Syg jgn lupa lunch..
Hehehehehe...teringat
sms Syafiq tadi. Hati berbunga-bunga.
Jangan tak
tau...Syafiq dah membahasakan dirinya Abang...hihihihihi......MALU lagi..aku
kan pemalu.
Dua hari
lepas....
Kami solat
maghrib bersama. Kebetulan Syafiq dan
aku balik awal. Selesai solat Syafiq
tidak melepaskan tangan aku setelah meyalaminya.
‘Aina, duduk
jap..errrr..saya ada nak cakap sikit’...time
tu jugak hati aku berdebar-debar. Aku ni
kan ada darah gemuruh, cepat gelabah.
‘Dah nak dekat
sebulan kita kahwin kan. A..a..abang dah
mula rasa selesa ngan ......sayang’
Abang!!!!!....aku
mengelamun ke...aku salah dengar ke....cu cuba ulang balik.
‘So abang nak
sayang panggil abang..Abang..boleh kan..lagipun abang tak suka lah nak dengar
sayang dok panggil abang ..awak..sikit-sikit awak..macam abang nie kawan sayang
je’..Syafiq tersengih.
Aku
tunduk...mengangguk...senyum. Alamak dia
nampak ke aku senyum.
Syafiq memegang
dagu dan mengangkat mukaku lalu mencium dahi ku.
Ya allah...doa
ku termakbul...Syafiq mula menyayangiku...Air mata ku sudah mula
bergenang. Aaahhhh!!!!..nak nangis..nak
nangis....
Aku terus
tunduk...lalu mengambil tangan Syafiq lalu ku kucup lama...Air mata dah
menitik. Dah tak boleh tahan...air mata
mengalir laju..Badan dah terhinjut-hinjut.
Syafiq terus
mengangkat muka ku dan mencium kedua-dua belah pipiku.
‘Sayang...naper
nangis nie...hei...kenapa nak nangis.’
Syafiq mengelap air mata ku yang mengalir.
Syafiq seperti
dapat mengagak lalu dia tidak bertanya lagi, syafiq terus mendakap aku.
Lagi lah aku
tak boleh nak stop nangis...tak nak stop nangis boleh tak...macamana nak stop inilah first time aku didakap oleh lelaki, lebih-lebih lagi lelaki itu
adalah suami aku.
Setelah lama
berdiam..syafiq bersuara...’Abang dah mula sayang kat Sayang...abang pun harap
sayang terima abang dan menyayangi abang macamana abang menyayangi
sayang..boleh kan’ terharunya dengan
pengakuan Syafiq.
Tapi tiba-tiba
aku teringat Nurrezzah.
‘Abang...’
‘hmmmm....’
‘Nur....Nurrezzah?’..aku
bertanya
Syafiq
diam...dan..diam....tiada jawapan.
Nampaknya aku tidak perlu menunggu jawapan dari Syafiq. Mungkin Syafiq tiada jawapan untuk soalan aku
tadi.
Aku
merenggangkan dakapan Syafiq....lalu bangun.
Syafiq masih duduk di situ, rasa bersalah mungkin.
‘Hoi...termenung
lak dia..Nyah tak de keje ke...aku tengok meja kau tu penuh ngan kertas..’ terkejut aku disergah Nora.
‘Nora!!! Kau
jangan sergah aku cam tu boleh tak..terkejut aku lah...’ aku mengurut dada ...terkejut.
‘Hahahahhaaha..termenung
lagi..kau menung kat sapa erk...Mr
Husband eh?...alahai lagi sejam je dah nak balik lah’
‘Tak
delah...pandai je kau ni. Hari nie aku
kena stayback lah...keje banyak nie.
Tengok sejam lagi dah nak balik pun aku tak sedar. Alamak!!!!’
kelam-kabut aku mencari handphone.
Nora
tersengih-sengih tengok aku.
Abang..Aina blk lmbt. Kena stayback.
Message..delivered..
terpapar pada skrin handphone.
Handphone
berbunyi...hmmm...no phone
Syafiq...senyum..
‘Assalamualaikum’
‘Waalaikumussalam...Sayang
balik lambat ari nie?..Keje banyak sangat ke?.
Abang baru nak ajak sayang tengok rumah’
Hairan...tengok
rumah siapa?..
‘Tengok
rumah?..rumah sapa?’ tanya aku hairan.
‘Mulalah buat
kelam kabut tu...gelabah..abang dah dapat bayang muka sayang sekarang
nie.’ Dengar suara Syafiq ketawa.
‘Tak pelah
esok-esoklah kita pegi tengok erk. Abih
sayang balik pukul brapa nie.
Malam-malam sayang drive sorang bahaya lah. Nanti abang datang amik lah. Bagitau pukul
brapa sayang balik’ cakap kat aku
gelabah...dia lagi gelabah...aku bukannya nak balik lewat sangat pun, pukul 7-8
aku balik lah. Gelabah takut aku balik
seoranglah tu. Tu tandanya SAYANG. Dalam hati dah ada taman bunga.
‘Hmmm...tak
payah lah abang...dalam pukul 7-8 Aina balik lah..bukan sampai tengah malam
pun.’
‘Yelah...apa-apa
call abang tau’
‘Abang!!..abang
tak bagitau Aina lagi..nak pegi tengok rumah sapa..?’ tak puas hati aku selagi Syafiq tak bagitahu.
‘Sayang
balik..nanti abang citer...nak tahu kena lah balik cepat...hihihihihi..Assalamualaikum’ saja je Syafiq ni tau...aku dah tak boleh
buat keje...kepala otak pikir pasal RUMAH....hish!!!...tolonglah jangan buat
aku tertanya-tanya..mulalah aku tak boleh buat kerja.
Selesai solat
maghrib di office, aku berkemas hendak
balik. Sunyi pulak..tadi ada lagi 2-3
orang. Cepat-cepat aku mengambil handbag dan tutup komputer. Tiba-tiba terasa seram pulak. Huh!! ada orang lagi dekat litigation dept.
ingat tinggal aku seorang tadi. Aku
keluar dan terus menuju ke pintu lif.
Aku baru hendak
masuk kereta handphone bunyi..sms
masuk.
Dah nak dekat pukul 8....sayang kat
mana?..dah kluar off ke blum
‘Hmmm....sekejap
lah orang baru nak masuk kereta’..ngomel aku dalam hati.
Aina br nak msk kereta ni...dah nak
blk..
Aku start enjin kereta...sms masuk lagi.
Drive carefully..take care..k
‘Hmmm..yelah...’ aku jawap sendiri...
Aku sudah pun
keluar dari BB Plaza. Kereta tetap masih
banyak atas jalan. Siang ke malam ke
sama sahaja Jalan Bukit Bintang ni sentiasa happening.
Tiba-tiba tekak
aku teringin pulak nak makan cheese cake, hhmmm singgah kat The Loaf lah
kejap. Aku mencari-cari parking, penuh
pulak parking. Hah!! nasib baik
ada kereta nak keluar. Aku terus masuk.
Masuk je ke
dalam The Loaf...Huh!! ramainya orang.
Aku terus menuju ke kaunter.
'Ye puan...nak
yang mana satu'...setelah memilih beberapa flavor cheese cake, aku terus beratur untuk membayar. Tiba-tiba wanita di depan aku tersungkur..Ya
Allah..
'Awak...ok
tak..' aku terus tunduk dan memegang
lengannya. Kesian pulak terjatuh.
'I'm okay..terlanggar
kaki kerusi tu tadi...tak perasan ' kata
wanita itu.
'Thank you...' tersenyum dan terus menuju ke cashier.
'Sama-sama'..tak
sempat lak aku tanya apa-apa tadi. Laju
je wanita tu keluar.
Entah apa yang
menarik pada wanita tadi asyik lak aku perhatikan dia. Sampai terlupa aku nak bayar cheese cake aku.
Sampai saja aku
di kaunter, handphone berbunyi...incoming
call...Syafiq..
'Sayang..kat
mana nie..abang rasa sayang dah kluar lama..tapi tak sampai-sampai lagi' senafas Syafiq bercakap...suara dia keras.
'Abang....Aina
kat The Loaf nie..Aina singgah kejap..ramai orang tp Aina dah nak bayar..jap
lagi Aina sampai lah' geram pulak aku
rasa.
'Abang, Aina
nak bayar dah nie..lepas ni Aina terus balik..k' aku perlahankan suara aku bila Syafiq diam
je.
'Oklah ..take
care..k..terus balik..jangan singgah-singgah tau'..pesan Syafiq.
Aku masuk ke
parkir kereta. Kelihatan Syafiq sedang
menanti aku di gazebo. Syafiq terus
bangun dan berjalan menuju ke arah aku.
Aku mencium tangannya dan Syafiq pasti akan mengusap kepala ku.
'Sayang buat
abang cemas lah...masa sayang sms dah keluar off tadi dekat pukul
8..sampai pukul 8.45 sayang still tak sampai lagi. Selalu 1/2 jam sayang dah sampai' muka Syafiq dah masam..nak marah lah tu.
'Sorry
abang..aina teringin nak makan cheese cake tadi..ternampak The
Loaf..aina singgah lah'
'Hmmm..yelah..Abang
maafkan..dah jom masuk..ibu ngan ayah pun risau. Sayang dah makan ke?'
Syafiq
mengenggam tangan aku masuk ke rumah.
'Aina...terkejut
ibu tadi bila Syafiq bagitau aina tak sampai-sampai' ibu pulak buat muka risau.
'Maaf
ibu..ayah..tadi Aina singgah beli cheese cake nie..ibu suka kan...' aku buat muka manis.
Aku menyerahkan
kotak cheese cake pada ibu. Ibu
memang suka cheese cake the Loaf.
Hmmm...sedapnya durian cheese cake...
Syafiq menarik
tangan aku ke dapur. Syafiq mengarah aku
duduk di meja makan.
'Mak Tam dah
panaskan lauk tadi..kita makan yer'
'Hah!!..abang
tak makan lagi. Abang ni suka tau buat
cam nie..lainkali abang makan je lah dulu.' jangan tak tau aku dah pandai marah
Syafiq.
'Dah-dah tak
nak marah-marah..bebel depan rezeki..kita makan dulu..nanti abang citer pasal
RUMAH'..Syafiq mengangkat keningnya..tersengih...cam kerang busuk je.
Semasa makan
aku bercerita pasal kejadian dalam The Loaf. Macam biasa Syafiq akan marah kat
aku walaupun bukan aku yang jatuh.
Heeeee...asyik nak kena marah je hari nie. Apalah nasib aku hari ni.
Selesai makan,
Syafiq duduk di ruang tamu bersama ibu dan ayah, manakala aku terus naik ke
bilik.
Masuk bilik
air...mandi tapi sempat pulak berangan..terasa bahagia sangat. Syafiq layan aku baik. Senyum sendiri. Dan yang paling aku bersyukur Syafiq sudah
pun dapat menerima aku sebagai isterinya yang sah. Tapi...hmmm...kami masih tidur
berasingan. Kenapa?..entah..mungkin
Syafiq mahu aku betul-betul ikhlas menerima dia kut.
Syafiq masih di
bawah agaknya, aku keluar dari bilik air tak nampak pun dia. Aku solat isyak dulu lah.
Selesai solat
aku bangun menyidai telekung dengar pintu bilik dibuka. Syafiq..sapa lagi...
'Aina....' Syafiq memanggil aku agar duduk di sebelahnya
di sofa.
Aku duduk di
sebelahnya.
Syafiq
mengenggam tanganku.
Aik ..kenapa
nie...macam suspen je...aduh!!! Syafiq nie selalu buat aku suspen
lah. Kenapa diam pulak ni. Hati aku dah berdebar-debar ni.
Tiba-tiba
Syafiq bersuara. ‘Sayang...kita
pindah’ perlahan Syafiq berkata.
‘Hah!!!..’ alamak perlahan sangat lah pulak...dengar
sipi-sipi je ni. Betul ke apa yang aku
dengar ni. Syafiq ajak aku pindah?..Nak
pindah mana?.
Terkedu.
'Pindah?...tu
ke abang kata nak tengok rumah?..kenapa kita kena pindah?'..macam soalan bodoh
je.
'Abang rasa
kita patut duduk sendiri..berdikari...sayang tak rasa macam tu ke?' Syafiq macam hairan dengan aku. Selalunya isteri mesti nak duduk sendiri...di
rumah sendiri..ni terbalik pulak suami aku pulak yang nak duduk berdikari.
'Ayah ngan ibu
dah tahu ke?..Aina tak kisah duduk mana-mana pun. Cuma Aina takut ibu ngan ayah nanti akan
sunyi pulak'
'Abang dah discuss
ngan ayah ngan ibu tadi. Ibu je yang dok
membebel takut nanti kesian kat Aina...mana nak kerja..then balik rumah buat
keje rumah pulak..layan abang lagi'..Syafiq tersengih.
'Abang jangan
nak buat muka cam tu yer. Esok pukul
brapa abang nak pegi tengok rumah tu?'
Syafiq masih
tersenyum. 'Ermmm..petang lepas balik
keje..sayang janganlah stayback lagi..k'
Aku
mengangguk. Muka Syafiq nampak
lega. Syafiq memeluk bahuku dan mula
melayan tv di depan kami. Aku pulak yang
berkerut dahi memikirkan pasal PINDAH.
Hati aku tiba-tiba berdebar.
KENAPA?..Macam-macam pulak dalam kepala aku ni. Macamana lah aku nak hidup berdua dengan dia. Dah lah aku dengan dia nie baru nak jadik
teman tapi mesra. Eeeeiii..banyaknya nak
fikir...hari-hari aku nak masak apa?...Ermmm...kami akan tidur bilik lain-lain
ke?...hmmm...biasalah aku nie, belum apa-apa dah fikir macam-macam. Punya lah memikir sampai tak sedar aku dah
terlentok di bahu Syafiq. Mata semakin
kuyu....ahhh..ngantuknya!!!!
Aduh!!!!..sakitnya
perut...ngomel aku dalam hati. Mata
masih terpejam. Malasnya nak
bangun. Tapi perut nie semakin sakit
macam menyucuk je. Mula terasa
berpeluh. Sakitnya!!!!!
‘Sakitnye....Abang.....Abang....’ aku dah tak tertahan sakitnya. Tak tahulah Syafiq dengar ke tak?. ‘Abang....abang....’ mata aku masih terpejam. Aku dah mula nak nangis. Tak tertahan sakitnya ni.
Aku memeluk
lutut..menahan sakit...menangis....
‘Sayang..sayang...naper
nie...ya allah kenapa ni...’ suara
Syafiq cemas.
‘Abang...sakitnye
perut Aina nie...tak tahan rasanya..tadi Aina panggil Abang tak dengar.’ Teresak-esak aku.
Syafiq terus
mencempung aku dan turun ke bawah.
Syafiq meletakkan aku di sofa lalu naik ke atas semula mengambil kunci
kereta. Setelah membuka pintu Syafiq
kembali mencempung aku bawa ke dalam kereta.
‘Sayang...tahan
kejap yer...kita pegi hospital’ Syafiq
mengusap kepala ku.
Dalam kesakitan
aku dapat melihat keadaan Syafiq yang kelam kabut...cemas...risau. Kesian...Terharu...
Mendengar aku
asyik mengerang Syafiq semakin cemas..memandu pun dah kelam kabut. Tangan kiri Syafiq menggenggam tanganku. Tiba-tiba...
‘Abang!!!!...Ai..ai...aina
rasa macam nak muntah.’ menahan
sakit...menahan yang nak keluar dari mulut.
Syafiq mengusap
belakang aku. Dan terus memberi signal
ke tepi. Berhenti saja kereta Syafiq
terus membuka pintu aku.
Syafiq mengusap
belakang aku.
‘Ya
allah..sayang naper nie...sayang salah makan ke?’ ‘Dah lega ke...hospital dah nak dekat nie’
Habis semuanya
keluar....apa yang aku makan tadi habis keluar semula. Air mata aku asyik mengalir saja. Mana taknya aku tak pernah sakit macam
nie. Tak tahu apa puncanya. Badan aku dah lemah. Aku dah rasa tak larat nak bangun lagi.
Sesampai saja
depan lobby wad kecemasan, Syafiq memberhentikan kereta, berlari keluar mendapatkan
aku di sebelah dan mencempung aku.
Berlari dia mendapatkan bantuan dari nurse
dan doctor di dalam.
‘Nurse..please tolong wife
saya’..
‘Encik...baringkan
dia kat katil nie...kenapa yer ngan isteri encik?’
‘Dia sakit
perut tadi...dalam perjalanan dia muntah-muntah..sampai badan lemah’ termengah-mengah Syafiq bercakap.
‘Ok..encik
duduk luar dulu yer...kereta encik tu kena alih tu sbb tu tempat khas tuk ambulance je. Nanti apa-apa kami maklumkan yer’..baik pulak
nurse tu...hmmm...baik sebab husband aku handsome ke...
Aku macam nak
jerit je kat Syafiq mintak dia tunggu aku kat dalam nie...Jangan tinggal aku
sorang-sorang kat sini.
Syafiq datang
ke katil aku. Mengusap dahi dan kepala
aku.
‘Sayang..abang
tunggu kat luar yer’ aku pegang tangannya..tak
nak lepas..sedih...Syafiq melepaskan genggaman tanganku dan mencium dahiku.
Nurse sudah sedia
untuk cari urat di tangan aku. Doktor
datang hampiri aku.
‘Puan Aina,
hari nie puan ada makan tak?’
‘Tengahari tadi
saya makan tapi lewat sikit.’
‘Puan Aina
memang ada gastrik ke?’
‘Saya tak penah
kena gastrik.’
‘Puan kena mula
jaga waktu makan puan. Apa yang terjadi
pada puan hari ni adalah tanda-tanda gastrik.
Sekarang nie puan rehat sebab kita nak masukkan air sebotol dulu. Kalau puan still ada sakit di ulu hati dan rasa macam nak muntah kita akan
tambah sebotol lagi lah yer. Puan rehat
dulu’ terang doktor pada ku.
Ala..sejak bila
lah aku kena gastrik nie. Bukan hari nie
je aku lewat makan. Aku dah biasa sangat
makan lewat lebih-lebih lagi kalau aku tengah banyak kerja. Malas nak keluar. Apa lagi hadap mee segera
je lah kalau terasa lapar.
Entah bila aku
terlena, pandang pada botol air yang tergantung
hmmm..tinggal suku lagi je. Dah
kurang sikit rasa pedih perut ni.
Teringat kat Syafiq..apalah yang dia buat kat luar tu?..
‘Nurse...boleh panggilkan suami saya kat
luar tak?’ pinta aku.
Nurse tu tersenyum
dan berjalan keluar. Nasib baiklah nurse-nurse kat sini baik. Nampak kelibat Syafiq masuk. Tersenyum.
‘Sayang dah
ok. Sakit lagi tak?’ Syafiq mengusap kepalaku.
Aku
menggelengkan kepala.
‘Abang call mak ngan abah tadi..diorang nak
datang. Tapi abang tak bagi yelah
sekarang dah pukul 3 pagi kesian lak abah drive dari Cheras. Nanti bila dah ok kiter balik Cheras..k’
Nurse tadi datang
hampiri katil aku.
‘Puan Aina..ada
rasa pedih lagi ke kat perut’ tanya Nurse tadi.
Aku
menggeleng. Dari tadi aku tak
bercakap. Bukan aku malas nak bercakap
tapi aku rasa macam lemah sangat. Tak
larat nak bercakap.
‘Hmm...kalau
macam tu nanti kita tambah lagi satu botol lagi bila dah habis botol kedua
nanti Puan boleh balik lah tapi nanti jangan lupa ambil ubat kat pharmacy dulu yer. Nanti saya beri resit ubat’
senyum meleret je nurse
ni. Hmmm ni mesti kes tunjuk muka manis
kat Mr Husband lah nie. Hish..ni yang nak geram ni. Mr
Husband lak dok senyum je kat nurse
tu. Eeeeiii...tak sabar nak balik
ni. Lama-lama aku dok sini lain lak yang
sakit nanti.
‘Sayang..naper
nie..muka masam je..sakit lagi ke?’
eeiii...buat-buat tanya lak.
Malas nak
jawap..Aku geleng je.
‘Tidurlah dulu
lambat lagi nie...nak tambah lagi satu botol nie.’ Aku mengangguk.
Tersedar..tengok
jam dah pukul 5 pagi. Tengok Syafiq pun
dah terlentok kat kerusi. Hmm...air pun
dah nak habis.
‘Abang..abang....’
aku mengejutkan Syafiq. ‘Air tu dah
habis..’ aku menunjuk ke arah botol yang
bergantung. Terpisat-pisat
Syafiq...mamai..
‘Abang pegi
amik resit ubat tu kejap then amik ubat terus..nanti abang datang balik
..k. jap lagi boleh terus balik
je’..Syafiq bangun. Huh!!...jumpa nurse tadi lah tu. TAK SUKA...
******************
Sesampai saja
di rumah, ibu terus dapatkan aku.
‘Ya allah naper
nie Aina…terkejut ibu pagi-pagi dapat call
dari Syafiq..ibu hairan jugak naper Syafiq call..kan
bilik ibu kat bawah je. Pucat muka Aina
nie..ya allah…meh masuk cepat…’ ibu dah start..klu dah start bercakap mesti non-stop.
Aku senyum
je. Masih malas nak bercakap.
‘Ibu…Syafiq
bawak Aina naik atas dulu…’
‘Hmmm..yelah…naik
atas..rehat dulu..nanti ibu suruh Mak Tam kamu bawak ke atas…kamu pun pegi lah
rehat….’..ibu sudah menghala ke dapur mencari Mak Tam.
Syafiq memimpin
aku menaiki tangga ke atas. Masuk bilik
Syafiq terus baringkan aku dan menyelimutkan aku. Aku betul-betul tidak larat hendak
bercakap..apatah lagi mata tersangat mengantuk.
Aku tengok Syafiq pun macam mengantuk saja. Biarlah Syafiq nak buat apa. Aku nak tidur.
‘Ya allah
lenguhnya tangan nie….’ ngomel aku dalam
hati.
Buka
mata…ternampak dulang kat sidetable
sebelah..makanan…terus rasa lapar. Dah
pukul berapa lah ni..tangan ku meraba-raba tepi bantal mencari handphone. Tiba-tiba….aik!!!!..aku menoleh ke
kiri..hah!!!...Syafiq!!!!...terkejut aku.
Tak pernah dia tidur sebelah aku.
Nasib baik aku tak menjerit tadi..Lenanya dia tidur…Ralit lak aku tengok
muka dia...sebab tulah nurse kat
hospital tadi dok sengih-sengih..senyum-senyum...Mr Husband aku handsome.
Aku
teragak-agak nak bangun turun dari katil.
Aku betul-betul tak larat ni.
Tapi kena bangun jugak aku nak ke toilet. Hmmm…terpaksa jugaklah aku…..
‘Abang..’ aku menggerakkan badannya. TERPAKSA….
‘Sayang..’ suara serak Syafiq keluar….mata pejam tangan
dok raba-raba bantal aku …Aduh!!!!...aku dah tak tahan nak pegi toilet ni.
‘Abang..’ aku goyang badan dia kuat sikit.
‘Hah!!....’ haaaa…baru bangun.
‘Abang..aina
nak pegi toilet..tapi tak larat nak
bangun.’
Syafiq bangun
dari katil tolong aku bangun dan memimpin aku ke toilet.
Kesian pulak
mengantuk sangat lah tu. Sorry abang….Love U lah.
No comments:
Post a Comment