluar dari toilet, Syafiq sudah tiada. breakfastlah tu.  Aku tengok jam di dinding..'laaaa..awal lagi yang kelam kabut tu kenapa'.  bebel sorang-sorang.  aku mengambil baju kurung berwarna biru laut dalam almari.  Aku lebih selesa berbaju kurung ke office..lagipun senang..sarung je.  Sesudah bersiap dan touch-up ala kadar, aku keluar untuk bersarapan bersama-sama dengan Syafiq.


'Sayang ni kelam kabut sangat lah..kan awal lagi.  Tadi abang baru nak cakap sayang dah kelam kabut tutup pintu toilet'  bila masa Syafiq pandai membebel ni.


'Hah!!!! ye ke...tadi Aina ingat dah lambat.  Kenapa?..abang nak cakap apa tadi?'


'Abang nak sayang pilihkan tie untuk abang.'


'Oooo..nanti Aina ambikkan yer'


'Abang...Aina ingat petang nanti balik kerja Aina naik teksi pegi rumah mak.  Then bawak balik kereta.'


'Abang cakap biar je lah kereta Aina tu kat rumah mak.  At least abah boleh guna.  Kereta abah tu pun bukannya elok sangat pun.  Asyik rosak je kan.  I will send and pick-up you everyday'  suara Syafiq dah mula keras.


Aku diam.  Takut nak menjawap bila dengar suara Syafiq sudah berkeras.


Aku bangun membawa pinggan aku ke sinki dan kemudian aku meluru ke bilik untuk memilih tie untuk Syaifq.


'Abang...kemeja abang color apa?'  jerit aku dari bilik.


'Cream strike'  jerit Syafiq.


Aku buka almari nak membelek koleksi tie yang tergulung elok dalam drawer.  'Hmmm...yang gold color ni cam ngam je..lagipun aku tak pernah nampak dia pakai.'  desis hatiku.  Aku mengambilnya dan keluar dari bilik.


'Abang..yang ni padankan..bangunlah Aina pakaikan' aku mengacukan tie tersebut ke kemeja Syafiq.


Syafiq merampas tie itu dari tanganku.  'Kenapa ambik tie nie.  Abang tak pernah pakai tie ni dan tak kan pakai tau tak.  It’s special'  tinggi suara Syafiq.  Dengan pantas Syafiq memasuki bilik dan kembali menyimpan tie tersebut.


Tergamam..terkejut..terperanjat..kenapa hanya kerana tie ni Syafiq marah dan sanggup menengking aku.


Lama Syafiq di dalam bilik manakala aku terdiam duduk di meja makan.


'It's special' ia seperti diulang-ulang di kotak fikiranku.  Kalau betul ia special sangat kenapa nak simpan dalam almari, pergilah simpan dalam kotak letak bawah katil kan senang.  Aku pun tak kan nampak.  Sakitnya hatiku. 


Aku melepaskan keluhan.  Aku bangun menuju ke bilik.  Terlihat Syafiq duduk di birai katil.  Aku membuka almari dan mengambil tie dari drawer.  Kali ini aku mengambil tie yang berwarna light brown.  Aku memberinya kepada Syafiq, tanpa meminta bantuan ku Syafiq terus memakainya.


'Jom..pergi...dah pukul berapa ni'  Syafiq terus keluar.


Tinggal aku yang terkial-kial mendapatkan handbag dan mencari kunci rumah.  Aku mengunci pintu rumah dan berjalan laju menuju ke lif.  Sesampai saja di lif Syafiq sudah pun tiada.  Aku mengeluh. 


Berlari-lari aku menuju ke kereta. Masuk saja aku ke dalam kereta, Syafiq terus memandu laju.  Ya allah !!!  besar ke kesalahan aku sampai Syafiq menunjukkan kemarahannya. 


Kami hanya berdiam diri sepanjang perjalanan.  Sesampai saja di lobby bangunan office aku, aku menghulurkan tangan dan mencium tangannya.  Namun Syafiq tidak mencium dahiku seperti kebiasaan dilakukan.  Sedihnya!!..'abang please jangan buat Aina macam ni.' rintih aku dalam hati.  Aku masih berdiri melihat kereta Syafiq meluru laju.  Air mata sudah bergenang.


'Oi..nyah..kenapa kau tercegat kat sini...tunggu orang ke'  tegur Nora.


'Eh..tak lah...jom naik' laju je aku berjalan ke pintu lif.  Nora macam hairan tengok aku.


'Aina...tunggu'  Nora berlari mengejar aku.


'Kau kenapa Aina?. Pasal Mr Husband ke?'  Nora macam tahu je bila aku ada masalah.


'Tak delah...'


'Hmmm...dengan aku kau nak berselindung..bukan baru sebulan lah aku kenal kau...kita sama-sama kerja kat sini dah nak masuk 8 tahun.'


Aku menoleh memandang Nora.  'Kita ni kan Aina...sebagai isteri kena banyak bertolak ansur..kena sentiasa mengalah..pandai jaga hati suami.  Insya allah bahagia rumahtangga kau'  nasihat Nora.


Keluar dari pintu lif, kelihatan tempat Linda masih gelap.  Linda masih belum sampai lagi tu.  Aku dan Nora terus menuju ke bilik.  Belum sempat aku menuju ke tempat dudukku, Nora memegang lenganku 'Aina, tak salahkan kalau kau yang minta maaf dulu'.  Aku membalas senyuman Nora.


Aku duduk dan menarik nafas panjang.  Aku mengambil handphone dalam handbag, aku merenung handphone kosong tiada pun missed call atau sms dari Syafiq.  Tak pelah..aku ikut nasihat Nora.  Tak salah kan kalau aku yang minta maaf dulu.


As'salam abg..Aina mintak maaf pasal pg td


SMS delivered.


Aku letak handphone atas meja.  Aku dah tak boleh nak fokus pada kerja, mana tidaknya dari tadi aku dok jeling ke handphone.  Tak bunyi-bunyi handphone ni.  Dah 10 min..tak de jugak reply dari Syafiq. 


'Ala...Aina, lama mana sangatlah nak merajuk...don't worry kejap je tu'  Nora menjeling kat aku.


Aku mendongak dan memandang Nora, aku tunduk melihat handphone masih kosong.  Aku kembali menyimpan handphone ke dalam handbag.  Dah lah..malas nak fikir janji aku dah minta maaf.  Aku kembali menyambung kerja aku yang mula menambah atas meja.


Sedang leka dengan kerjaku, tiba-tiba dengar handphone berbunyi...sms!!!! laju saja tanganku membuka handbag dan mengambil handphone.


Sorry syg..abg mtg td br je nmpak sms syg


Tersenyum...bunyi lagi..sms lagi!!!!


Abg yg patut say sorry..sbb abg tinggi suara kat syg..abg minta maaf yer


Aku mula menaip membalas sms Syafiq.


It's ok..Aina yg buat salah sbb tulah abg marahkan. 


SMS delivered.


Oklah..dhlah xyah ingat lg k..nnti jgn lewat lunch + kul 6 abg dtg ambik.  Luv u


Ok..love u too abg


Senyum lebar....rasanya macam nak senyum sampai ke telinga.


'Ai....dah dok senyum je pulak...dah ok lah tu...Mr Husband sms ke?'  usik Nora.


Aku mengangguk.  Hati aku kembali berbunga.  Tenang dan lega.


'Hei uols...kita pegi lunch kat Restoran Kak Ros nak tak'  tiba-tiba Linda terpacul depan pintu.


'Ok gak...dah lama kita tak pergi sana kan' aku bersetuju dengan cadangan Linda. Tiba-tiba perut terasa lapar.


'Orait...korang kul 1 erk'


**************************


'Ramai siut...macam tak de meja kosong je'  kata Zara sejurus turun dari kereta.


Aku, Nora dan Lia turun dari kereta.  'Ha..ah lah'  kata ku.


'Eh..kita makan kat tempat lain lah erk'  cadang Nora.


'Ala..tunggu lah kejap..mesti ada..'  kata Lia.


Melilau aku mencari tempat kosong..tiba-tiba aku terpandang kelibat seseorang yang aku kenal.  Syafiq!!!!!..itu Syafiq kan?  Cepat-cepat aku menoleh ke belakang berharap Syafiq tidak perasan.


Aku cepat-cepat dapatkan Nora, Lia, Zara dan Linda.  'Eh..kita makan kat tempat lain lah...tak de tempat ni..nak tunggu sampai pukul berapa'  aku bagi cadangan.  Aku tak nak terserempak dengan Syafiq dan kawan-kawannya.


'Ala..kejaplah...tunggu kejap je'  pujuk Linda.


Aku menoleh ke arah tempat Syafiq tadi.  Syafiq bersama 2 orang kawannya.  Tapi kenapa perempuan itu duduk sebelah Syafiq?.  Kenapa tidak duduk di sebelah kawannya di hadapan Syafiq?  Siapa perempuan itu?  Macam-macam soalan mula timbul dalam kepala ku.  Hati aku mula berdebar-debar.  Hati aku mula rasa tak tenang.  Ya allah...tenangkan dan tabahkan hati ku.  'Hati...please jangan fikir yang bukan-bukan'  aku mula memujuk hatiku.  Aku mula rasa gelisah..rasa nak cepat-cepat ke kereta dan balik ke office.  Tapi nak buat macamana kawan-kawan aku yang tersayang ni still nak makan kat sini.


'Sayang....'  aku terkejut...aku menoleh ke belakang.  Hati aku dah berdebar-debar. 


'Abang!!'  aku buat-buat terkejut.


'Baru datang ke atau dah nak balik?' tanya Syafiq.


'Tunggu tempat kosong..Abang?'  buat-buat tanya.


'Dah makan..dengan kawan abang..dah nak balik office'


'Tak nampak pun kereta abang' 


'Ooo..abang datang dengan kawan abang'


Aku mengangguk.


'Oklah abang balik office dulu...enjoy your lunch k..take care..nanti dah balik office sms abang k'


Syafiq terus berlalu.  Kereta Myvi hitam!!!!!!!!!!!!!!!!...itu bukan kereta yang sama ke??????? Bagan Lalang????????????.......Yeeee!!!!!...memang kereta yang sama.


Kenapa Syafiq yang memandu kereta tu?..Kenapa perempuan tu duduk di depan?...Ya allah...tabahkan hati ku.


Pandangan aku tidak beralih sehinggalah kereta Myvi tu sudah tidak kelihatan.


'Aina..jom..tu dah ada tempat kosong'  Nora menarik tanganku.  Aku mengikut saja langkah Nora walaupun aku sudah tidak ada selera untuk makan.  Hati aku masih berdebar-debar.  Ya allah tenangkan hati ku ini.  Macam-macam tanggapan mula menerjah fikiranku.


‘Kak Aina…naper tak makan ni’..tegur Linda.  Lia dan Zara juga memandang hairan.  Nora yang duduk di sebelahku tiba-tiba mengenggam erat tangan kiri ku.  Nora seperti faham apa yang melanda perasaan aku saat ini.


Aku hanya mampu tersenyum sahaja.


Kembali ke office, aku sms Syafiq memberitahu aku sudah balik dari lunch.  Belum sempat aku simpan handphone ke dalam handbag, hanphone sudah berbunyi.


Ok..abg tgh rushing ni..nnti ptg abg ambik ..k


Aku hanya memandang sms dari Syafiq, malas hendak membalasnya.  Biarkan.


Sudah ½ jam berlalu, aku masih tidak dapat menumpukan pada kerja ku.  ‘tak bleh jadi ni..baik aku solat lah dulu’ desis hatiku. 


‘Kau ok ke Na?’  tegur Nora yang dari tadi memerhatikan gerak geriku.


Aku senyum dan mengangguk.  ‘Aku nak solat jap erk’  aku bangun terus berlalu.


Seusai solat, aku panjatkan doa pada Maha Esa agar kekalkan kebahagian rumahtanggaku.  Airmata keluarlah…lepaskanlah semua agar lapang hati ku ini.


Aku sedar aku telahpun merestui hubungan Syafiq dan Nurrezzah semasa Syafiq berterus-terang pada awal perkahwinanku.  Tapi kenapa sekarang hatiku mula berubah, tidak mahu berkongsi kasih sayang Syafiq dengan orang lain.  Bukankah aku yang merampas Syafiq dari Nurrezzah.  Apa yang aku rasai sekarang ini, Nurrezzah terlebih dahulu mengalaminya. 


Pintu surau diketuk, aku mengesat air mataku dan membuka pintu.  Melihat mataku yang merah Nora masuk terus memelukku.  Air mata mengalir lagi tidak dapat ditahan-tahan.


‘Sabar Na…jangan fikir yang bukan-bukan’  Nora cuba memujukku.  Kami merenggangkan pelukan apabila tangisanku mula reda.


‘Kau rehat je lah dulu kat sini.  Nanti aku bagitau diorang kau sakit kepala erk.’  Aku mengangguk.


Sebelum menutup pintu surau, Nora sempat berkata ‘Aina, aku yakin Syafiq cintakan kau’.


‘Aku memang berharap dia cintakan aku sepenuh hatinya, Nora’ aku cuma menjawap dalam hati.




***********************


Terdengar ketukan, aku baru tersedar.  ‘Ya allah tertidur…hah!!!...dah pukul 6.’  Terkejut aku bila melihat jam di tangan.  Aku membetulkan tudung sebelum membuka pintu.


Sekali lagi aku terkejut apabila melihat Syafiq yang sedang berdiri di depan pintu.


‘Sayang tak sihat ke?..kenapa ni sampai mata pun sembab ni.  Nora kata Sayang tak sihat.  Kenapa Sayang tak call Abang.’  Syafiq memegang kedua belah pipiku.  Air mata aku tiba-tiba mengalir bagai tidak dapat ditahan.  Aku terus memeluknya.  Syafiq mengusap belakangku sambil memujuk. 


‘Sayang cuba cakap dengan abang.  Kenapa ni?..sebab pagi tadi ke?  Abang minta maaf ..k’.  Aku mengeratkan lagi pelukanku.  Aku tahu pasti Syafiq hairan namun dia tidak lagi bertanya dan hanya melayan senduku. 


Aku mendongak, ‘Abang tak kan tinggalkan Aina kan’…air mata masih mengalir.  Berkerut wajah Syafiq mendengar kata-kataku.  Sambil menyapu air mataku, ‘Berapa kali dah abang cakap..abang tak kan tinggalkan sayang.  Abang sayang Aina.  Berjauhan pun abang tak sanggup tau.  Dah..dah..abang tak nak dengar lagi sayang tanya perkara yang sama.’  Syafiq kembali memelukku.


Apabila sendu ku reda, Syafiq mengajak aku balik memandangkan keadaan office sudah semakin lenggang.


Dalam kereta aku hanya berdiam diri.  Mood malas bercakap sudah kembali.  Tiba-tiba terasa tangan kananku digenggam.  Aku menoleh memandang Syafiq.  Syafiq mengambil tanganku lalu diciumnya.  Aku terharu.  Adakah aku yang terlalu memikirkan yang bukan-bukan.


‘Abang tolonglah janji dengan Aina jangan sesekali tinggalkan Aina.  Ya allah bagaimana hendak aku teruskan hidup kalau betul Syafiq tinggalkan aku’  merintih aku sendiri dalam hati.


Sepanjang perjalanan Syafiq tidak melepaskan genggaman tangannya.  Sesampai sahaja di rumah aku terus masuk ke bilik.  Badan terasa penat dan mata betul-betul terasa berat.  Tanpa membersihkan diri, aku terus berbaring di atas katil. 


Terasa badanku digerakkan.  Aku tersedar, namun mataku berat betul hendak dibuka.



‘Sayang..bangun..makan dulu nanti boleh makan ubat’  Syafiq membantu aku duduk di birai katil.  Aku melihat diriku yang sudah pun bersalin pakaian.  Aku mendongak memandang Syafiq.  Syafiq tersenyum, ‘Abang tukarkan baju sayang’.  Syafiq duduk disebelahku dan mula menyuapkan aku bubur.  ‘Dia masak ke?’ tanya aku dalam hati.  Habis semangkuk bubur aku makan.  Tidak tahulah bubur itu memang sedap atau memang sedap bila makan disuap, apalagi disuap oleh Mr Husband.



Syafiq menyuakan panadol padaku.  ‘Abang, Aina tak demamlah..Aina cuma penat je ni’  aku menolak.  ‘Badan sayang panas ni.  Makan yer nanti boleh rehat’  aku sudah tidak boleh menolak bila dengar Syafiq memujuk.  Aku telan juga panadol itu.  Syafiq mendekatkan dirinya,’ Sayang, cuba cerita kat abang what actually happen?.  Sayang menangis sampai mata sembab macam ni’  tangan digenggam erat oleh Syafiq.  Aku menggelengkan kepala.


‘Boleh tak sayang jangan berahsia dengan abang please.  Sayang buat abang risau.  Kalau abang ada buat salah sayang bagitahu kadang-kadang abang tak sedar abang dah buat sayang kecil hati.’  Syafiq tunduk dan mencium tanganku lama.  Aku mengangkat tangan kiriku lalu membelai rambutnya.  Aku mencium rambutnya.  Syafiq mendongak lalu mencium dahiku.  Aku tidak tahu apa yang harus aku terangkan.  Aku hanya menangis kerana berprasangka Syafiq bersama wanita lain.


‘Aina cuma takut kalau satu hari nanti abang tinggalkan Aina.  Aina tak sanggup abang.  Aina tak sanggup hidup tanpa abang.  Aina takut abang..takut…’ air mata mengalir lagi. 


Syafiq menarik dan memelukku, ‘Abang janji abang tak kan tinggalkan sayang.  Abang janji’  Syafiq mencium bahuku…lalu merenggangkan pelukan lalu mencium dahiku…Syafiq merenung mataku.  ‘Abang janji’..semakin dekat wajahnya lalu terasa bibirnya menyentuh bibirku.  ‘Aina terlalu cintakan abang’  kataku dalam hati.



No comments:

Post a Comment