Pages

Wednesday, February 29, 2012

Jangan Pernah Pergi......03

‘Nur…tolonglah..janganlah menangis cam nie.  Nur tetap dalam hati Syafiq.  Tak pernah berubah.  Please Nur’.  Syafiq cuba memujuk Nurrezzah yang menangis setelah mendengar apa yang berlaku.

‘Patutlah dalam seminggu dua nie Syafiq jarang call Nur.  Nur ingat Syafiq sibuk.  Ye Syafiq sibuk tapi bukan sibuk ngan keje.  Sampai hati Syafiq buat Nur macam nie.  ‘ tangisan Nurrezzah semakin menjadi-jadi.

‘Macamana Syafiq kata tak pernah berubah.  Sekarang memang dah berubahkan Syafiq dah jadi suami orang lain.  Macamana dengan Nur?’..

Syafiq sudah tidak tahu lagi nak memujuk Nurrezzah.  Buntu.

Nurrezzah seorang yatim piatu setelah kehilangan ibu dan ayahnya semasa Nurrezzah masih belajar di universiti.  Syafiq telah lama mengenali Nurrezzah kerana mereka belajar di universiti yang sama.  Syafiq terlalu mencintai Nurrezzah.  Tambahan pula sejak kehilangan kedua ibu ayah Nurrezzah banyak bergantung pada Syafiq.  Memang Syafiq sudah merancang untuk memperkenalkan Nurrezzah pada keluarganya.  Tapi belum sempat Syafiq melakukannya Tn Hj Zul Helmi telah menyuarakan cadangan untuk menyatukan Syafiq dengan Aina.

‘Nur..Syafiq janji akan kenalkan Nur pada keluarga Syafiq.  Dan macamana sekali pun Syafiq janji akan mengahwini Nur..percayalah Nur’.  Syafiq telah berjanji tapi bagaimanakah dia akan menunaikan janji itu.  Syafiq tahu Aina juga seorang gadis yang baik dan memahami perasaannya.  Syafiq mula merasa sanggupkah dia melukai hati Aina.

Akhirnya Nurrezzah berhenti menangis dan senyum memandang wajah Syafiq yang kelihatan sugul.  Nurrezzah mula rasa bersalah pada Syafiq kerana seperti memberi tekanan pada Syafiq di saat-saat begini.

‘Nur minta maaf...minta maaf....bukan niat Nur nak wat Syafiq tertekan.  Syafiq,  boleh Nur tanya?’

It’s ok…Syafiq tak nak tengok Nur sedih-sedih cam nie…Nur janji dengan Syafiq..jangan sedih ..jangan fikir bukan-bukan yer.  Apa yang Nur nak tanya?’

‘Ermmm….sapa nama dia?...Macamana orangnya?’  tanya Nurrezzah.

‘Nur…janganlah cam nie…nanti Nur sedih lagi’.

‘Tak…Nur cuma nak tahu je..boleh kan’..lembut sahaja suara Nurrezzah.  Sememangnya Nurrezzah seorang yang lemah lembut, tinggi budi pekerti sentiasa menjaga tingkah lakunya.

‘Nama dia Nurul Aina Hanim.  Orang nya manis..baik..lemah lembut.’  Tiba-tiba Syafiq tersenyum.

‘Oooo..Syafiq suka kat dia?…tengok Syafiq senyum pun Nur dah tahu’.

‘Nur…kan Syafiq dah cakap’  Syafiq berasa serba salah.

Nurrezzah tersenyum.

‘Dia memang baik..dia juga memahami keadaan Syafiq.  Dan dia juga tahu Syafiq ada orang lain yang Syafiq sayang’.  Syafiq merenung wajah Nurrezzah.

‘Syafiq rasa Aina bersedia menerima Nur’.

Nurrezzah mula rasa bersalah.  ‘Haruskah aku pertahankan hubungan ini’ desis Nurrezzah dalam hati.


****************************

Setelah bosan seharian duduk dalam bilik, aku keluar ambil angin di luar.  Melihat air terjun buatan dan kolam ikan di halaman buat hati aku tenang.  Tiba-tiba rasa rindu kat mak dan abah.  Mak dan abah mesti sunyi tanpa aku.  Selama ini kami bertiga tidak pernah berjauhan apatah lagi duduk berasingan.

Teringat pulak kat Syafiq.

Kemanalah Syafiq nie pergi dah lewat petang tak balik lagi.  Hmm..mungkin keluar dengan kekasih hati nya lah tu.  Desis hatiku.

Sedang aku duduk di gazebo, ibu datang bawa sedulang air bersama kuih dan duduk bersama.

‘Syafiq tak balik lagi Aina…’  tanya ibu.

‘Belum lagi ibu..’

‘Hmmm..melampau betul lah si Syafiq nie…’  ibu mula merasa marah.

‘Jumpa kawan pasal kerja kut ibu…biarlah’..aku cuba memujuk ibu.

Kelihatan kereta BMW X6 masuk ke dalam parking kereta. 

‘Ha tu pun Abang dah balik..panjang umur.’ Aku tersenyum lega.

Syafiq berjalan ke arah kami sambil tersenyum.  Aku menyambut tangan Syafiq salam dan mencium tangannya.  Seperti biasa Syafiq pasti akan mengusap kepala ku.

‘Kamu kemana je Syafiq…kesian Aina duduk sorang-sorang kat rumah..tengoklah bosan duduk kat bilik, turun duduk kat luar nie.’ Ibu mula membebel.

‘Ibu…kan Aina dah cakap tadi..Aina tak kisahlah mak..lagipun Aina nak berehat sementara Aina cuti nie.  Ibu janganlah marah-marah..yer’..Aku cuba memujuk ibu sambil aku mengenggam tangan ibu.

Syafiq berdiam diri.  Mungkin dia sendiri pun sudah tidak tahu apa alasan hendak diberi pada ibu.

‘Abang dah makan?..kalau belum makan mari Aina temankan abang makan..jom’  Aku menarik tangan Syafiq cuba larikan Syafiq dari bebelan ibu.

Di dapur,  aku mengarahkan Syafiq duduk di meja makan.  Aku mula memanaskan lauk dan menghidangnya depan Syafiq.  Syafiq memandang sahaja perbuatan aku.  Hairan mungkin.

Syafiq menarik tangan aku.  ‘Terima kasih Aina…’.  Aku tersenyum dan melepaskan genggaman tangan Syafiq.

‘Makanlah…saya naik atas dulu’..

‘Aina…awak teman saya makan boleh, please?’

Aku duduk mengadap Syafiq.  Air muka Syafiq jelas menyatakan dia serba salah.

‘Awak tak nak makan sekali?.’ Tanya Syafiq setelah berdiam diri seketika.

‘Tak..makanlah..saya dah makan tengahari tadi…nie pun tak terasa lapar lagi’

‘Awak……awak keluar ngan dia yer?’  aku kuatkan hati untuk bertanya pada Syafiq.

‘Nurrezzah nama dia…ye saya keluar jumpa Nur tadi.  Nur perlu tahu pasal kita Aina’

‘Awak cerita pasal saya…dia tak kisah ke awak bercerita tentang saya…tentang perkahwinan kita’  baiknya hati Nurrezzah kata hati ku.

‘Ermmm…saya tak tau lah dia kisah ke tak…tapi saya nampak dia sedih.’

‘Errrr…Aina…kalau satu hari saya menikahi Nur boleh ke awak terima’  Syafiq menanya tanpa memandang ku.

‘Awak…saya dah kata saya redha apa yang berlaku lepas nie.  Perkahwinan nie pun bukan kehendak kita kan.  Kalau lah berkahwin dengan Nur akan menyempurnakan kehidupan awak.  Saya tak kisah.  Siapa saya yang nak menghalang kebahagian awak’.  Ya Allah kuat dan tabahkan lah hati ku ini.

‘Terima kasih Aina…awak terlalu baik untuk saya.  Saya menghargai segala pengorbanan awak.’  Aku melihat mata Syafiq sudah berkaca.

‘Dah banyak kali awak berterima kasih pada saya.  Dah lah…saya tak nak menderhaka pada suami saya.  Macamana pun awak tetap suami saya kan.’  Aku cuba berlagak tenang dan tersenyum.

‘Dah lah…saya naik atas dulu yer’..Aku dah tak sanggup nak memandang wajah Syafiq.

Aku berlari menaiki tangga ke bilik terus masuk ke bilik air.  Air mata sudah tidak tertahan lagi.  Aku menangis semahunya.

Ya Allah berilah kekuatan pada ku.

Setelah puas menangis aku terus mandi.  Terasa lepas segala yang terbuku dalam hati.  Lega sikit.  Aku keluar dari bilik air bersedia hendak solat maghrib.  Terkejut melihat Syafiq duduk di birai katil sambil menundukkan kepala.

‘Saya tunggu awak tuk solat maghbrib yer’  tenang…hati aku terasa lapang seperti tiada apa yang berlaku sebentar tadi.

‘Aina…’  Syafiq bersuara.

‘Ye..’

‘Jangan selindung kesedihan awak boleh tak.  Awak buat saya serba salah…’  Syafiq mendongak dan memandangku.  Matanya sudah berkaca.

Aku menarik nafas panjang. 

‘Syafiq…saya isteri awak.  Saya menipu diri saya sendiri kalau saya tak sedih.  Tapi saya nak buat cam ner?.  Saya sendiri dari awal dah redha dengan perkahwinan nie.  Saya cuba kuat ..saya cuba tabah..cuma saya berharap awak tidak tinggalkan saya..hanya itu sajer boleh buat saya kuat.’  Aku terduduk di depan Syafiq, tidak dapat menahan kesedihan lagi.  Sekali lagi aku menangis.

Syafiq mengusap kepala ku, dia juga tidak dapat menahan kesedihan.

‘Saya tidak akan meninggalkan awak, Aina…saya akan jaga awak.  ‘  tersekat-sekat suara Syafiq menyatakannya pada ku.

‘Terima kasih Syafiq…terima kasih’…

Kami sama-sama tidak dapat menahan kesedihan.

Dalam hati aku berdoa agar aku menjadi isteri yang baik pada Syafiq dan pertahankan perkahwinan ini.

Hari ini aku mula bekerja setelah 3 hari bercuti.  Begitu juga Syafiq mula sibuk bersiap untuk ke pejabat.

Aku duduk di hadapan meja solek sambil memakai tudung manakala Syafiq pula sedang berdiri di belakang aku membetulkan tali lehernya.

‘Awak nak saya hantar ke?’  Tanya Syafiq.

‘Tak pelah, saya boleh pergi sendiri.  Kereta saya kan ada.  Lagi pun nanti nak balik susah, awak tak tau balik pukul berapa saya pun belum tentu balik pukul berapa lagi’

‘Awak jangan balik lambat sangat ye..bahaya awak balik sorang-sorang’  pesan Syafiq.  Syafiq seperti biasa terlalu mengambil berat terhadap aku.

‘Saya turun dulu..nak cepat nie dah lambat..nanti awak sarapan dulu tau’  sambil menghulurkan tangannya.  Aku mengangguk dan menunduk mencium tangannya.  Seperti biasa setiap kali aku mencium tangannya Syafiq pasti akan mengusap kepala ku.  Terasa diri disayangi.  Walau hakikatnya aku sendiri tidak tahu samada Syafiq menyayangi aku atau tidak.

Terasa bahagia menjadi isteri kepada Muhammad Ikhwan Syafiq.

Tak lama aku pula turun ke bawah menuju ke dapur.  Kedengaran kereta keluar dari kawasan rumah sudah semestinya itu Syafiq.

'Assalamualaikum ayah..ibu...' sambil menarik kerusi untuk duduk bersarapan.

'Aina, kamu pergi pejabat naik apa?. Syafiq tak hantar kamu ke?'  tanya ayah

'Tak ayah..Aina pergi kerja sendiri...kereta Aina kan ada.  Lagipun pejabat Abang ngan pejabat Aina kan lain arah..'

Ayah diam.

Ibu menggelengkan kepala.  Malas nak membebel lagi agaknya. Lagipun nak bebel pada siapa Syafiq sudah pun keluar.

***********************


'Assalamualaikum....Selamat pagi...'  sapa aku pada Linda, manis je mukanya memang sesuai dengan jawatannya sebagai receptionist di syarikat ini.

'Waalaikumussalam kak Aina, wah berseri-seri muka pengantin baru nie.  Cepatnya akak start keje.'  senyum lebar je si Linda nie.

'Sajer start keje awal...malas lah cuti lama-lama..nanti cuti abih'..ketawa Linda dengar jawapan aku.

Aku singgah di tempat Linda.

‘Linda, akak cuti ada orang cari tak?.  ‘

‘Ada lah orang call tapi tak pe Nora dah tolong settlekan.  Akak nie naper cepat start keje.  Akak tak pegi honeymoon ke’

‘Abang akak sibuklah.  Dia kata nanti settle projek dia baru suruh akak cuti panjang..hihihihihi’

‘Untung akak dapat husband keje arkitek..syarikat sendiri lak tu..handsome gak husband akak cam Sein kumpulan Ruffedge tu.  Eeeeiiiiii...nak cari husband cam tu gak lah.’ 

‘Merepeklah kamu ni linda.  Dah tok sah banyak berangan.  Akak masuk dalam dulu yer’

Aku bekerja sebagai penyelia sumber manusia di sebuah firma peguam yang agak besar.  Ramai juga lawyer yang handsome-handsome di sini tapi satu pun tak de nak lekat.  Hmmmm...tak de jodoh dengan lawyer kut. Heheheheheh..ketawa aku dalam hati.

‘Hi nora...oit tak abih-abih lah kau nak touch-up..dah naik tebal aku tengok bedak kau tu.’  Nora memang suka bermake-up.  Kadang-kadang aku tengok dah macam tepung gomak je muka Nora ni.

‘Oii nyah..cepatnyer kau start keje.  Kau tak g honeymoon ke nyah’

‘Eeeiii...Nora..aku bukan nyah lah...eeeeee...kau memang suka panggil aku nyah kan’

‘Tak delah..husband aku kata tunggu dia settlekan projek dia baru plan nak pegi honeymoon

Aduh!!!..penatlah aku menjawap.  Semua bertanya kenapa aku dah start kerja. 

‘Na, aku balik dulu erk...dah lambat nie kang anak aku masuk sekolah lambat lak..bye Na...’  kebiasaan Nora akan balik time lunch untuk hantar anak-anak dia ke sekolah.  Memang ibu mithali si Nora nie.

Handphone aku berbunyi..ada sms masuk.

Dah kluar lunch ke?.Ermmm..off Aina kat area Bukit Bintang kan.  Saya ada kat area BB nie.  Nak lunch ngan saya ke? - Syafiq

Hah..awak ada kat BB?..off saya kat area belakang BB.  Hmm...saya br je ingat nak kuar nie.  Saya tggu kat depan BB Plaza yer - Aku

Seperti pasangan bahagia saja lagaknya.

‘Linda, akak kuar lunch erk..’  sapa aku pada Linda.

‘Akak kuar lunch ngan sapa? br ingat nak ajak akak lunch.’  Linda sudah memuncung.

‘Abang akak dah tunggu lah.  ‘  Aku tersenyum.

‘Amboi...’  linda tersengih.

Aku menekan butang lif turun.  Keluar dari lif aku terus menuju ke BB Plaza yang tidak jauh dari pejabat aku.

Kelihatan Syafiq telah menanti aku di pintu masuk BB Plaza.  Syafiq melambai ke arah aku..tersenyum.  Ya Allah dari tingkah lakunya seperti dia menyayangi diriku.  Tapi betulkah dia menyayangi aku.

Dalam langkah laju bahu aku dilanggar seseorang.  ‘Aduh!!!’  hampir tersungkur aku dibuatnya.  Aku menoleh ke belakang seorang lelaki mengangkat tangannya minta maaf.  Menoleh ke depan tersentak Syafiq sudah di depan aku.

‘Aina, naper?..sapa langgar tadi.  Nasib baik tak jatuh tadi’  Syafiq mencari-cari kelibat lelaki tadi.

‘Tak pe awak...it’s ok..tak jatuh pun..Cuma sakit je bahu nie.’..aku memegang bahu terasa sengal pulak.

Syafiq memegang bahuku sambil mengusap-usapnya.

‘Dah lah awak, jom makan.  Nak makan kat mana nie’  terasa badan Syafiq begitu dekat dengan badanku.  Wangian badannya menusuk ke hidungku. Wangian yang lembut.  Suka. Aku mendongak melihat wajahnya.  Baru aku perasan aku hanya paras bahunya saja.

‘Saya ingat nak makan nasi ayam hainan.  Nak tak?’  Syafiq menanya.

Area BB ini memang terkenal lah dengan Restoran Nasi Ayam Hainan.

‘Boleh jugak..saya pun dah lama tak makan nasi ayam hainan...jom’

Tersentak!!!!!..Syafiq memegang tanganku.  Aku memandang tanganku yang digenggam oleh Syafiq.  Aku seperti ditarik oleh Syafiq.  Jantung aku berdebar-debar. 

Syafiq menoleh ke belakang.  ‘Kenapa?’ hairan melihat muka aku yang macam blur.

Aku masih melihat tangan aku yang berada dalam genggaman Syafiq.  Mendongak melihat wajah Syafiq.

‘Aina....kenapa?...’  Syafiq menarik agar aku berjalan seiring dengannya.

‘Awak kan isteri saya...tak salahkan kalau saya pegang tangan awak.’  Syafiq menggeleng dan tersenyum.

Aku pulak yang tersenyum..malu.

Ramainya orang kat restoran ni.  Ada ke tempat duduk?..Biasa memang begini lah keadaannya lebih-lebih lagi waktu lunch memang ramai orang.

‘Hmm...jom kat belakang tu ada kosong.’  Syafiq menarik tangan ku.

Nasib baik ada tempat kosong.  Perut aku dah berbunyi nie.  Baru je duduk pelayan dah datang amik order.  Sungguh efisyen.

Syafiq menggulung lengan bajunya.  Hari ini panas betul.  Terasa bahang dalam tudung aku nie.

‘Panas tul ari nie kan...nah awak dah berpeluh-peluh tu’..Syafiq menghulurkan sapu tangannya.

Aku teragak-agak ambil saputangan dan menyapu muka ku yang berpeluh.  Wanginya sapu tangan nie bau perfume Syafiq.  Aku menghulur kembali sapu tangan tersebut.

‘Simpan lah..’  kata Syafiq.

Office awak kat mana?..’  tanya Syafiq.

Terkejut.  ‘Hah!!..aaaa..office saya kat belakang BB Plaza td tu je’ 

‘Selalu awak lunch ngan sapa?’

‘Hmmm...selalu kuar ngan kawan office.  Ermmm...office awak kat mana?..ada meeting kat area sini ke?’

‘Office ayah kat TTDI.  Saya ada appointment ngan client tadi kat depan Shangri-La.’  Terang Syafiq.

Diam.  Sudah habis idea nak bercakap.  Nasib baik cepat makanan sampai.

Belum pun sempat aku mengambil sudu, Syafiq terlebih dahulu sudah mengambil sudu dan meletakkan ayam dan kerabu mangga dalam pinggan aku.
Syafiq tersenyum tengok mukaku yang kehairanan.

‘Eh...dah jangan mengelamun..cepat makan nanti awak lambat masuk office nanti’

Selesai makan kami keluar dari restoran, Syafiq terus mengenggam tangan aku.  Sampai di depan BB Plaza.  'Mana office awak...saya antar awak sampai sana yer..kang accident cam tadi lagi'  Syafiq tersengih.

'Hah!!...errr...ikut jalan tepi tu...'  alamak Syafiq nak hantar depan office.

Sampai saja lobby office ramai pulak officemate baru balik lunch.  Alamak...malu lah pulak.

'Hmmmm....saya hantar sampai sini je..saya nak balik office nie.  Take care yer.  Ingat jangan balik lambat tau.  Awak dah nak balik nanti sms saya yer'  pesan Syafiq.

Aku mengangguk.  Syafiq hulurkan tangannya.  Alamak kena salam ke...aduh!!! malu...

Aku tunduk cium tangannya.  Syafiq mengusap belakang aku.

Linda melambai-lambai agar aku cepat masuk dalam lif.  Aku berlari masuk ke dalam lif tanpa menoleh samada Syafiq sudah keluar dari lobby atau tidak.  Apa punya wife lah aku nie.

Aku ambil handphone dari handbag mula menaip sms.

Sorry..tadi saya terus lari masuk lif.  Awak dah sampai kat kereta ke?

Handphone berbunyi..sms masuk...aku tersenyum.

It's ok sayang..take care ..k..jangan balik lambat tau..jumpa kat rumah nnti

SAYANG!!!....SAYANG!!!!..ya allah betul ke apa yang aku tengok nie..nak terkejut ke atau nak tersenyum nie....gedik...

Ahhhhhh!!!!!...Tak senang duduk aku kat office..tak boleh buat kerja...jantung rasa macam nak tercabut..hati berdebar-debar.  Betul ke nie?..Tak dapat nak gambarkan keadaan aku sekarang.  Happy nya bila suami panggil SAYANG.  Mulalah termenung..tersenyum sorang-sorang.  Berangan.  Eeeiiii...cam ner nak tengok muka dia kat rumah nanti.

Muhammad Ikhwan Syafiq....Nurul Aina Hanim sayang kat awak...MALU....berkata dalam hati pun nak MALU...muka dah rasa panas.

No comments:

Post a Comment