Seusai solat subuh, Syafiq kembali berbaring di katil. Belum sempat aku membuka pintu, Syafiq
menegur ‘Sayang..nak kemana? Baring lah
dulu..kan hari ni sabtu bukan kerja pun kan.’
Aku berpusing dan menuju ke katil lalu duduk di sisi Syafiq yang sedang
berbaring. ‘Aina nak sediakan sarapan
lah abang. Abang baring lah nanti
sarapan dah siap Aina panggil yer’. Aku
menunduk lalu mencium dahinya.
Sesungguhnya jatuh seluruh kasih sayangku kepada lelaki ini. Kebahagiaanku hanya padanya.
Aku bangun lalu keluar dari bilik.
Membuka sliding door lalu
keluar berdiri di balkoni nyaman terasa.
Udara dinihari memang menyegarkan.
Keadaan masih gelap, masih banyak
rumah yang masih gelap. Maklumlah hari
cuti ramai yang mengambil kesempatan untuk bangun lewat. Dulu masa sebelum kahwin boleh lah aku tidur
balik selepas solat. Tapi sekarang sudah
bergelar isteri, aku ada tanggungjawap untuk menjaga makan minum suamiku. Aku ke dapur untuk menyediakan sarapan. Pintu fridge
sudah dekat 5 minit dibuka namun masih fikir apa menu yang aku nak sediakan. Puas fikir..hmmm…goreng nasi je lah.
Sedang aku menyenduk nasi goreng ke dalam bekas terasa ada tangan
melingkari pinggangku. ‘Bau je dah
sedap…’..terasa bibir Syafiq di belakang leherku. ‘Abang..janganlah..nanti jatuh bekas ni. Aina gelilah’. Syafiq ketawa dan mengambil bekas yang
dipenuhi nasi goreng dari tanganku.
‘Sayang, abang turun sekejap nak beli paper. Sayang nak apa-apa
tak?’ Aku menoleh dan menggeleng.
Kami sama-sama duduk bersarapan.
Syafiq memang suka bersarapan sambil membaca suratkhabar.
‘Sayang…’
‘Hmm..’ aku dongak dan mengangkat kening.
‘Lepas ni sayang siap, kita keluar’
Senyum…seronoknya.
Selesai makan Syafiq bangun membawa pinggannya ke dapur sempat
pula dia mencium pipiku. ‘Thanks
sayang…breakfast yang sedap’ bisik
Syafiq.
Tersengih. Hanya nasi
goreng yang tidak seberapa ini aku dapat ciuman dari Mr. Husband.
Seronokkan. Hati sudah dipenuhi
bunga. Aku menoleh ke belakang melihat
Syafiq masih tersenyum sambil membasuh pinggannya. Aku bangun dan mengemas meja makan. Senyap-senyap aku memeluk Syafiq dari
belakang. Haruman badannya menyenangkan. Syafiq tersenyum sahaja mungkin senang
agaknya diperlakukan begitu. Syafiq mengalih
badannya mengadap aku tangannya terus memeluk pinggangku.
‘Ni kenapa ni…hmmmm?.. romantiknya suara.
‘Tak de apa-apa..sajer...’ aku senyum. Syafiq senyum lalu mencium dahi ku…pipiku. Aku mencium dahi dan pipinya lalu meletakkan
kepalaku di dadanya. Bahagianya.
‘Ni berapa lama nak dok cam nie.
Nak keluar ke tak?. Kalau tak nak
kita dok cam nie je sampai malam. Abang
lagi suka’. Syafiq erat memelukku,
terasa bahagia bila didakap begini.
‘Dah..jom siap…’ aku
melepaskan pelukan.
Syafiq senyum lalu mencuit hidungku.
***************
Pertama kali menjejak kaki di Pavilion. Memang teruja. Walaupun tempat kerja aku dekat saja dengan
Pavilion tapi tidak pernah sekalipun aku pergi.
Lagipun bukan level aku kut
hendak shopping di sini. Kami
berjalan-jalan sambil memegang tangan.
Syafiq menarik tanganku memasuki butik Salvatore Ferragammo. Teruja
betul tengok handbag-handbag yang
dipamerkan. Lagi teruja bila tengok
harganya. Malu pun ada takut-takut ada
memandang kepada handbag aku. Memang handbag
aku berjenama Salvatore Ferragammo
tapi yang membezakannya aku punya made in
china.
Sedang aku membelek handbag-handbag
yang dipamerkan, Syafiq memberiku beg kertas.
Aku mengambil dan memandang wajahnya yang tersenyum. ‘Untuk sayang…’. Aku membuka, terbeliak mataku bila aku lihat
ada sebuah handbag di dalamnya. ‘Abang!!’.
‘Syyyy!!!!’ Syafiq meletak
jarinya di bibirnya. ‘Dah jom..’ tanpa penjelasan Syafiq membawa aku keluar
dari situ. Bibirnya masih tersenyum.
Aku menarik tanganku agar Syafiq memberhentikan langkahnya. Syafiq menoleh ke belakang. ‘Kenapa?’
tanya Syafiq. ‘Handbag ni…mesti mahalkan.’ Aku tidak suka Syafiq menghabiskan duit
dengan membeli barang yang mahal sedangkan aku boleh memilikinya dengan harga
yang murah. Tapi yang pasti bukanlah original. Tidak kisahlah original ke imitation ke
janji bentuknya sama saja.
‘Tak kisahlah pasal harga tu.
Abang beli untuk sayang. Sayang
tak suka?’ Syafiq merapatkan
dirinya. Aku memandang wajahnya yang
kehairanan. Aku baru nak bersuara Syafiq
sudah mengambil beg kertas tersebut dari tanganku dan berjalan ke arah butik
tadi. Aku berjalan laju mendapatkan
Syafiq. ‘Abang, nak ke mana?’. Syafiq menoleh, ‘Sayang macam tak suka. Abang ingat nak tukar yang lain’. ‘Abang!!!!..Aina bukan tak suka. Tapi……ish..susahlah abang ni’ merajuk.
Syafiq menggenggam erat tanganku.
‘Abang beli untuk sayang…ambil je ok.’
Aku menggangguk. Syafiq senyum
dan mencium dahiku. Kalau sudah datang
romantiknya Syafiq tidak pernah hirau di mana dia berada.
‘Eeeiiiii…Abang nie kan...’
aku menumbuk perlahan dada Syafiq.
Syafiq tersenyum dan mengalih ke hadapan, tiba-tiba..’Eh…Fiq…Assalamualaikum..’ seseorang telah menyapa Syafiq. Wajah Syafiq tiba-tiba berubah. ‘Aah…Fendi!!! Waalaikumussalam..’ Syafiq bersalaman dengan lelaki
tersebut. Kelihatan wajah wanita di
sebelahnya juga berubah. Syafiq juga
telah melepaskan genggaman tanganku.
‘Korang dari mana?’ Syafiq
bertanya.
‘Ni ha Nur mintak aku temankan dia beli barang butik. Your
wife?’
‘Aaahh….oh ye…Sayang, ni kawan abang, Fendi and Nur’ Syafiq seperti
teragak-agak mengenalkan aku. Aku
bersalaman dengan wanita yang bernama Nur itu.
Aku pasti wanita inilah yang aku nampak makan bersama dengan Syafiq dan
wanita ini juga yang duduk disebelah Syafiq semasa memandu Myvi hitam kelmarin. Aku senyum padanya. Namun wanita itu hanya senyum nipis
saja. Dan aku hanya menundukkan kepala
hormat apabila berpandangan dengan lelaki yang bernama Fendi itu. Fendi juga senyum dan menundukkan hormat
kepadaku.
‘Patutlah ko tak pernah nak kenalkan wife kau yer. Manis..takut
orang usha erk’
‘Hush!!!!...kau ni. Terima
kasih’ Syafiq menumbuk perlahan bahu
kawannya itu.
‘Eh…Fiq kami gerak dululah.
Nur..jom awak banyak lagikan barang nak beli’.
Dari tadi aku perhatikan wanita itu, dia seperti sikit pun tidak
mahu bertentang mata denganku.
Kenapa? Kawan Syafiq juga asyik
memerhatikanku dan wanita itu. Aku yakin
pasti ada yang tidak kena. Atau adakah
inilah yang bernama Nurrezzah??..Sedang leka melayan persoalan dan tanggapan
dalam fikiran, aku tidak sedar kawan Syafiq sudah pun berlalu. Aku tersedar bila Syafiq kembali menggenggam
tanganku. Syafiq senyum. Aku membalas senyumannya.
‘Jom…abang ingat nak beli necktie..sayang
pilihkan yer. Jom’ aku hanya mengangguk dan senyum. Ayat Syafiq seperti hanya ingin mengambil
hati saja. Kami memasuki butik Hugo Boss. Semuanya adalah pertama kali buatku. Memasuki semua butik-butik luxury yang membuatkan aku betul-betul
merasa janggal. Syafiq membawa aku
melihat necktie yang diatur begitu
cantik di dinding. Semuanya cantik membuatkan
aku tidak dapat membuat pilihan. Sedang
ralit memilih, Syafiq berdiri dibelakang ku sambil memegang bahuku. Akhirnya aku memilih necktie yang berwarna keperangan.
Aku tahu Syafiq tidak ada necktie yang berwarna tersebut. Aku membawa necktie tersebut ke kaunter.
Syafiq telah bersedia mengeluarkan kad kreditnya. ‘Abang..Aina belikan untuk abang yer’ aku menghalang. Syafiq tersenyum dan hanya mengangguk.
Selama 3 bulan perkahwinan kami inilah pertama kali Syafiq betul-betul
menghabiskan masa denganku. Aku ingat
kali terakhir kami betul-betul menghabiskan masa bersama semasa bercuti ke
Genting Highlands dan Bukit Tinggi.
Selalunya weekend Syafiq
banyak menghabiskan masa membuat kerja samada di pejabat atau di rumah. Kadang-kadang sampai satu hari asyik duduk di
meja kerjanya di bilik. Tinggallah aku
melayan diri sendiri.
Dalam perjalanan pulang, ‘Sayang….Selamat Hari Wanita…’ ucap Syafiq.
Aku memandang Syafiq yang sedang memandu. ‘Hah!!!!..Hari Wanita?’ aku sendiri pun tidak tahu ada Hari
Wanita. ‘Hmmm…hari ini abang nak
habiskan masa dengan wanita yang dah bahagiakan abang.’ Syafiq mencium tanganku yang dari tadi
digenggamnya. ‘Oooo….abang bawak Aina
jalan-jalan..abang beli handbag tu sebab tulah yer’ terasa betul-betul dihargai. ‘Sayang Abang’ kataku hanya dalam hati.
*********************
Di pagi minggu begini pasar memang sudah menjadi tumpuan. Aku sudah berlagak seperti ‘mem besar’
pulak. Mana tidaknya semua barang yang
aku beli semuanya dibawa oleh Syafiq.
Sikit pun Syafiq tidak beri aku bawa.
Selesai sudah membeli makanan basah untuk seminggu. Syafiq telah memasuki semua barang ke dalam
but kereta. Masuk sahaja ke dalam
kereta, aku mengambil tisu, ‘Abang..toleh sini..tengok tu berpeluh-peluh’ aku mengelap peluhnya. Sempat pulak dia mencium bibirku. ‘Abang ni…tak kira kat mana
jelah..eeeiiii’..aku mencubit lengannya.
Syafiq ketawa.
‘Sayang!!!!!!....’ terkejut
aku Syafiq menjerit. Aku yang sedang
menyiang ikan di singki menoleh ke belakang melihat Syafiq sudah menenyeh
matanya yang pedih akibat mengupas bawang.
Aku ketawa. ‘Sayang ni memang tak
sayang abang erk. Mata abang pedih ni,
sayang boleh gelak je’ kesian
pulak. ‘Ala..ala..ala…bucuk sayang
ni..pedih mata yer’ sambil ketawa aku
memujuk. Buruk betul kalau lelaki
merajuk. ‘Bukak mata…Aina tiup’ arahku.
Belum sempat aku meniup, bibir aku sudah menjadi mangsa ciuman
Syafiq. ‘Abang!!!!!!’ Syafiq ketawa. ‘Aina malas lah nak tiup..biarkan’ Aku kembali ke sinki. ‘Ok..ok..ok…pedih ni sayang…please…tolong tiup, cepatlah’ Syafiq pulak yang memujuk. Syafiq bangun dan berdiri di depanku. ‘Tahu pun…bukak mata tu’. ‘Thanks sayang..’ tangannya sudah melingkari pinggangku. ‘Abang…janganlah..macamana nak masak ni’ aku menolak badan Syafiq. Syafiq senyum. Mula lah sudah datang penyakit
romantiknya itu. Syafiq mendekatkan
wajahnya. ‘Abang, sayang sangat kat
sayang’.
‘Aina pun sayang sangat kat abang’ aku cium dahinya. Syafiq senyum. ‘Dah..dah..Aina nak masak ni. Pukul berapa pulak lah kita nak makan kalau
macam ni’ aku menolak badan Syafiq. ‘Kita tak payah masaklah…jom’ Syafiq menarik tanganku. ‘Jom kemana pulak?’ tanyaku hairan. ‘Bilik?’
jawap Syafiq sambil ketawa.
‘Abang!!!..’ aku mencubit perutnya.
Syafiq ketawa.
Setelah kami berdua bertungkus lumus masak, ‘Sayang, nanti kita
solat dulu baru makan yer’ Syafiq berlalu ke bilik. Aku sibuk mengemas dapur. Memang sudah jadi tabiat aku setelah selesai
masak mesti dapur dibersihkan.
Pantang betul aku kalau dapur kotor. Kalau dulu di rumah, mak selalu membebel
sebab abah selalu masak mesti habis semua dapur berselerak. Abah memang suka memasak tapi tidak suka
mengemas. Aku lah yang selalu menjadi
mangsa mengemas. Disebabkan itulah aku
sudah terbiasa akan mengemas dapur selepas masak.
Seusai solat zuhur, aku terus ke dapur menghidang makanan yang
telah kami masak bersama-sama tadi. Aku
kembali ke bilik, melihat Syafiq sudah duduk di meja kerjanya. ‘Abang..jom makan’. Syafiq bangun dan menghulurkan
tangannya. ‘Aduh!!! Mr Husband sorang ni dalam rumah pun nak pegang tangan ke?’ kataku
tapi dalam hati je.
Aku menyambut tangannya.
Syafiq memeluk bahuku. ‘Petang
sikit abang nak pergi office
kejap. Ada dokumen tertinggal. Esok pagi-pagi lepas hantar sayang abang terus
nak ke Menara TA ada meeting kat situ’
aku menggangguk.
Selesai makan tengahari, Syafiq terus masuk ke bilik menyambung
kerjanya. Manakala aku setelah mengemas
meja makan aku duduk di ruang tamu mengadap tv.
Malas hendak duduk di bilik nanti terganggu pulak Syafiq membuat
kerjanya. Syafiq bukan harap kalau sudah
aku duduk didepannya memang nanti tidak jadi kerjalah.
Seronok pulak melayan cerita ‘Biar mimpi sampai ke bintang’ ni,
ketawa aku sorang-sorang. Memang
lawaklah pelakon pembantu seorang ini.
Selamba saja lakonannya. yang
buat aku syok tengok sebab Heronya, Randy Pangalila. Handsome…hmmm…antara
Randy dengan Mr Husband aku mana handsome erk?..Of course lah Mr Husband..hehehe..kalau
aku puji si Randy ini ada pulak yang merajuk.
‘Sayang..nanti….’
‘Opocot mak kau’ terjerit
aku, tiba-tiba tengah ralit tengok tv Syafiq muncul.
Meletus ketawa Syafiq, mesti muka aku lucu tadi.
Eeeiii!!!!!...malu!!!!!
Syafiq menghampiri dan duduk di sebelahku sambil menyapu
belakangku. Ketawanya masih berbasi.
‘Abang!!...jangan Aina cam ni boleh tak’..geram aku. Aku ini bukan melatah tapi ada masa kalau
terkejut tu ada saja perkataan yang terkeluar.
‘Sorry…sorry…sayang…’..sambil tu dia masih mengetawakan aku.
‘Gelak lagi!!!...eeeeiiii!!!!....’ ..aku cubit perutnya.
‘Ok..ok..sorry..sorry…Sayang..sakitlah’..
‘Tau pun…’
‘Yelah…yelah..ok..ok…sebenarnya abang nak bagitau nanti lepas asar
abang nak keluar, sayang nak ikut ke?’..
‘Nak!! tak nak tinggal kat
rumah sorang-sorang. Abang kalau pergi
mesti lama, kata je ambik dokumen tapi berjam-jam’
‘Ala..ala…merajuk pulak.
Lepas asar nanti kita keluar ..k’
Syafiq bangun namun masih sempat mencium ubun-ubunku. Syafiq kembali ke bilik.
No comments:
Post a Comment