Pages

Wednesday, February 29, 2012

Jangan Pernah Pergi......06

‘Sayang turun dulu..nanti beg abang bawak’ 

Aku menuruni tangga, ayah dan ibu di ruang makan sedang bersarapan.

‘Dah siap..berapa hari nak pergi bercuti nie.’ Tanya ibu..senyum saja gembira agaknya melihat anak dan menantunya pergi bercuti.  Yelah ibu dah lama menyuruh Syafiq bawa aku bercuti tapi ada saja alasan Syafiq.

Aku duduk..hmmm..nasi lemak...sambal sotong..sedapnya..lupa sekejap apa yang ibu cakap tadi.  Hah!!!

‘A..aaaa...maybe 2-3 hari..ibu ngan ayah nak ke Penang bila?’

‘Lepas zuhur nanti’ kata ayah...pendek je jawapan.  Biasalah ayah memang macam tu.

Syafiq turun dan terus ke kereta untuk menyimpan beg pakaian. 

‘Assalamualaikum..good morning’

‘Waalaikummussalam...amboi anak ibu nie macam happy je’ 

Syafiq senyum..

'Of course lah happy ibu...nama pun nak pegi holiday...tak kan nak sedih...kan sayang'  tapi memang ketara nampak kelebaran senyum Syafiq..lebar dari biasa...aku pun perasan.

Aku buat muka hairan.  Ibu dan ayah ketawa.

Sedapnya nasi lemak Mak Tam hari ni.  Rasa macam nak bawa bekal pulak.  Nanti nak mintak Mak Tam bekalkan sikit nasi lemak ni lah.

'Sayang..jom..dah pukul berapa ni..'

Aku bangun ke dapur mencari Mak Tam.

'Mak Tam...Aina nak bawak sikit nasi lemak bekalan dalam perjalanan boleh?'  kalau ikutkan bukan jauh sangat pun KL ke Bukit Tinggi tu.  Hmmmm...alasan je...

Syafiq mencari aku di dapur..'Sayang....jom..ada yang tertinggal ke?'  Aku senyum.

'Ni ha....Mak Tam tengah isikan bekalan untuk Aina ni..kejap'  Syafiq memandang Mak Tam..dan aku....aku senyum saja.

Aku dan Syafiq melambai-lambai pada ibu dan ayah..mulakan perjalanan.

Sekejap saja sudah masuk highway Duke..mana taknya jalan memang tak jem waktu-waktu begini..pukul 9.30pagi..waktu pejabat kan dah bermula. 

'Sayang..abang ingat kita naik Genting Highland dulu nak tak sebab awal lagi ni.'  cadang Syafiq.

'Boleh jugak..Aina dah lama tak naik Genting.  Abang kita naik cable car yer'  dah lama tak naik cable car.

'Orait..'

Aku tersenyum...seronoknya kalau apa yang diminta dipersetujui oleh orang yang tersayang. 

Sudah melepasi tol Gombak...sebentar lagi akan keluar menyusuri jalan naik ke Genting Highland.  Dalam hati dah terlonjak-lonjak ni, rasa macam nak melompat.  

Sudah nampak signboard Cable Car,  Syafiq membelok dan mula mencari parking kereta.  Seronoknya...macam budak kecil pulak aku ni.  Keluar saja dari kereta, aku menarik nafas panjang..terasa kesejukkannya..nyaman...segar.

'Sayang..jangan lupa bawak jacket..sejuk ni'  seronok sangat sampai lupa nak bawak keluar jacket.

Sudah lama tak naik ke Genting Highland ni.  Last naik sini 4 tahun lepas dengan kawan-kawan office.  Biasalah kami selalu saja plan jalan-jalan ramai-ramai...konvoi...seronok.  Merata sudah kami berjalan..Bukit Merah..Cameron Highland..Langkawi.  Sekarang ni aku dah kawin tak tahulah boleh join diorang jalan-jalan lagi tak.  Masalahnya Syafiq bagi aku pergi ke?.

Turn kami masuk ke dalam cable car.  Kami berdua je..Bukan boleh masuk 4 orang ke.  Sorry dah lupa lah sebab dah lama..harap maaf yer.

Syafiq memelukku...aaahhhh...romantiknya..berdua dalam cable car...sejuk...dan dipeluk oleh sang suami.  Jangan ada yang jeles yer.

Excited lak aku...macam-macam aku nak naik...oit..sedar sikit diri tu bukan budak lagi...and title bukan bujang lagi...MARRIED...and Mr Husband kat sebelah.  Baru sedar.  Tapi yang bestnya Syafiq dok follow je apa yang aku nak.  Sorry...ketahuilah Mr Husband..wife you ni belum puas jadi budak.

Hampir setengah hari kami menghabiskan masa di outdoor park.  Seronoknya.  Indoor belum terokai lagi ni.  Tak sedar jam dah menunjukkan pukul 3 petang.

'Sayang...dah pukul 3 ni..kita kena check in kat Bukit Tinggi ni.  Kalau tak puas..esok pagi kita naik lagi sini'

'Eh..tak sedar...tak payah lah naik lagi esok...Aina dah puas hati...seronok'..Syafiq senyum lalu memeluk bahuku dan mencuit hidungku.

Sekali lagi menaiki cable car...Tinggal kenangan terindah di Genting Highland.....

Sesampai di Bukit Tinggi..sejuk jugak...tapi tak sesejuk di Genting Highland.  Kami menuju ke The Colmar Tropicale, Syafiq telah booked bilik di situ.

Pemandangan sungguh indah.  Apa yang best tentang The Colmar Tropicale ni ia adalah sebuah resort ala-ala French...kalau tak dapat pergi French dapat pergi sini pun dah cukup.  Banyak lagi yang best-best kat sini.  Antaranya ada Japanese Village memang terasa seperti di Jepun lah.  Ada tempat menunggang kuda.  Ramai orang yang datang sini sekadar untuk ambil gambar pemandangannya yang cantik.  Kalau hendak bermalam di sini memang agak mahal.  Bagi yang berkemampuan boleh lah bermalam di sini.

Syafiq sedang menyemak room booking di counter, sementara aku duduk di lobby.  Melihat sekeliling, interior resort ini pun sudah buat aku terasa berada di French.  Tiba-tiba datang seorang pelayan membawa minuman dan sepinggan buah-buahan.  Eh...aku tak order pun.

'Errrr...excuse me..I didn't order this'  speaking london aku....nak tunjuk terrorlah konon.

Pelayan tu senyum..'Mr. Muhammad Ikhwan Syafiq have booked honeymoon package and this welcome drink and fruit platter are including within package.  Enjoy your drinks and Welcome to The Colmar Tropicale'  terang pelayan tersebut.

Syafiq tersenyum berjalan ke arah aku. 

'Minum lah...naper dok tengok abang je ni'  Syafiq minum air nya.

'Abang tak bagitau pun kat Aina yang abang booked honeymoon package erk'  sebenarnya aku sendiri tak tahu nak marah ke ..nak suka ke...

'Ini pre-honeymoon....nanti projek rumah banglo Tan Sri Daud settle..kita honeymoon tempat lain pulak...jauh sikit ke..'  Syafiq senyum..'Dah habiskan air...kita naik bilik jom..nanti kita nak dinner pulak'

'Wah!!!! cantiknya bilik...abang memang pilih bilik nie ke atau bilik ni memang untuk pakej yang abang ambik tu'  ni betul-betul honeymoon ni.

Aku berbaring di katil...katil King yang dihiasi kelopak-kelopak bunga mawar.  So sweet.  Syafiq meniarap dan memandang aku.  Mencium dahiku.  'Sayang suka?'  Aku mengangguk.  Aku memejam kan mataku apabila aku merasa yang Syafiq mula mendekati muka ku.  Terasa bibirku disentuh....terasa indah.

***********************

Selepas menunaikan solat maghrib, kami bersiap untuk turun dinnerDinner malam ini adalah yang terindah.  Syafiq memang nampak seorang yang tegas tapi bagiku dia adalah seorang yang paling romantik.  Makan malan yang diterangi lilin dan diiringi irama gesekan biola oleh beberapa pemuzik khas buat kami.  Aahh!!!!...terasa macam mimpi pulak...macam dalam drama...filem...romantik.

Sambil makan,  pertama kali kami bersembang..pelbagai cerita kami bualkan.  Kisah masa kecil...masa sekolah sampailah masa belajar di universiti.  Aku teringat ingin bertanya pasal gadis yang dalam gambar yang aku temui di bilik pejabatnya.  Tapi terfikir pulak nanti Syafiq menuduh aku selongkar biliknya.  Syafiq pula tidak sedikit pun mencerita pasal teman wanitanya semasa di universiti dan tiada juga cerita bagaimana dia mula mengenali Nurrezzah.

Namanya pun honemoon kan..tak kan nak cerita pasal orang lain...nanti spoilkan mood honeymoon pulak.  Memang aku balik KL malam ni jugaklah.

Sesudah makan, kami berjalan di sekitar resort sambil mengambil angin malam.  Berpegangan tangan.  Memang begitu indah dengan udaranya yang segar..sejuk.  Memang romantik.

'Terima kasih abang..'  ucap aku setelah kami duduk di kerusi luar resort sambil menikmati keindahan malam.

Syafiq memeluk bahu ku..'Terima kasih kenapa pulak ni.  Patut abang yang berterima kasih pada sayang..sebab sayang bagi kebahagian pada abang'

'Terima kasih sebab abang bagi kebahagian kat Aina jugak'

Syafiq mengeratkan pelukan dan mencium ubun-ubunku. 

'Dah ..jom kita naik...nak lewat ni'

Memang dah lewat...dah pukul 11.30 malam pun..tak sedar.

Kami naik ke bilik.  Aku mengambil baju salinan dan terus ke toilet.

'Sayang...kenapa perlu bersalin dalam toilet..hmmm'  malu Syafiq tegur macam tu.

Melihat keadaan aku yang malu-malu hendak menukar pakaian, Syafiq duduk di sofa mengadap tv..sengih je.

Aku duduk di sofa.  'Hmmm...boleh pun'  Syafiq sengih.  'Sayang..lepas ni jangan lah malu-malu lagi ngan abang..k.  Sayang kan isteri abang'

Aku melentok kan kepala ke bahu Syafiq.  Syafiq terus mendakapku.

'Sayang......'

'Hmmmm...'

'Abang tak perlu tidur kat sofa ni kan'

'Abang!!!!!'  aku mencubit lengannya.

Malam ini memang sungguh indah.

'Abang...bangun..kita keluar tengok matahari terbit'  aku terlebih dulu bangun. 

'Sayang dah bangun...kejaplah.'  Syafiq menarik aku agar baring kembali.

'Abang...abang belum solat lah...nanti lambat tak sempat..nak kena mandi dulu lagi'  aku memandang wajah kesayangan ku...aku meletakkan jari ku ke dahinya....turun ke hidung...sehingga lah ke mulut...'Aaahhhhh!!!!'  jariku digigit.

'Abang.....dah lah tu...jom lah bangun'  aku menarik tangan Syafiq agar bangun.

Selepas melihat matahari terbit pagi tadi.  Kami bersarapan di cafe resort.  Hari ini kami habiskan masa di sekitar The Colmar Tropicale, kami diberi peluang menunggang kuda, wedding photoshoot dan menghabiskan masa di  Japanese Village untuk berspa, tea ceremony, lunch dan dinner ala jepun.  Malam ini pula kami akan bermalam di Japanese Village, semuanya merupakan aktiviti yang tersenarai dalam pakej.

Setelah menghabiskan 3 hari di Bukit Tinggi,  hari ini kami akan kembali ke KL.  Meninggalkan kenangan yang terindah dan termanis dalam hidupku.

'Sayang...nanti kita singgah di rumah kita yer..abang nak tengok jap, kontraktor kata hari ni dah siap semua' 

'Kontraktor?...abang renovate ke?'

'Tak lah...interior je.  Kalau hari ini dah siap...this weekend kita boleh lah pindah'.

Sesampai saja di kondo yang bakal kami duduki,  aku terkejut..kondo tersebut sudah dilengkapi perabot bahkan interiornya sungguh indah.

'Abang...cantiknya'  terkejut..terpegun..teruja...itu saja dapat aku katankan.
hah
'En. Ikhwan!!!...tak cakap pun nak datang'..salah seorang lady keluar dari dapur menegur Syafiq.'

'Hah!!!..Aswani..kamu ada kat sini.' 

'Semua dah siap...saya datang tengok mana tau ada apa-apa defect ke.  En Ikhwan tengok-tengok lah kalau ada yang nak tukar ke repair ke.'

'Orait...oh ye..Aswani..ni wife saya, Aina'  aku senyum dan bersalaman dengan Aswani.

'You have a sweet wife En Ikhwan.'  Syafiq tersenyum.  'Thank you'

'Kak Aswani,  cantik...pandai you design..terima kasih'

'Panggil As je...terima kasih...'  lebar senyum Aswani dipuji.  Alamak!!!  aku salah panggil ke?

Setelah meninjau seluruh ruang, Syafiq dan aku memang berpuas hati.  Inilah rumah yang bakal kami duduki mengharungi segala suka duka kehidupan sebagai suami isteri.  Tak sabar rasanya...dalam masa yang sama aku rasa seram..hehehehehhe

Sesampai saja di rumah,  sunyi.  Ibu dan ayah masih belum balik dari Penang.  Cuma Mak Tam saja yang menjadi penghuni setia kediaman ini.

Penatnya..bestnya dapat landing atas katil.  Nak kata pergi holiday jauh tidak, tapi penatnya mengalah macam bercuti ke oversea.  Syafiq meletakkan beg dan terus ke toilet.  Hairan.

'Sayang,  abang nak keluar kejap yer...kawan abang call kereta dia problem kat tengah jalan.  Abang nak pergi tengok kejap.'  sambil bersiap Syafiq memberitahu aku.

'Abang nak keluar, kita baru je sampai..abang tak penat ke'

'Kejap je sayang....abang pergi dulu yer'  Syafiq mencium dahiku dan tergesa-gesa turun tangga.

'Siapalah kawan dia...yanng kalut sangat..' ngomel hatiku.

Aku malas nak turun ke bawah.  Aku duduk dalam bilik saja.  Selepas memberishkan diri dan bersolat aku duduk di sofa menonton tv.  Boring pulak.  Syafiq yang keluar dari tadi belum balik lagi.  Lepas satu cerita ...satu channel...aku tonton.  Pintu bilik diketuk.  Aku bangun membuka pintu.

'Aina, Mak Tam ada goreng karipap...jom turun minum'

'Karipap...sedapnya...kejap Aina tutup tv jap...'  Aku turun bersama-sama dengan Mak Tam.

Duduk bersantai dengan Mak Tam di gazebo..minum teh bersama karipap...nikmatnya.

'Syafiq mana?'

'Entah Mak Tam...tadi sampai-sampai je terus keluar katanya jumpa kawan..kereta kawannya rosak katanya'

Nasib baik ada Mak Tam...kami bersembang...minum.  At least tak lah boring.  Jam dah pukul 8.30 malam Syafiq masih tidak balik.  'Hairannya..tadi dia kata kejap je' desis hati ku.  Mak Tam dah menjemput aku makan malam...tapi Syafiq masih belum balik. 

'Cuba Aina sms ke ..telefon ke?'..tanya Syafiq dimana?'  suruh Mak Tam.  Aku mengambil handphone dan mendail no Syafiq.

'Tak dapat Mak Tam.'  mula rasa tak sedap hati.  Aku dah tak senang duduk.  Ke manalah Syafiq pergi..ada jadi apa-apa ke.  Ya allah lindungilah suamiku..desis hatiku.

Duduk tak senang...berdiri tak senang...aku duduk di luar tak senang jugak..aku masuk terus ke dapur niat nak tolong Mak Tam..sekejap je aku dah gelisah.

'Aina...cuba bawak duduk, pening Mak Tam tengok...jap duduk...jap berdiri...jap keluar.  Tak ada apa-apalah..nanti balik lah si Syafiq tu'  Mak Tam cuba tenangkan aku.

'Nah ...minum milo nie...biar tenang sikit hati tu'.

'Mak Tam..Aina naik atas dulu yer...' .Aku bangun dan mengambil air milo tadi naik ke atas.  Aku teringat yang aku belum solat isyak.  Aku masuk ke toilet mengambil wuduk dan bersolat.  Ya allah..lindungilah suami ku dari segala malapetaka..aku berdoa.

'Sayang....sayang...'  aku dikejut.  Ya allah tak sedar bila aku terlelap di atas sejadah.

'Abang....bila abang balik.  Abang dah makan?...Kenapa abang balik lambat?..Aina risau..aina call tak dapat.' 

'Sayang.....abang minta maaf..k..abang buat sayang risau'  Syafiq mengusap pipiku.

'Dah...abang dah mandi dulu...badan dah melekit nie'.  Kadang-kadang Syafiq seperti tidak mahu menjawap soalan aku..samada tidak mahu menjawap atau tidak tahu nak menjawap.  Tinggal aku terpinga-pinga menantikan jawapan.

Aku tengok jam di dinding...hampir 12.00am..lambatnya ..mana agaknya Syafiq pergi.  Aku baring di katil.  Mata sudah mengantuk tapi hati aku masih tidak puas hati.  Hati janganlah sangka yang bukan-bukan.


Keluar dari toilet Syafiq terus saja berbaring di katil...lampu meja ditutup.  Layan perasaan masing-masing.  Tiba-tiba Syafiq memeluk pinggang ku.

No comments:

Post a Comment