Terasa sengal
seluruh badan mungkin sebab seharian baring saja. Aku buka mata, tengok sebelah Syafiq
tiada. ‘Dah bangun kut’ desis hatiku.
Aku bangun turun dari katil menuju ke toilet. Lalu depan cermin ‘Ya allah teruknya muka aku.’ Terus masuk toilet..takut nanti Syafiq
tengok..mesti terkejut.
Hmm…segar sikit
lepas mandi. Aku turun ke bawah. Terdengar suara ibu dan ayah berbual dengan
Syafiq. Syafiq yang sedar aku turun
tangga terus bangun ke arah aku.
‘Sayang dah
ok?. Tengok muka sayang merah
sikit’ Syafiq mengusap pipiku. Aku tersenyum je.
‘Dah sihat
Aina…lega ibu tengok Aina.hmmm..lain kali makan ikut time..keje banyak mana pun time
makan mesti makan. Ibu risau lah kalau
jadi macam nie.’
‘Ye Bu….kalau
ikutkan bukan kelmarin je Aina lewat makan..selalu jugak tapi tak de pulak
sakit cam nie’
‘Hmmm….dah lain
kali jangan macam tu…nanti mak dan abah Aina risau..mak Aina tu semput. Dengar berita-berita macam nie sakit pulak
dia. Ibu pun boleh semput jugak kalau
jadik lagi’ kami ketawa.
Ayah memang tak
banyak cakap. Very cool person. Karektor
ayah sebiji macam abah. Tak tahu lah
Syafiq macamana? Harap-harap Syafiq pun
macam tu jugak.
‘Aina, esok tak
perlulah pegi keje lagi ..biar rehat betul-betul baru start keje yer. Esok biar
Syafiq call office Aina
beritahu. Syafiq..esok call office Aina bagitahu..kalau boleh
mintak cuti 2-3 hari lagi’ Ayah kalau
bercakap macam mengarah. Mungkin sudah
terbiasa agaknya. Maklumlah ayah kan Principal di syarikat.
Syafiq
mengangguk sahaja. Ibu dan ayah sudah
naik ke atas. Tinggal aku dan Syafiq
masih duduk menonton tv. Syafiq memang
suka tengok discovery channel. Aku pulak tak boleh lah nak layan channel tu. Suka layan channel KBS..heheheheh…Korean tegar.
‘Abang…Aina
lapar..’ perut dah berbunyi. Mana taknya dari pagi tadi tidur saja, Mak
Tam bawak makanan pun bukan aku yang makan.
Dia tak perasan ke aku ni tak makan lagi.
‘Hah!!!!!...’ hmmm….buat terkejut.
‘Jom..Sayang
pegi amik tudung..kita makan kat luar.’
sukanya...
‘Hmmmm…kita tak
pernah dinner kat luar kan. So abang nak
bawak sayang makan seafood. Sedap..’
Syafiq tersenyum-senyum.
‘Abang..perlu
ke Aina cuti lagi 2-3 hari..Aina dah ok lah.
Lagipun nanti Aina bosan duk rumah.’
Aku malas nak duduk rumah lama-lama.
Lebih seronok pergi office. Masa bujang dulu pun aku memang jarang
bercuti.
‘Cuti je
lah…rehat betul-betul..k. Hmm apa kata
kita pegi bercuti. Nanti Abang inform ayah approvekan cuti abang. Kita
pergi Bukit Tinggi..nak tak?’
‘Hish…sekarang
abang pulak kena mintak cuti. Tapi Aina
memang teringin nak pegi sana.’ tidak
sedar aku memeluk lengan Syafiq. Syafiq
menoleh dan tersenyum.
Papan tanda
BAGAN LALANG…Syafiq memberi signal ke
kiri. Aku tak pernah sampai ke
sini. Apa yang ada kat sini?. Pantai????...Gold Cost Sepang?.. hah!!..baru
tahu kat sini rupanya Gold Coast Sepang.
‘Orait…kita dah
sampai…’ kelihatan sebuah restoran
seafood betul-betul di tepi laut. Hampir
penuh meja tentu masakannya sedap.
Syafiq memilih meja di sebelah atas betul-betul di atas laut..Wah!!
bestnya berangin..makan..angin laut…nikmatnya.
Setelah memilih
seafood dan masakan yang hendak di masak, aku dan Syafiq kembali ke meja. Tiba-tiba Syafiq terhenti.
‘Sayang..sayang
pegi dulu yer. Abang nak jumpa seseorang
kejap’ Aku mengangguk.
Aku melihat
Syafiq pergi keluar dari restoran.
Kemana Syafiq pergi…jumpa siapa”..desis hatiku.
Aku nampak
Syafiq berdiri sambil meletakkan kedua-dua tangannya di tingkap kereta Myvi
hitam. Tak nampak pulak siapa di dalam
kereta. Syafiq kelihatan bersembang
sambil gelak ketawa dengan orang di dalam kereta itu. Kalau melihat dari keretanya, tuanpunya mesti
bukan lelaki. Tiba-tiba terasa tak
selesa, rasa macam nak pergi saja ke sana.
Atau mungkin ????? Nurrezzah!!!!.
Kereta Myvi
hitam tersebut sudah berlalu. Syafiq
masih bersisa senyumannya. Siapalah
gerangan yang berkereta Myvi itu, Syafiq
begitu happy nampaknya. Timbul rasa cemburu.
‘Kawan abang
ke?’ tanya aku. Terasa macam sakit je hati nie selagi tidak
tahu siapa orang tu.
Syafiq masih
senyum. ‘Ha..ah…kawan lama abang..tak
sangka pulak jumpa kat sini.’
Lain je
senyuman Syafiq ni. Huhuhuhuhu…sakit
hati pulak. Eeeii….rasa nak balik
je. Selera dah putus.
Syafiq pergi
membuat bayaran sementara aku berjalan keluar dari restoran. Kuat betul angin. Aku terus berjalan ke tepi pantai. Duduk di atas batu. Tenang..Nyaman..
Belakang aku
diusap…terkejut aku. ‘Terkejut
abang..ingat sayang tunggu abang kat kereta.’
Syafiq duduk sebelah. Betapa aku
teringin merasai kasih sayang Syafiq sebagaimana Syafiq memberi kasih sayangnya
bertahun-tahun kepada Nurrezzah. Aku
melentokkan kepalaku di bahu Syafiq.
Syafiq memeluk bahuku. Aku
memeluk pinggangnya. Syafiq seperti
kehairanan dengan tindakan aku. Namun
Syafiq tidak bersuara..
‘Abang…boleh
tak abang janji ngan Aina’..entah kenapa hati aku terasa sayu.
‘Janji walau
macamana pun abang tak kan tinggalkan Aina’
‘Hei…naper
nie..naper sayang cakap macam ni. Abang
tak kan tinggalkan sayang lah. Walau
macamana sekali pun…apa pun terjadi…sayang mesti dengan abang..k. kenapa yang macam risau je nie.’ Syafiq mencium ubun-ubun ku.
Aku
menggelengkan kepala.
‘Dah lah jom
kita balik…angin malam tak elok’
Perjalanan
balik kami sunyi sepi …tidak bercakap hanya ditemani lagu-lagu yang diputarkan
radio. Aku memusingkan badan ku mengadap
tingkap. Aku mula melayan perasaan aku
sendiri dan masih memikirkan siapakah gerangan empunya kereta Myvi hitam. Tentunya istimewa. Kalau tidak, tak kan Syafiq sentiasa mengukir
senyuman. Hati aku mula berdebar-debar
mengingatkan manisnya senyuman Syafiq semasa berbual dengan orang itu. Takut bila teringat Syafiq pernah berkata dia
akan berkahwin dengan Nurrezzah. Ya
Allah apa harus aku buat jika Syafiq betul mengahwini Nurrezzah.
‘Sayang…’
tiba-tiba Syafiq bersuara.
Aku terus
menutup mata..buat-buat tidur. Tidak
mahu dia lihat air mata ku yang meleleh.
Ya allah jangan pisahkan aku dengan dia.
Sesampai saja
di rumah, aku masih berbuat tidur. Tidak
mahu rasanya melihat wajah Syafiq. Masih
terbayang-bayang betapa gembiranya dia tadi.
Syafiq membuka pintu kereta dan mencempung aku masuk ke dalam rumah.
‘Mak Tam tolong
tutupkan pintu’ pinta Syafiq
Naik ke bilik
dengan perlahan Syafiq meletak aku di atas katil, mencium dahiku. Sungguh terharu.
Tidak sedar
bila masa aku terlelap, sedar-sedar dah
azan subuh. Hah!! Tangan?....terkejut…tangan Syafiq memelukku
dan dia berada betul-betul dibelakangku.
Aku cuba mengangkat tangannya perlahan tapi lagi erat tangan Syafiq
memelukku. Jantung aku berdegup
kencang…hati ku berdebar-debar..nafasnya terasa di tengkuk. Aku cuba lagi angkat tangannya.
‘Sayang…..nak
kemana?’ betul-betul di telinga
ku…berderau darahku.
‘A..a…abang…dah
subuh’..mulalah penyakit gagap datang.
‘Ermmmm….kejaplah…nanti
kita bangun..k’ tersenyum…terasa
bahagia.
Nasib baik
sempat solat subuh….ni semua kerana Syafiq lah.
Tak pasal-pasal solat subuh gajah.
Sesudah solat tadi Syafiq memegang pipiku dan mencium dahiku. ‘Sayang…jangan fikir bukan-bukan..Abang tak
kan tinggalkan sayang..apa-apa pun sayang jangan jauh dari abang’…Syafiq macam
tahu apa yang menganggu fikiran aku.
Mungkin Syafiq dapat mengagak dari perbuatanku semalam. Tak dapat ditahan lagi air mata aku mengalir
jua. Ya allah tolong jangan pisahkan aku
dengan dia.
‘Sayang..tolong
ambikkan tie abang jap’ Syafiq bersiap di depan cermin.
‘Abang color nie bleh..macam ngan je ngan
kemeja abang’ aku mengacukan tie yang berwarna biru laut itu di
kemejanya. Syafiq senyum mengambil tie tersebut dan mengikatnya. Sambil aku mengemaskan kolar kemejanya,
Syafiq mencium dahiku…lama…Aku mengusap kedua-dua belah pipinya dan mencium di
kedua-dua matanya. Ya allah sungguh
tidak dapat dibayangkan betapa kasihnya aku pada suamiku ini.
Syafiq
tersenyum. ‘Jom turun…abang dah lambat
ni.’ Tanganku digenggam. Kami sama-sama menuruni tangga.
‘Abang
ingat…sebelum ke office abang pegi office sayang dulu inform pasal cuti sayang tu.
Then baru abang ke office.
Kalau cuti abang approve esok
kita pegi Bukit Tinggi..k’
‘And maybe abang balik lambat hari ni…abang
nak settlekan kerja abang
sikit.’ Aku mengangguk.
Sesampai di
ruang makan, kelihatan cuma ibu saja yang bersarapan. ‘Assalamualaikum ibu’
‘Waalaikumussalam..Aina…Syafiq..duduk..sarapan. Ayah kamu baru je keluar pegi office.’
‘Ibu…Syafiq
ingat nak mintak cuti 2-3 hari nie..kebetulan Aina pun cuti..ingat nak pergi
Bukit Tinggi.’
‘Hmmm…bagus
jugak tu..pergi lah. Lagipun maybe ibu
nak follow ayah kamu. Ayah nak ke Penang esok tengok site katanya.’
‘Oklah Syafiq
pegi dulu…abang pergi dulu sayang’..Syafiq mencium dahiku.
Syafiq sudah ke
pejabat. Ibu sudah pun masuk ke bilik,
ada lah yang dibuatnya. Aku ke dapur
dengan niat hendak membantu Mak Tam. Mak
Tam tengah mengemas meja makan. Aku
menolong Mak Tam mencuci pinggan.
‘Mak Tam..nak
masak apa hari ni. Aina tolong yer.’
‘Hish..tak
payah Aina…Mak Tam boleh buat sorang.
Bukan susah mana pun masak jer.
Aina tu kan tak berapa sihat, pergilah rehat’ Mak Tam memang tak bagi siapa-siapa
tolong..dah biasa buat sorang-sorang katanya.
‘Mak Tam…dah
puas rehat..sampai sakit belakang nie asyik baring je.’
‘Mak Tam…dah
berapa lama Mak Tam kerja dengan ayah..ibu..’
‘Dah lama
Aina…Mak Tam mula kerja masa tu hanya jaga Pn. Hjjh berpantang. Yelah Pn. Hjjh tu yatim piatu..jadik Tn. Hj.
datang ke kampong Mak Tam cari orang yang boleh jaga Pn. Hjjh masa berpantang. Mak Tam sekampung dengan Tn. Hj.’ cerita Mak Tam.
‘Mak Tam tak de
anak?’ Aku bertanya.
‘Hmmm…kalau tak
kahwin mana nak adanya anak..Aina oi..’
Mak Tam ketawa. Aku senyum.
Mak Tam sambung
bercerita. ‘Dulu ada jugak lah Tn. Hj
suruh Mak Tam kahwin. Tapi entahlah tak
terbukak hati Mak Tam nie kahwin.
Kebetulan Si Syafiq tu dari kecik memang rapat dengan Mak Tam.’
‘Mak Tam rapat
dengan Abang…Abang selalu ke cerita apa-apa hal dia pada Mak Tam’ aku mula nak mengorek cerita dari Mak Tam.
‘Hmmm…Syafiq tu
jarang bercerita pasal peribadi dia. Dia
banyak memendam je. Masa Tn Hj. dengan
Pn. Hjjh cerita pasal nak jodohkan dia dengan Aina. Lama jugak dia mendiam diri..makan bersama
pun jarang…lewat malam baru balik rumah.
Aina jangan kecik hati yer apa yang Mak Tam cerita ni.’
Aku senyum dan
menggeleng..asyik lak dengar Mak Tam bercerita.
‘Tapi sekarang
lega hati Mak Tam nie tengok dia layan Aina...Mak Tam tumpang gembira. Tapi Mak Tam tak tahu kenapa dia berubah
sekejap dulu. Nak kata dia ada pilihan
dia sendiri tak de pulak dia membantah cadangan Tn Hj. Si Syafiq baik budaknya Aina..tak banyak
kerenah dari baby…memang senanglah jaga dia.
Mak Tam harap Aina dapat jaga hati dia..jaga pakai dia...Mak Tam
sentiasa berdoa kebahagian Syafiq dan Aina.’
mengalir air mata Mak Tam..aku mengusap belakang Mak Tam.
‘Mak Tam..Aina
janji aina akan sentiasa bersama Abang Syafiq.
Aina pun sentiasa berdoa agar kebahagian ni berkekalan Mak Tam.’ Aku pun dah menitiskan air mata. Syahdunya….
Aku naik ke
bilik…tak dapat rasanya berlama-lama dengan Mak Tam..air mata asyik mengalir
je. Baru buka pintu bilik dengar handphone berbunyi..sms.
Syg buat apa..keje byk..tp dok teringat
kat syg je…
Senyum…..
Tadi tlg Mak Tam kt dapur..sembang2..
Abg rindu….syg tak rindu kat abg ke
Lagi rindu…rindu sgt2.
Oklah..ada incoming call pulak…
Love u abg
Hati
berbunga-bunga…..
‘Hmm…apakata
aku pergi jenguk dia kat office’..desis hati ku.
Senyum….
Aku mula
bersiap…turun ke bawah mencari Mak Tam…
‘Mak Tam…Aina
keluar kejap yer..nanti Mak Tam tolong bagitahu ibu yer’..
‘Yelah…hati-hati
Aina..’ aku senyum dan melambai..
Memandu sambil
menyanyi memang menjadi tabiat aku…hmm…singgah kat Mont Kiara kejap lah..awal
lagi ni.
Seronok pulak window shopping time orang lain sibuk
bekerja. Sibuk ber window shopping tak sedar jam dah nak dekat pukul 12.30pm. Hush!!..1/2 jam lagi dah lunch time. Aku singgah di
Mc’Donalds, beli sesuatu boleh makan dengan abang nanti.
Sesampai saja
aku di office Syafiq..aku menegur receptionist di kaunter. ‘Assalamualaikum..En. Muhammad Ikhwan Syafiq
ada?’ Tanya aku.
‘Ermm…En.
Ikhwan dah keluar tadi…ada lah ½ jam tadi.
Ni Puan Aina kan..Puan tak de call
ke tadi.’ Hmmm…nasib baik receptionist ni recognize aku.
Aku
senyum..’Tak call lak
tadi..hmm..ingat nak surprise je..tak
pelah..’ hampa..aku menoleh ke belakang.
‘Ermmm..Puan..kalau
nak Puan boleh tunggu En Ikhwan dalam bilik dia. Dia keluar tak lama tu sebab dia tak meeting
kat luar hari ni’ Aku mengangguk.
Aku dibawa ke
bilik Syafiq, tak pernah aku masuk bilik dia.
Kemas..luas..dinding dipenuhi dengan gambar-gambar projek. Aku duduk di sofa.
‘Puan nak air
apa..saya buatkan’
‘Ish!! Tak
pe…errrr..siapa yer?’ aku menanyakan namanya.
‘Saya
Hazayu..panggil ayu je’
‘Ayu…kalau En
Ikhwan dah masuk ayu tolong bagitau saya ada kat dalam bilik dia’
Ayu menutup
pintu bilik. Aku meletakkan makanan yang
aku beli tadi di atas meja. Aku bangun
menuju meja Syafiq. Bersepah-sepah meja
dengan drawing. Nak kemas takut nanti Syafiq marah
pulak. Aku terus meniliti atas meja
Syafiq, ada beberapa bingkai gambar..gambar Syafiq..gambar ayah dan ibu..gambar
kahwin kami..aku tersenyum. Aku menuju
ke rak buku yang menempatkan buku-buku yang kebanyakkan berkenaan architecture. Dicelah-celah buku itu, aku ternampak ada
album gambar.
‘Hmmm…album
gambar…’ kata ku dalam hati. Aku
ambil..buka..’Hah!..gambar lama..gambar masa Syafiq masih belajar agaknya’ desis hati ku..tersenyum tengok gambar-gambar
lama…comel..heheheh.
Terhenti…terdapat
gambar Syafiq dengan seseorang..’Macam pernah nampak’..puas mengingati. Hish..tak boleh nak ingat pulak. Cantik..ayu saja wajahnya. Banyak juga gambar Syafiq dengan gadis yang
sama. Siapa agaknya dia yer?....Aku
tutup album dan simpan kembali.
Aku kembali
duduk di sofa. Masih teringat wajah
gadis dalam gambar tadi. Aku memang
macam pernah tengok.
Aduh!!!!...lupalah...
Aku
menyandar..kepala masih memikirkan di mana aku jumpa gadis tu. Tak sedar aku terlelap.
Terkejut bila
dengar ada orang buka pintu bilik.
Syafiq...
‘Sayang...naper
tak call abang bagitahu nak
datang. Kalau sayang bagitahu nak makan
dengan abang dah tentu abang tunggu tadi.
Ni sayang dah makan ke belum.’
‘Aina ingat nak
abang belum keluar sebab masih belum pukul 1.’
‘Kawan abang call tadi ajak lunch sama’
‘Sayang beli
apa ni. Sayang makan dulu. Abang nak siap sikit lagi drawing..nanti kita
balik sama..k’ Syafiq bangun menuju
mejanya.
‘Habis abang
punya ni...’
‘Nanti abang
makan...’
Syafiq kusyuk
dengan kerjanya. Aku pulak tak tahu nak
buat apa. Dah habis buku-buku atas meja
aku tengok. Aku menguap..aduh mata dah
berat...ngantuk...zzzzzzzz
'Sayang....sayang....bangun..jom
kita balik'
Aku buka
mata. Syafiq senyum.
'Dah pukul
berapa ni...Ya Allah Aina tertidur.'
'Dah
4.30...Sayang pegi solat dulu..baru kita balik.
Sayang pegi kat bilik tu..bilik rehat abang..ada toilet kat
dalam..k'
Aku masuk ke bilik rehat
Syafiq. Lengkap ada single bed, single wardrobe...aku
buka almari baju...beberapa baju kemeja dan seluar Syafiq. Aku meneliti baju-baju yang
bersangkut...pegang dan cium..dah angau aku
ni...orangnya ada di luar tak nak pulak aku pegang dan cium...nie
bajunya pulak. Aku buka tudung ku lalu
ke toilet mengambil wuduk.
Bersolat. Aku kembali memakai
tudung dan keluar. Syafiq sedang
mengemas mejanya. Tiada lagi
kertas-kertas drawing yang bersepah tadi.
'Dah siap kerja abang' aku menanya.
'Dah..esok dah boleh
holiday...cuti abang dah approve'
'Jom...balik.' Syafiq menghulur tangannya capai
tanganku.
'Wana, i balik dulu..i cuti 2-3
hari ..so anything you can call me..k'
kami singgah di meja secretary Syafiq, Salwana.
'Sayang...nie wana secretary
abang..wana this is my wife, you never meet my wife yet right' kami
bersalaman.
No comments:
Post a Comment