Kedengaran
gelak ketawa saudara mara Tn Hj Zul Helmi mengusik Syafiq. Terdengar juga suara dan ketawa Syafiq yang
menunjukkan betapa Syafiq bahagia dan gembira hari ini. Tapi betulkah Syafiq betul-betul gembira
dengan perkahwinan ini.
Bagaimanalah
penerimaan Syafiq terhadap aku yang telah sah menjadi isterinya. Kami masing-masing tidak begitu mengenali
diri masing-masing. Namun hanya kerana
Tn Hj Zul Helmi terhutang budi dengan abah kedua-dua pihak ingin menyambung
silaturrahim ini. Aku redha dengan apa
yang telah ditentukan untuk ku. Jika
abah dan mak yakin bahawa Muhammad Ikhwan Syafiq adalah lelaki yang terbaik
untukku, aku akan cuba untuk menerimanya sebagai sebahagian dari hidup ku. Ya Allah, kalau ini sudah tertulis untuk ku,
aku berdoa agar aku bahagia bersamanya, amin.
‘Abah…abah…naper
ngan mak?’ termengah-mengah aku bertanya pada abah.
Mana tak
mengahnya turun saja dari bas terus berlari mencari wad yang telah menempatkan
mak. Mak dah lama menghidapi asma, biasalah kalau cuaca sejuk dan hujan begini
cepat je mak diserang asma. Mak sudah
kerap dimasukkan ke wad dan aku sememangnya sudah tahu wad mana yang
ditempatkan.
‘Biasalah Aina
mak kamu nie…tapi tak de apa-apa dah ok..baru lepas sedut oksigen tu’ terang abah.
Mak tersenyum
memandang aku. Aku terus menyalami mak
dan abah.
‘Tak ada
apa-apa lah Aina, mak dah ok..kamu tu je yang kelam kabut naper?...dah pegi
minum air tu abah ada beli air milo tadi’. Lega sikit hati aku bila dengan
suara mak.
‘Kamu duduk lah
dulu…abah nak keluar jap..nak beli makanan untuk mak kamu malam nie’. Mungkin keadaan yang riuh rendah dalam wad
membuat abah rimas agaknya. Maklumlah
waktu melawat memang ramai lah pelawat.
Mak mulalah
memperkenalkan aku pada jiran katil sebelah menyebelah. Macam tulah selalu mak akan kenalkan aku pada
semua termasuklah nurse-nurse kat wad
tu, ada yang dah kenal aku pun sebab kerap kali mak dimasukkan wad yang sama.
‘Lamanyer abah
kamu nie Aina, kemana lak peginya’ mak merungut.
‘Cuba kamu
tengok-tengok abah kut ada kat luar tu, lama sangat keluar dari tadi lagi’ biasalah mak cepat sangat risau. Aduh aku dah mula rasa cuak bila mak seperti
nak mula membebel.
Aku bangun dan
keluar ke pintu masuk mencari-cari kelibat abah. Terlihat abah sedang berjalan ke arah
aku. Kenapa dengan abah laju je
jalannya.
‘Mak buat apa?’
tanya abah.
‘Tak de buat
apa-apa..ada kat dalam. Naper abah
ni. Cam kelam kabut je’ aku mula risau tengok keadaan abah yang agak
pelik.
‘Aina, kamu
ikut abah kejap’ ajak abah.
‘Jap Aina
bagitau mak..nanti mak tercari-cari lak’
abah mengangguk.
‘Kenapa abah?’
soal aku tanpa dijawap. Aku hanya
mengikut sahaja langkah abah.
Kenapa abah
masuk ke wad kecemasan ini, macam ada orang accident
je. Siapa yang accident? Kawan abah ke?.aku
mula tertanya-tanya. Hati mula berdengup
kencang.
Abah sedang
bercakap dengan doktor, seorang wanita dan seorang pemuda. Wah!..handsome lak lelaki tu. Siapa lelaki tu? Abah kenal ke? Dah lah tinggi..tegap..desis hatiku..
Aku masih
berdiri melihat mereka berbual. Mereka
ini bualkan apa macam cemas je. Abah
menoleh ke arah aku dan melambai aku.
Aku berjalan menuju ke arah abah.
Hati aku berdebar-debar. Mereka
semua beralih memandang aku. Kenapa ni?
‘Kamu sign ni
jadi saksi abah yer’ pinta abah tiba-tiba.
‘Kenapa lak ni
abah’ aku dah cuak.
‘Tak de
apa-apa..cuma abah nak derma darah ..kesian dengan pakcik tu.’ Abah menunjuk seorang lelaki yang agak
berumur sedang terbaring di katil dengan berlumuran darah. Terkejut aku.
‘Pakcik accident nak, doktor kata pakcik dah
banyak kehilangan darah. Kebetulan abah
kamu ini di sini tadi dan terus menawarkan diri tuk derma darah.’..terang
wanita itu tersedu sedan.
Aku beralih
memandang pemuda tadi. Dia sekadar
berdiam diri menundukkan kepalanya.
Aku mengangguk
dan meminta borang yang aku perlu tandatangan tadi.
Aku duduk di
kerusi yang di sediakan, abah pula telah masuk ke dalam bersedia untuk menderma
darah. Aku sms mak beritahu aku dan abah
berada di kantin hospital. Tidak mahu
bercerita pada mak sekarang. Takut-takut
mak risau dan mula lah diserang asma kembali.
‘Terima
kasih….saya betul-betul berterima kasih pada ……’ seorang lelaki tiba-tiba
datang menyapa aku dan duduk sebelah.
‘Abah…tu abah
saya….sama-sama’ . aku mendongak dan
menoleh…terkejut…pemuda tadi telah duduk sebelah aku. Tersenyum.
Aku senyum dan
terus menundukkan kepala. Alamak malu
lah pulak. Tidak tahu apa yang nak
dibualkan. Kami hanya diam.
Abah keluar
dari wad sambil memegang tampalan plaster kesan cucuk tadi. Abah tersenyum. Aku terus menuju ke abah dan memimpin abah
duduk di kerusi tadi.
‘Pakcik, nak
milo. Pakcik kena minum ni sebab baru
lepas derma darah nanti pakcik pitam pulak’
entah bila pemuda tadi pergi membeli air milo untuk abah. Ternyata memang baik dan berbudi bahasa
pemuda itu.
Abah tersenyum.
Hari ini mak
sudah boleh keluar dari hospital.
Lega..nasib baik tidak lama cuma 2 hari saja. Kalau tidak paling kurang pun mesti 3-4
hari. Abah telah pun bercerita dengan
mak pasal derma darah itu. Mak
terkejut. Abah mengajak mak dan aku
pergi melawat pakcik yang kemalangan itu.
Abah
memperkenalkan mak dan aku kepada mereka.
Pakcik yang kemalangan itu bernama Tn Hj Zul Helmi dan isterinya Pn Hjjh
Anum Noraida. Ternyata pemuda itu adalah
anak Tn Hj Zul Helmi. Tapi tidak pulak
mereka mengenalkan namanya. Macamana aku
hendak dapatkan namanya. Aduh!!!!
‘Terima kasih
En Mukhtar..Pn Saadiah…terima kasih banyak-banyak tak terbalas jasa En Mukhtar
pada saya’. Bergenang air mata Tn Hj Zul
Helmi merasa terhutang budi pada abah dan mak.
‘Dah jadi
tanggungjawab saya…nie masa Tn Hj…esok-esok masa saya pulak’. Abah mula merasa mesra dengan kawan baru nya
itu.
‘Nanti
senang-senang jemputlah ke rumah…boleh lah kita bersembang-sembang…saya dah
rasa En Mukhtar nie seperti saudara saya’.
‘Insya
allah’. Abah tersenyum.
Kelihatan mak
juga sedang berbual mesra dengan Pn. Hjjh Anum Noraida. Aku mula keluar dari wad dan duduk di kerusi
yang disediakan di luar pintu wad.
Tiba-tiba seseorang datang duduk sebelah. Terkejut.
‘Saya
Syafiq..Muhammad Ikhwan Syafiq…anak pakcik Zul Helmi’. Dia memperkenalkan dirinya.
No comments:
Post a Comment