‘Ya allah,
terkejut saya…saya terlelap..sorry
saya naik atas dulu tadi’. Aduh!!
Terkejut aku, mata nie pulak cam tak leh nak bukak je. Penat.
Mana tak penat dari pagi sudah sibuk menolong persiapan rombongan kami
ke rumah Tn Hj Zul Helmi.
Terkejut bila
melihatkan kenduri di sebelah pihak lelaki begitu meriah. Mungkin sebab Syafiq adalah anak tunggal
agaknya. Aku pun anak tunggal juga tapi mak dan abah hanya mahu kenduri yang
sederhana memandangkan kami dari golongan yang sederhana sahaja. Tidak seperti Tn Hj Zul Helmi yang merupakan
seorang Arkitek yang agak terkenal. Aku
pun baru tahu. Tn Hj Zul Helmi mempunyai
firma arkiteknya sendiri. Dan Syafiq
merupakan salah seorang arkitek di firma ayahnya. Manakala Pn Hjjh Anum Noraida adalah seorang
pelukis pelan. Dulu Pn Hjjh Anum Noraida
juga bekerja di firma Tn Hj Zul Helmi tapi sekarang dia lebih senang jadi
surirumah sepenuh masa.
‘Tak pe..sorry jugak wat awak terkejut..tido
jelah..ermmm…tukarlah baju tak kan nak tido dengan baju tu’ Syafiq bersuara
tanpa memandang aku.
Aku diam.
Syafiq terlebih
dahulu bangun dari katil dan terus masuk ke bilik air. Aku masih di katil dan termenung.
Tingkah laku
Syafiq masih begitu. Banyak berdiam
diri.
Kelihatan
Syafiq sudah pun mandi dan siap berkain pelekat dan t-shirt. Aku bangun mengambil baju yang masih dalam
beg.
Segar rasa
badan nie lepas mandi. Keluar je aku
dari bilik air kelihatan Syafiq masih duduk di sejadah, entah apa lah yang
didoakan. Syafiq bangun setelah
menyedari aku memakai telekung.
Selesai solat
aku bangun menyimpan telekung, terlihat Syafiq sudah pun tidur di atas sofabed diruang rehat. Bilik Syafiq agak luas terdapat dua ruang
iaitu ruang rehat dan ruang tidur yang mana dipisahkan dengan string curtain
ditengah-tengah.
Kami masih
tidak tidur bersama. Aku dan Syafiq
tidak membincangkan pun tentang ini.
Tapi aku faham Syafiq juga seperti aku.
Kami masih saling tidak mengenali hati budi masing-masing. Tidak berpeluang untuk berkenalan lebih
rapat.
Lama aku duduk
atas katil memerhatikan Syafiq yang lena tidurnya. Penat mungkin.
Bagaimana aku
nak hadapi hari-hari seterusnya? Puas
aku fikir. Bukan aku tak suka
perkahwinan ini tapi aku sendiri tak mengenali siapa Muhammad Ikhwan Syafiq. Kami hanya baru 2 kali berjumpa dan 2 kali
berbual-bual. Kenapa kami bersetuju
dengan perkahwinan ini?...Keliru.
‘Kenapa awak
tak tido lagi?’ Terkejut aku, entah
berapa lama Syafiq perhatikan aku agaknya.
‘Aaaa…..nak
tido lah nie….’ Aku terus baring dan
menarik selimut.
Syafiq
menggelengkan kepada dan juga telah merebahkan badannya.
Kedengaran alarm aku berbunyi…….6.30pagi….
Hah!!! Syafiq
dah bangun …awalnya…alamak malu lak rasanya……
‘Awak dah
bangun…nak solat subuh dengan saya tak’…..aku hanya mengangguk….
Selesai
solat…Syafiq beralih dan menoleh pada aku sambil menyuakan tangannya. Aku mendongak sambil menyambut tangannya dan
tunduk mencium, terasa tangan Syafiq mengusap kepala ku….Terharu.
‘Awak…boleh
saya cakap sikit’…terdengar Syafiq bersuara bila tengok aku hendak bangun. Aku kembali duduk.
Aku mengangguk.
‘Hmmm…saya tak
tau nak cakap macamana. Macamana nak
mulakan.’
‘Kenapa?..Ada
apa?’ hatiku mula berdebar-debar.
‘Saya tak tau
samada awak suka atau tidak perkahwinan ni?..Kenapa awak tak bantah perkahwinan
nie.?..Tapi saya nak awak tahu, saya redha dengan perkahwinan nie kerana ayah
terhutang budi dengan abah. Saya
menerima awak sebagai isteri saya dengan ikhlas. Tapi saya juga nak awak tahu ada seorang
gadis yang sedang menunggu tuk hidup dengan saya. Saya telah berjanji tuk tidak mensia-siakan
dirinya, dia gadis yang baik..terlalu baik tuk saya melukakannya. Awak fahamkan maksud saya’
Bagai nak luruh
jantung aku mendengar penjelasan dari Syafiq.
Ya allah….tabahkan hati ku….
‘Awak ok
ke?...’ tanya Syafiq bila melihat wajah
ku berubah.
Aku hanya mengangguk
sahaja.
‘Tapi Aina,
saya juga tak nak awak merasa terluka.
Saya berterus terang dengan awak agar lepas ini awak tidak merasa sangsi
dengan saya. Saya tidak mahu ada rahsia
antara awak dan saya. Jika awak sebelum
ini juga telah mempunyai teman, beritahulah saya. Saya tahu awak juga rasa terpaksa menerima
perkahwinan ni kan.’ Perlahan saja suara
Syafiq.
‘Walaubagaimanapun
saya tetap suami awak dan awak tetap isteri saya. Ayah dan ibu sangat menyayangi awak, Aina.’
‘Ermmm…saya
memang dah redha apa jua yang berlaku lepas nie. Saya hanya tidak mahu derhaka pada abah dan
mak bila mereka nak saya kahwin dengan awak.
Saya tak kisah kalau awak teruskan hubungan awak dengan gadis pilihan
awak tu ..dan kalau awak ingin berkahwin dengannya pun saya tidak
menghalang. Dan untuk pengetahuan awak,
saya tidak pernah ada teman sebelum ini.’
Air mata mula bergenang.
Betapa pedihnya
hati aku disaat ini, namun aku cuba untuk tenang. Aku terus bangun tidak mahu Syafiq melihat
air mataku.
Syafiq masih
duduk di sejadah sambil memegang dahinya.
Aku biarkan sahaja Syafiq sendirian di situ. Pasti dia sedang runsing memikirkan kekasih
yang masih setia menunggu nya dan di sini aku sebagai isterinya yang sah.
Aku bersiap
untuk turun ke bawah. Syafiq telah
bangun dan menuju ke meja kerjanya. Mula
membuka drawing dan menatap komputernya.
Cuti pun kena buat kerja dirumah.
Banyak kerja agaknya.
‘Errr…saya nak
turun….’ Aku bersuara.
Syafiq
mendongak memandang aku dan mengangguk.
Sayu saja wajahnya. Timbul rasa kesian
pula.
Aku turun dari
bilik terus ke dapur. Kelihatan Nadhirah
ada di dapur membantu Mak Tam yang sibuk menyediakan sarapan maklumlah pagi ini
keluarga makngah dan paksu Syafiq hendak balik ke Perak. Makngah Ijan dan Paksu Bahari adalah adik
beradik sebelah ibu. Adik-beradik
sebelah ayah semuanya sudah pulang selepas kenduri semalam.
Tak semua
anak-anak makngah dan paksu hadir kenduri semalam. Kakak Ain Syafiqah anak tunggal makngah
berada di London melanjutkan pelajarannya.
Manakala anak sulung dan kedua paksu masing-masing di Johor dan Perlis
tidak dapat datang cuma Nadhirah dan Hakimi saja yang datang.
‘Eh kak aina
dah bangun..hmm..rehat je lah kak. Tak
pe Irah boleh tolong Mak Tam. Abang
Syafiq mana, mesti tidur lagi erk..hihihihihi’
Nadhirah memang peramah. Terasa
seperti adik sendiri.
‘Eh..Pn Aina
tak payah lah buat apa-apa. Penat pun
tak hilang lagi kan.’ Mak Tam sudah
menolak aku agar duduk di kerusi.
‘Mak Tam tak
payah lah panggil Puan…panggil Aina je..janggallah. Tak biasa..’
Aku memang tidak biasa membahasakan diri Puan…betul-betul janggal.
Mak Tam
tersengih.
Aku bangun dari
kerusi dan melihat apa yang Mak Tam masak atas dapur.
‘Mak Tam masak
apa nie..Aina tolong yer…’ Aku baru nak
mengambil senduk Mak Tam sudah merampas senduk dari tanganku.
‘Eh...Aina tak
payah…Mak Tam boleh buat..tak pe…’
Nadhirah
ketawa. ‘Kak aina tak payah lah...lebih
baik akak naik atas tengok Abang Syafiq entah-entah belum bangun kut’
Aku
mencebik ‘Irah...Abang Syafiq awak tu
dah bangun sibuk wat keje dia..malas lah akak nak kacau’.
‘Hmmm…Mak Tam,
Aina wat kan air yer…nak bancuh air apa nie’
kesian tengok Mak Tam dan Nadhirah kelam kabut sediakan sarapan.
‘hmmm...eeeiiii....Aina
nie...bancuhlah air teh satu teko dan kopi satu teko…..kalau bancuh sikit nanti
tak cukup kan…lagipun biasalah Tn Hj memang suka minum kopi pagi-pagi’..terang
Mak Tam.
Terdengar suara
ibu dan ayah…mungkin dah nak turun lah tu.
‘Assalamualaikum…..’
sapa ayah.
‘Waalaikumussalam…ayah..ibu’
Aku meletak air
yang telah aku bancuh di meja. Ayah dan
ibu sudah duduk di meja makan. Kelihatan
makngah, pakngah, paksu, maksu dan Hakimi turun. Mulalah riuh di meja makan.
‘Aina,..Syafiq
dah bangun? Pegi lah panggil Syafiq
turun breakfast. Paksu ngan makngah kamu nie dah nak balik jap
lagi’..ibu sudah bersuara agak-agak macam nak start membebel je. Betul-betul macam mak aku jugak.
‘Sya….err..Abang
dah bangun masa Aina nak turun tadi tengok dia sibuk wat keje’..teragak-agak
aku nak menyebut perkataan ‘Abang’.
‘Assalamualaikum…sarapan
dah siap?..naper Sayang tak panggil Abang pun’..bersahaja lagak Syafiq
memanggil aku Sayang dan membahasakan dirinya Abang. Syafiq tersenyum memandang aku. Ya Allah, memandang wajahnya buat aku tenang,
melihat senyumannya membuat aku bahagia.
Paksu sudah
tersengih. Paksu memang suka
mengusik. Mulalah tu nak mengusik.
Aku menuangkan
air untuk Syafiq. Kenapa dengan Syafiq
nie duk pandang muka aku je. Aku melirik
ke Syariq sambil mengangkat kening.
Syafiq hanya tersenyum.
Hiiiii....cukup-cukup lah senyum kat aku. Aku tak boleh lah tengok senyuman dia. Nanti angau.
Syafiq
memandangku dan lirik matanya seperti mengarah aku duduk di sebelahnya.
‘Banyak lagi ke
drawing yang tak siap tuk banglo Tan
Sri Daud tu’. Tanya ayah sambil menyuap nasi
goreng yang disediakan oleh Mak Tam tadi.
‘Tak de lah
banyak sangat ayah…cuma tinggal details
je lagi’ Ayah mengangguk.
‘Details tu kamu boleh je suruh Fadzly
atau Razi yang buat..kamu tu kan bercuti lagi.
Ni nak pegi mana honeymoon. Bila
nak pegi?..Pegi lah dalam 2-3 hari nie lepas tu baru pikir keje di office tu’.
‘Syafiq rasa
tangguh dulu lah honeymoon tu…sebab sekarang keje banyak lah ayah. Tunggu siap semua drawings tuk banglo Tan Sri
Daud tu dulu baru Syafiq cuti balik..boleh cuti lama skit. Sayang!!..cam ner boleh tak?’ Syafiq menoleh
ke arah aku dan seperti meminta bersetuju dengan keputusannya.
Aku
mengangguk. ‘Aina tak kisah ayah…lagipun
Aina pun tak cuti lama..cuma 2 hari je’.
‘Eeeiiii....dah
tahu nak kahwin naper amik cuti sekejap.
Heran lah budak-budak sekarang nie’
makngah macam marah je.
Tiba-tiba aku
terasa Syafiq meletak tangannya di kerusi belakang aku sambil mengusap belakang
aku. Terkejut dengan perbuatan Syafiq
itu.
‘Kamu berdua
janganlah habiskan masa dengan keje je..fikir kan kesihatan juga. Kamu berdua baru je kahwin luangkan skit masa
bersama’ ibu seperti sedih dengan sikap
Syafiq yang lebih mementingkan kerjanya.
‘Ibu….Syafiq
kata tangguh je bukan cancel..kami akan pegi..dont’ worry…ok’
‘Biarlah kak, pandailah Syafiq plan nanti. Akak tu
jangan risau sangat’ Paksu memang
penyelamat.
‘Sayang ..kejap
lagi abang nak keluar jumpa kawan jap yer’
Syafiq memberitahu.
Terasa tangan
Syafiq masih dibelakang aku. Alangkah
bahaginya aku kalau segala perbuatan Syafiq itu bukan lakonan.
Aku hanya
mengangguk dan tersenyum.
‘Ha!! Tengok
lah..baru je mak cakap je kamu dah sibuk nak keluar. Kamu bawak Aina nie sekali kesian dia. Kamu bersiap Aina follow Syafiq’. Aku
memandang Syafiq yang kelihatan cuak dengan bebelan ibu.
‘Tak pelah
bu…Abang nak jumpa kawan dia. Lagipun
Aina penat lah ingat nak duduk rumah je.
Tak pe Abang..Aina ok…’
Syafiq
memandang aku, tersenyum sambil tangannya memegang tangan ku.
Ya
Allah….kenapa dia begitu baik dengan ku sedangkan hatinya milik orang lain.
Aku bangun
membawa pinggan ku ke dapur. Mataku
sudah seperti ingin mengeluarkan air mata.
Entah kenapa hatiku betul-betul sebak.
Terkejut
tiba-tiba Syafiq di sebelah meletakkan pinggannya di sinki.
‘Terima kasih
awak…memahami keadaan saya sekarang nie’
‘Tak de apa-apa
yang nak awak berterima kasih dengan saya ..saya faham...dahlah.. awak nak
keluar sekarang ke’..Aku senyum padanya.
Masih mampu untuk berlaku tenang.
Mak Tam seperti
hairan mendengar perbualan aku dengan Syafiq.
Tiba-tiba panggilan Sayang dan Abang tiada dan telah ditukarkan pada
Saya dan Awak.
Aku hanya
tersenyum memandang Mak Tam.
No comments:
Post a Comment