Aku
terlebih dulu turun ke bawah setelah bersiap hendak ke pejabat. Aku
terus ke meja makan duduk bersarapan. Tak lama kemudian terdengar
Syafiq menuruni tangga.
'Sayang....'
Syafiq menghampiriku dan terus mencium dahiku. Lagaknya macam tiada
apa-apa yang berlaku semalam.
'Hmmm...nanti
lunch sama-sama ..k'
'Abang...tak
tau lagi lah...nanti apa-apa Aina telefon dulu ye..'
'Orait...apa-apa
sayang call
abang yer'
'Ermmm....sayang...kondo
kita dah siap...kita pindah this weekend' aku diam je bila Syafiq
beri cadangan.
'Sayang!!!!...kenapa
ni'
'Hah!!!..tak
de apa-apa....ermmm...abang tanyalah ayah ngan ibu dulu'
'Yelah...tunggu
ayah ibu balik nanti...'
Aku
rasa macam malas nak sembang dengan dia hari ini. Syafiq pula macam
tidak ada apa-apa berlaku saja. Geram pun ada. Kenapa dia tidak
jawap soalan aku semalam. Kenapa dia tidak cerita apa yang berlaku
semalam.
Aku
bangun..dah lewat ni nak pergi office
takut jalan sesak pulak nanti lambat pulak masuk.
'Sayang...nak
abang hantar ke?..Sayang macam tak sihat je..dari tadi diam'
'Tak
pelah abang...Aina tak apa-apalah...penat kut. Abang, aina pergi
dulu yer' Aku hulurkan tangan menyalami Syafiq dan sekali lagi
Syafiq mencium dahiku.
Biarlah
Syafiq pula yang tertanya-tanya kenapa dengan aku?.Kerisauan dan
tandatanya aku sikit pun dia tak layan. Biar dia pula yang sakit
hati. Balas dendam.
Aku
terus saja keluar dengan hati yang sakit.
Sesampai
saja aku di office,
‘Assalamualaikum...good morning..’ Linda yang tengah asyik
touch-up makeupnya
aku tegur. Nampak saja muka ku, ‘Kak Ainaaaa!!!!!!.dah sihat
ke?...Kak Aina kenapa? Kami kat office
ni terkejut bila Mr.
Husband akak datang
bagitau’
‘Akak
tak de apa-apa lah...gastrik jer..ada orang cari akak tak?’ malas
nak cerita bukan sakit apa pun gastrik jer. Malu.
‘Tak
de pun...kak, linda buat milo tuk akak yer.’ rajin pulak si Linda
ni buat air untuk aku. ‘Terima kasih Linda’.
Baru
hendak duduk, handphone bunyi..sms. Aku macam dapat agak saja sms
dari siapa.
Syg
dh smpi...klu syg still xshat..ambik lah cuti lg
Malas
betul lah aku nak balas sms dia. Tiba-tiba nak take
care sangat ni
kenapa?..
Lepas
15min...sms lagi
Syg..kenapa
ni..jgn lah cam nie
Eeeiii....bosan
lah nak layan. Tak mahu diganggu aku letak handphone dalam handbag.
Biarkan....aku malas nak dengar bunyi sms ke incoming
call ke.
Aku
menarik nafas dalam-dalam mula fokus pada kerja ku.
'Oi...naper
kau senyap je ari nie erk' tegur nora yang hairan tengok aku.
'Tak
de apa-apalah...keje aku banyaklah..'
'Yelah
tu..macamlah aku tak tau kau tu...kalau ada problem je mula
diam..bisu. What
happen? Atau kau
still tak sihat, pergilah rehat'
'Tak
de apa lah nora. Aku ok.'
Nora
malas hendak bercakap lagi memandangkan aku tidak mahu bercerita.
Selalu bilik kami memang meriah, mana taknya staff
Hr dan Account
memang happening. Terutama aku dengan nora ada saja nak dibualkan,
hari-hari mesti kecoh. Tapi hari ini area
kami ibarat dilanda garuda sunyi sepi. Staff-staff
yang lain pun macam sakit je semuanya sebab masing-masing pun tak
banyak cakap.
'Hallooooo....oit
naper senyap je ni. Sakit ke semua kalau tak korang lah yang paling
bising.' tegur Linda yang menyinggah ke bilik kami. Memang macam
itu lah selalu kalau hendak ke toilet
atau pantry
mesti menyinggah. Linda menuju ke tempat Nora. Entah apalah yang
mereka bualkan. Aku malas nak ambil port.
'Hei..korang
kita makan kat Nasi Ayam Hainan hari ni nak tak?' tanya linda.
'Eh...nak...nak...'
barulah dengar suara si Zara dengan Lia yang dari tadi pun dok diam
je macam dah kena penyakit aku jugak.
'Kak
aina....join sekali erk.' ajak Linda.
'Akak
malas lah linda nak keluar. Nanti korang tapaukan untuk akak je lah
erk'
'Orait...akak
sihat tak ni..macam tak sihat je' linda datang menghampiri mejaku.
'Akak
sihat je linda...cuma rasa cam tak larat lah nak jalan.'
'Hmmm...yelah..nanti
saya tapaukan untuk akak'.
Linda
berlalu keluar dari bilik kami. Keadaan kembali senyap sunyi.
Jam
sudah menunjukkan pukul 1.00, Nora, Zara dan Lia dah bersiap hendak
keluar lunch.
'Aina,
betul tak nak follow ke..?'
Aku
menggelengkan kepala.
'Oklah...bye
Aina...kami pergi dulu erk' aku melambai tangan.
Aku
meletakkan kepalaku atas meja dan memejamkan mata. Penat...terasa
hendak lelap sekejap lah. Baru saja pejam mata, teringat handphone
aku dalam handbag. Aku menyeluk handbag mengambil handphone. Mak
datuk!!!!!!! punya lah banyak sms dan missed
call. Semuanya dari
Syafiq. Aku baru nak baca sms...
'Aina!!!!!
kenapa ni..abang call tak jawap...abang sms tak reply...apa nie...'
terkejut aku bila tiba-tiba Syafiq terpacul depan pintu bilik. Aku
diam...diam sebab terkejut dan tak tahu nak jawap apa.
'Sayang
kenapa?..cuba cakap ngan abang...' Syafiq mula merendahkan suaranya.
Aku
menggelengkan kepala saja. Memang dah tabiat aku, kalau marah..kalau
geram...aku lebih suka berdiam diri saja. Tapi kekadang berdiam diri
membuat aku sering dimarahi oleh abah dan mak dan kini Syafiq.
Syafiq
mengambil kerusi duduk di sebelah ku memusingkan kerusi ku menghala
ke arahnya. Memegang tanganku. 'Sayang..janganlah diam macam
ni...apa sebenarnya cuba cakap ngan abang. Sayang marah kat abang
ke?..pasal semalam ke? Syafiq cuba memujuk ku.
Kesian
pulak aku melihat Syafiq berusaha memujuk ku...'Tak de apa...Aina
penat kut..' itu sajalah yang mampu aku jawap, tak mahu memanjangkan
cerita.
Syafiq
tunduk mengenggam tangan aku erat...semakin erat dan menghelakan
nafas. Agaknya dia sudah tidak tahu bagaimana lagi mahu memujuk aku.
'Mari
makan dengan abang..' Syafiq menarik tangan aku.
Aku
mengikut sahaja langkah Syafiq. Aku tidak tahu mana dia nak bawa aku
lunch. Hah!!!!...Nasi Ayam Hainan ke?..Aduh!!!!..mesti diorang
nampak aku. Tadi diorang ajak aku tak nak.
Kan
dah aku kata...memang nampak lah. Aku senyum sajalah. Nora, Linda,
Lia dengan Zara apalagi mula lah masing-masing sakit
mata...terkenyit-kenyit. Aku sengih saja.
Syafiq
memesan makanan dan minuman tanpa bertanya padaku.
'Kita
pindah this weekend. Abang dah call bagitahu ayah dengan ibu. Esok
ayah dengan ibu balik.' serius saja suara Syafiq.
Aku
pandang wajahnya. Syafiq mendongak memandangku. 'Kenapa?..'
'Aina
hairan lah..kenapa abang macam tergesa-gesa sangat nak pindah sampai
abang call ayah tak kan tak boleh tunggu ayah dengan ibu balik je
dulu.' suara aku keras...geram...
'Sayang...abang
teringin kita hidup berdua saja...abang fikir kalau kita hidup
berasingan dengan ibu ayah akan menyempurnakan kehidupan kita sebagai
suami isteri.'
Aku
pula berfikiran aku bakal ditinggalkan keseorangan bila Syafiq keluar
berjumpa dengan kawannya seperti yang dilakukannya semalam. Aku
takut kalau perkara semalam berlaku lagi.
'Dah
lah tak payah fikir pasal tu ..biar abang settlekan. Habiskan
makanan tu..dah pukul berapa ni, kawan-kawan sayang pun tak de dah'
serius muka Syafiq.
Aku
malas nak layan ikut dia lah nak buat apa. Lagi aku fikir lagi buat
aku tertekan.
Sesampai
saja di lobby bangunan office,
Syafiq terus memegang kedua-dua belah pipiku dan mencium dahiku.
Sejak bila Syafiq sudah tidak malu berbuat demikian di hadapan
khalayak orang ramai. Tanpa berkata Syafiq terus berlalu. Aku
cepat-cepat menarik tangannya.
'Abang...Aina
ingat balik nanti Aina nak singgah rumah mak sekejap.' Syafiq
mengangguk..'Kirim salam kat abah dengan mak yer..dah pergi naik
abang nak balik office
kejap lagi ada meeting' Aku ambil tangannya dan cium. Syafiq
senyum.
Aku
berlalu masuk ke dalam lif. Dari jauh aku senyum pada Syafiq.
'Hai..patutlah
beria-ria kita ajak tadi orang tu tak nak..rupanya Mr
Husband datang nak
makan sama...so sweet' mula si Linda mengusik. Nora, Lia dan Zara
masing-masing dok menunggu aku kat tempat Linda. Aku malas nak layan
terus berlalu, berlari Nora, Lia dan Zara mendapatkan aku.
'Hei...usik
sikit tak kan marah kut' usik Nora. Aku senyum saja malas nak cakap
apa-apa nanti macam-macam lagi mereka mengusik, baik aku diam je.
'Kakak
Aina...cam ner erk hari-hari akak tengok muka husband akak yang
handsome tu' Lia mula lah nak berangan tu.
'Eeeiii....nak
macamana...macam tu je lah...kalau korang tengok time dia bangun tido
mesti korang lari..hehehehehehehhehehe' saja aku balas usikan
mereka.
‘Ye
ke kak...citer lah kak...cam ne rupa dia..’ mula lah budak-budak
ni...
‘Hei..husband
akak tuk akak je lah..’ amboi-amboi sudah lebih ni..kami ketawa...
Akhirnya
hilang begitu sahaja kemarahan yang terpendam dari semalam. Aku
memang bukan jenis pemarah. Aku mula sedar aku memang tidak boleh
nak marah dengan Syafiq. Tengok muka aku cepat lembut hati. Bila
dia bercakap dan senyum sudah menghilangkan gundah dihati ku.
Baru
nak mula buat kerja...sms lagi..
Syg
nnti ptg jumpa kat umah mak yer..mtg abg cancel. Miss u
Aku
senyum.
Ok...miss
abg jgk
‘Lia..Zara...ada
orang tu kan dari pagi muka punya lah kelat tanya sepatah jawap
sepatah. Sekarang muka dah manis macam strawberry coklat kita makan
hari tu. Tengok sms pun boleh senyum.’ Nora mula lah nak
mengusik.
Aku
senyum saja. Lia dengan Zara dah terkekeh-kekeh ketawa.
***************************
Sesampai
sahaja di rumah, aku sudah nampak kereta BMW X6 milik Syafiq sudah
berada di porch.
‘Assalamualaikum’
Terdengar
suara mak, abah dan Syafiq berbual di dapur.
‘Waalaikumussalam..Aina...mak
kat dapur nie...meh sini minum sekali’ laung mak...biasalah itu
mak aku.
Aku
meletakkan handbag di sofa terus ke dapur. Syafiq tersenyum melihat
aku. Aku bersalaman dengan mak dan abah, kemudian aku menghampiri
Syafiq salam dan mencium tangannya. Syafiq menarik tangan ku agar
aku duduk di sebelahnya. Tangannya diletakkan di belakang aku.
‘Lambat
sayang sampai...keluar office
lambat yer’ tanya Syafiq.
‘Ha..ah...lambat
sikit tadi..lagipun kat Jalan Loke Yew tu kan selalu jem. Abang
cepat je sampai’
‘Kan
abang dah bagitahu meeting
abang cancel
so pukul 4 tadi abang dah keluar’
‘Nah
air Aina....mak tak masak apa pun korang nak datang pun tak
bagitahu..sempat goreng mee je’ bebel mak.
Aku
senyum je.
‘Tak
pelah mak..nanti malam kita makan kat luar je’ cadang Syafiq.
Kelihatan
mak dengan abah gembira hari dengan kepulangan kami. Abah nampak
seronok bersembang dengan satu-satunya menantunya. Aku dengan mak
sibuk kat dapur mengemas sambil bercerita. Biasalah mak ada saja
ceritanya.
Aku
naik ke bilik. Di ruang tamu senyap, abah dan Syafiq telah tiada.
Masuk ke bilik kelihatan Syafiq berbaring di katil. Aku membuka
tudung dan mengambil tuala di dalam almari. Syafiq tidur agaknya,
biarlah. Aku memasuki toilet.
‘Ya
allah abang nie ...dah nak maghrib. Tak bangun lagi’ ngomel aku.
‘Abang..abang...’
aku mengejutkan Syafiq.
Syafiq
mengeliat.
‘Abang
nie...dah nak maghriblah’
‘Ngantuk
sayang...penat...’ Syafiq sudah pun bangun dan duduk di tepi
katil. Kesian pulak. Aku duduk di sisinya dan mengurut bahunya.
Syafiq
mengambil tanganku. ‘Sayang...please
jangan buat kat abang macam ni lagi..abang susah hati sampai tak boleh nak
buat kerja..terpaksa abang cancel
meeting tadi.’
Syafiq tunduk mencium tanganku. Tersentuh hati aku. Menyesal apa
yang aku buat tadi.
‘Maafkan
Aina...kadang-kadang bila perasaan tu sangka yang bukan-bukan tu yang
buat Aina rasa macam nak marah’ Aku mencium tangannya.
‘Abang
nie penat pun tak habis lagi...sayang pulak buat abang macam ni’
jatuh rasa kasih aku padanya. Aku mendongak dan mencium dahi dan
kedua-dua belah pipinya. Syafiq mula mendekatkan muka nya ke mukaku.
‘Dah..dah...abang...pergi
mandi lah..busuk...eeiiii...dengar tu dah azan maghrib’ menolak
badan Syafiq...kami ketawa.
Sesudah
menunaikan solat maghrib bersama, kami bersiap untuk keluar makan
malam. Kami turun ke bawah bersama-sama tidak nampak pun mak dengan
abah, tengah bersiap agaknya. Sementara menunggu mak dengan abah,
Syafiq terlebih dahulu mengambil remote
tv dan menukar ke
channel
TV3 untuk menonton berita.
‘Amboi...bersiap
sakan nampak...punyalah orang tunggu lama’ aku tegur bila nampak
mak dengan abah menuruni tangga.
Mak
dah menjegilkan mata pada ku. Hahahahahha....’lawaklah mak buat
muka cam tu’
‘Mak
ngan abah dah siap...jomlah..takut lambat nanti fullhouse’ kata
Syafiq.
Sekali
lagi Syafiq bawa makan malam di Bagan Lalang. Suka betul Syafiq
makan seafood.
Mood
aku baru je nak baik, tiba di Bagan Lalang mula ingatan aku kembali
mengingati pada kejadian dulu. Memang sengaja nak bagi mood aku
spoil ke. Mula lah aku geram ni. Tapi sebab seafood kat sini memang
sedap tak jadi nak masam muka.hehehehehe. Macam-macam seafood
dipesan oleh Syafiq yang nak makan cuma kami berempat saja tapi
makanan penuh meja. Kenyang!!!!
Malam
itu kami pulang berasingan dengan mak dan abah sebab aku dan Syafiq
terus balik ke rumah ibu kat Damansara. Kereta aku tinggal sementara
di Cheras, Syafiq kata biar kereta aku itu disimpan di sana sementara
ini Syafiq akan menghantar dan mengambil aku kerja. Susahlah lepas
ni, aku nak balik lewat sikit tentu tak boleh.
Dalam
kereta...’Abang...apasalahnya Aina ambik kereta kat umah mak..then
Aina terus balik je lah...’
‘Kan
abang dah cakap biar je kereta tu kat situ..start
esok abang send and
pickup Aina ok’
serius je pulak Syafiq ni. Aku dah muncung.
‘Dah
tok sah nak buat muka muncung cam tu kang abang cium’ serius je
cakap. Aku menjeling.
‘Memang
nak abang cium ke....jeling-jeling kat abang’ Syafiq sudah
memegang daguku.
‘Abangggg...!!!!’
aku tepis tangannya.
Syafiq
ketawa.
*************
‘Sayang...dah
habis kemas semua. Baju-baju tu tak payahlah bawak semua. Biarlah
simpan kat rumah ibu sikit. Sayang jangan lupa buku-buku abang tu
letak dalam kotak yer’
‘Eeeeiii....abang
ni tak adil tau..abang suruh Aina ambik cuti kemas barang..abang
pulak elok je pegi keje erk’
‘Abang
ada keje urgent sikit lah sayang...kejap je..sayang buat je yang mana
larat nanti abang sambung..k..dah abang nak siapkan keje abang nanti
balik lambat lagi sayang marah. Ok..bye sayang love u’.
Eeeeiii..rasa
cam nak campak je handphone
kat katil...hehehehehe...kat katil je berani nak campak.
‘Huh!!!..penatnya...baju
dia je yang banyak..dengan buku dia lagi...aduh!!!.’ dah setengah
hari aku kerjakan barang-barang dia je’ mengeluh dalam
hati...penat kut. Aku menuju ke katil dan baring. Menguap....nak
terlelap...
Terkejut!!!...alamak
terlelap...’aduh!!! dah pukul berapa ni?..eeeiii...cam ner lah
boleh tidur..’ bebel sendiri.
Terkejut
lagi!!!!...Ternampak Syafiq tengah sibuk mengemas meja
kerjanya..semuanya sudah berada dalam kotak.
‘Abang!!..bila
abang balik...Aina tertidur’
‘Hmmm...dah
lama...dah habis pun mengemas..dah siap semua..pergi
mandilah..busuk...dah solat ke belum nie?’ dahiku dicium.
‘Sayang
abang...’
‘Hmm...sayanglah
sebab abang dah settlekan...’ aku sengih.
Pintu
bilik diketuk, aku pergi membuka pintu. ‘Mak...masuklah’
‘Dah
habis kamu berkemas...’
‘Pakaian,
buku-buku, komputer and
barang-barang kerja Syafiq je mak...itupun pakaian kami tak bawak
semua pun’ terang Syafiq.
‘Hmmm...yelah...esok
pukul berapa?’.
‘Maybe
lepas breakfast ke...ibu ayah ikut yer..kita masak and
lunch kat sana’
ibu senyum mengangguk dan berlalu keluar dari bilik.
Walaupun
ibu senyum tapi nampak yang ibu macam sedih. Mesti rumah ini akan
sunyi dan aku pun akan sunyi. Kalau di sini sekurang-kurangnya aku
boleh bersembang dengan Mak Tam.
*********************
‘Assalamualaikum!!!!’
‘Waalaikummussalam...’
‘Mak..Abah...masuk..masuk...dapat
jugak abah cari rumah ni’
‘Hmmm...abah
kamu dah sesat kemana tah tadi...tu yang lambat sampai’ mak bebel.
‘Laaaaa...kenapa
abah tak call Syafiq...boleh Syafiq pegi ambik’
‘Hmmm...abah
kamu memang lah...mak dah cakap tadi suruh tepon kamu...dia tak
nak..nak jugak cari sendiri’ mak kalau dah start membebel..habis
lah!!!!..lari...
‘Aina
mana?’ tanya mak
‘Kat
dapur dengan ibu..masak’
‘Wah...semua
dah ada...tak delah payah-payah pindah barang ha...’ puji mak.
Syafiq tersenyum.
Aku
ke ruang tamu apabila terdengar suara mak. Suara mak memang kuat tak
payah pakai microphone
kalau bercakap.
‘Mak..Abah..’
aku meluru kepada mak...salam dan mencium mak begitu juga pada abah,
memang dari kecil aku diajar begitu. So walaupun dah besar panjang
aku still
kiss
pipi mak dan abah. Manja kan...anak tunggal lah katakan..perempuan
lak tu..hahahhah...puji diri sendiri.
‘Hajjah..apa
khabar?’ sapa mak pada ibu dan bersalaman.
‘Sihat..Diah?..sihat
ke?...sekarang ni selalu je hujan..asma senang lah datang’
‘Hmmm...memang
lah Hajjah...tapi tak teruk sangat..kalau teruk je baru pegi
hospital’
‘Eh..Syafiq
mana ayah?’ tanya abah
‘Ayah
turun tadi pergi kedai..cari suratkhabar’
Aku,
Mak dan Ibu kembali ke dapur, tinggalkan abah dan Syafiq di ruang
tamu.
Gembira
melihat Syafiq berbual dengan abah, ada saja tajuk menjadi perbualan
mereka. Ayah yang baru balik dari kedai pun join sekali. Sesekali
berkumpul ramai-ramai memang seronok. Kalau aku atau Syafiq
beradik-adik ramai mesti lagi meriah.
‘Abang,
Ayah, Abah...minum dulu yer...nanti kejap lagi kita lunch pulak.
Hari ni lunch special punya’
Syafiq
bangun mengambil dulang berisi air dari tanganku. Sempat lagi Syafiq
mengenyit mata. Aku menjegilkan mata. Syafiq ketawa. Nasib baik
ayah dengan abah tak perasan. Eeiii..nak kena cubit Syafiq ni tau.
Wah!!!..memang
banyak betul masak hari ini. Penuh meja dengan lauk pauk. Yang
pasti bukan mak dengan ibu je yang masak, aku pun sumbangkan masakan
tau.
‘Amboi
banyaknya...ni sapa yang masak ni?’ Syafiq tegur sedang aku
menghidang lauk di meja makan.
‘Aina
pun ada masak tau...’
‘Oh
ye ke...yang mana satu Aina masak nie...abang nak orang yang first
rasa’
Aku
menunjuk ke arah ikan bawal sweet sour.
‘Yang
ni..betul ni...entah-entah mak yang masak kut’
‘Abang!!!..Aina
yang masak lah...’ muncung...
‘Hah..hah..tengok
buat lagi muncung..kang abang cii....’
‘Apa
nya ni...hish..korang ni.’ tegur ibu sedang membawa minuman. Ibu
nampak ke?.Aku dengan Syafiq tersengih malu. Aku berlalu ke dapur
sempat mencubit pinggang Syafiq.
‘Sayang!!!!!’..terjerit
Syafiq.
‘Hei..korang
nie bergurau tak kira tempat lah’ Ibu mula bising.
‘Dah
Syafiq..pergi panggil abah dengan ayah kamu..makan’ cepat-cepat
ibu menyuruh Syafiq apabila melihat Syafiq sudah mahu mengejar aku.
Aku mengenyit mata. Syafiq menunjuk muka geram.
No comments:
Post a Comment