Pages

Saturday, April 14, 2012

Jangan Pernah Pergi......11


‘Good Morning kak Aina’  terkejut aku.  Awalnya si Irah ni bangun dan menyediakan sarapan.

‘Good morning…wah! Awalnya hari ni.  Irah tak payah lah susah wat sarapan.’

‘Tak pelah kak.  Asyik akak je yang buat sarapan untuk Irah dah lah tu siap berbekal lagi.  Hari ni biar Irah yang buat sarapan.  Lagipun hari ni akak tak payah lah lagi follow Irah.  Irah dah boleh pergi sendiri.’  Tersenyum sambil sibuk mengangkat cawan dan pinggan ke meja.

Aku terus duduk.  Hairan tengok gelagat Nadhirah hari ini.  Happy semacam je.

‘Apasal kak Aina tengok Irah cam tu.  Hehehehe.  Hari ni Irah buat nasi goreng.  Ni bekal untuk akak erk’  sebekas Tupperware dihulurkan.

‘Ya allah Irah..tak payahlah berbekal-bekal untuk akak’

‘Good morning ladies…Wah! Cepatnya sayang buat sarapan’  sapa Syafiq, terkejut melihat sarapan sudah tersedia di atas meja.  Sedangkan aku baru je 10 minit keluar dari bilik.  Superwoman betul. Hehehehe.

Aku bangun menghampiri Syafiq dan menolongnya membetulkan tali lehernya.

‘Abang…bukan Aina yang buat sarapan hari ni.  Irah yang buat.’ Tangan Syafiq sudah memeluk pinggangku.

‘Abang…malu lah sikit’  aku mencubit lengannya.

‘Abang Syafiq!!!!...cuba jangan buat aksi 18sx kat sini boleh tak.  Irah belum kahwin lah’

Kami bertiga ketawa.

Syafiq memang begitu semakin hari semakin kurang malunya, tidak kira dimana atau depan sesiapa pun kalau sudah datang penyakit romantiknya.  Tidak pernah sikit pun aku rasa kasih sayangnya berkurang malah semakin hari semakin bertambah.  Sukar untuk aku menyangka yang bukan-bukan terhadapnya.  Tapi kejadian minggu lepas, aku masih tertanya-tanya.  Dan ia berlalu tanpa jawapan.  Sudahnya aku hampir terlupa kejadian itu.

‘Apasalahnya…abang bukan peluk sapa-sapa pun…my lovely wife kan.’  Sempat lagi dia mencium dahiku lalu menarik kerusi dan duduk.

Aku menyenduk nasi goreng ke pinggan Syafiq dan menuangkan air Nescafe untuknya.  Memang favourite Syafiq minum Nescafe pagi-pagi.

‘Abang..hari ini Irah tak bagi Aina follow dia.  Dia kata dia dah boleh pergi sendiri’  sambil menyuap nasi goreng.

‘Irah, betul ke ni?.’ Syafiq memandang Nadhirah yang duduk di hadapannya.

‘Hmmm…Irah dah boleh pergi sendiri lah Abang Syafiq.  Tak pe don’t worry ok.’

‘Yelah..but remember, if anything please quickly call Kak Aina or Abang Syafiq..ok’  pesan Syafiq.

‘Yes Sir’..Nadhirah mengangkat tangan seperti bertabik.

***************************

‘Assalamualaikum…Irah dah balik’..macam tulah sejak Nadhirah duduk bersama.  Rumah kami tidak pernah sunyi.

‘Waalaikumussalam…lambat balik hari ni Irah?.  OT ke?’ aku menghidang lauk di atas meja makan.

‘Ha..ah kak ada keje urgent sikit tadi.  Wah!!! Sedapnya…Irah dah lapar ni’

‘Hah!!!..jangan nak colek-colek lauk tu.  Pegi mandi dulu nanti kita makan sama’  aku menampar tangan Nadhirah yang mula nak mencolek lauk di atas meja.

‘Abang Syafiq mana kak?’

‘Ada kat bilik tu…biasalah lepas solat tadi sambung buat keje lah tu’

Nadhirah berlalu ke biliknya.  Kesian pulak aku tengok Nadhirah ini, baru menjalankan praktikal 2 minggu lepas sudah beberapa hari dia balik lewat.  Kekadang itu hari sabtu dan ahad pun kena pergi ke office

‘Sayang…abang keluar kejap yer’  Syafiq membetulkan kolar t-shirtnya dan berjalan ke arah aku yang sedang membasuh kuali di sinki.  Aku menoleh dan mengelap tanganku.

‘Hah!!!!..abang…Aina dah hidang ni, baru ingat nak panggil abang.  Abang nak pegi mana?.  Kita makan dulu yer.’  Bergegas aku membuka apron dan mengambil pinggan.

‘Sayang makanlah dengan Irah yer.  Abang nak cepat ni.  Kawan abang call tadi.  Sorry sayang.  Janganlah buat muka cam ni.’  Pipiku dicubit.

‘Abang jangan balik lambat yer’

‘Ye sayang.  Abang keluar dulu yer’  Syafiq menghulur tangannya.  Sempat juga pipinya ku cium.  Namun tiada cium di ubun-ubunku seperti selalu.  Adakah dia lupa kerana ingin cepat.  Sedikit hatiku terusik.

Kemana agaknya?.  Kebelakangan ini kerap juga Syafiq keluar malam.  Lewat malam baru balik.  Tidak pernah aku bertanya sebab aku meletakkan sepenuh kepercayaan kepadanya.  Aku tidak percaya dia akan curang denganku.  Lagipun dia tidak pernah lagi mengungkit perasaannya terhadap wanita yang pernah bertakhta dalam hatinya sebelumku, Nurrezzah.  Aku tidak tahu kemana perginya Nurrezzah.

‘Oit kak Aina…’ pinggangku dicuit.

‘Terkejut akak..Irah ni!!!!’

‘Duduklah…kita makan’

‘Abang Syafiq mana?’ tanya Nadhirah.

‘Abang Syafiq kamu dah keluar kejap tadi.  Kawan dia call tadi.  Ada hal lah tu’  aku menyenduk nasi dan menghulurkan kepada Nadhirah.  Nadhirah memerhatikan ku mungkin perasan nada suara ku yang berlainan sekali.

Keadaan sunyi sepi.  Masing-masing melayan perasaan sendiri.  Hanya terdengar bunyi sudu sahaja. 

Terkejut apabila getaran dari vibration handphone Nadhirah yang terletak di atas meja makan.  Tangan kiri Nadhirah menekan button hijau manakala tangan kanannya menyuap nasi ke mulut.

‘Waalaikumussalam..hmmm…kenapa?...aku tengah makan ni…kat rumah dengan kak Aina.  Hah!!...hish!!! kau ni..tak kan kut.  Kebetulan serupa kut.  Hush!!! tak nak lah aku.  Tak pasal-pasal lain lak jadinya nanti.  Kat mana?..kau buat apa kat situ?  mmmmm..dengan sapa?..oooo..hish!!..tak tau lah aku.  Dia bukan cam tulah.  Aku tak caya lah.  Hmmm…yelah..nanti aku call balik erk.  ok…ok…bye’ 

Aku hanya mendengar perbualan Nadhirah yang aku sendiri tidak tahu apa yang dibualkan.  Kelihatan wajah Nadhirah berubah.  Memerhatikan aku.  Aku balas dengan senyuman.

‘Kenapa tengok akak cam tu’  aku bertanya memandangkan Nadhirah yang dari tadi asyik melihat aku.

‘Hah!!!...tak de apa-apa.  Akak tu Irah tengok dari tadi aku kuis-kuis je nasi tu.  Irah dah bertambah akak tak abih-abih lagi nasi tu.’

‘Entahlah…tak de selera pulak’  aku sudah tidak boleh hendak menghabiskan nasi yang masih ada separuh di dalam pinggan.  Aku bangun membawa pinggan ke sinki.

‘Kak Aina tak sihat ke?.  Akak pegi lah rehat nanti Irah buatkan air milo panas ye.  Tak pe meja ni nanti Irah kemaskan.’  Aku mengangguk.  Berjalan menuju ke bilik.

Kenapa aku merasa apa yang dibualkan oleh Nadhirah tadi ada kena mengena dengan aku.  Berat mulutku ingin bertanya kepada Nadhirah dengan siapa dia berbual tadi.  Berdenyut-denyut kepada aku ini.  Aku berbaring di atas katil cuba ingin melelapkan mata.  Melupakan apa yang sudah masuk ke dalam kotak fikiran aku ini.  Ingin merehatkan minda.  Penat rasanya bila memikirkan sesuatu yang tiada jawapan dan selagi itulah ia bersarang di kotak fikiran.

Pintu bilik diketuk.  Pintu bilik dikuak.  Nadhirah tersenyum dengan membawa secawan air milo yang masih berasap di tangannya.

‘Kak…ini air milo…Irah letak kat sini ye.  Nanti minum.  Akak nak Irah ambilkan panadol ke?’

‘Tak pelah Irah.  Nanti akak ambil sendiri.  Terima kasih buatkan air milo untuk akak.  Kepala akak ni ha berdenyut-denyut lak’  tangan kanan aku memicit kepala.

‘Hmmm..akak rehatlah ye nanti kalau nak apa-apa panggil je Irah.  Irah ada kat depan tengok tv.’  Nadhirah menutup pintu bilik.

Berat betul rasa kepala ini.  Aku bangun dan duduk di birai katil.  Air milo tadi aku hirup.  Terasa lega tekak.  Tidak boleh jadi ini, kepala terasa semakin berdenyut-denyut.  Aku bangun ingin ke dapur mencari panadol.  Aku membuka pintu bilik.  Terdengar suara Nadhirah sedang berbual.  Aku menuju ke ruang tamu untuk melihat Nadhirah.

Langkah aku terhenti bila terdengar namaku disebut Nadhirah.

‘Kau jangan buat cerita lah Nad.  Aku kenal abang sepupu aku tu.  Abang Syafiq tak kan buat macam tu.  Aku tak nampak pun kurangnya kasih sayang Abang Syafiq kat Kak Aina.  Lagipun Kak Aina tu baik…baik sangat.’

‘Betul ke apa yang kau nampak tu?.  Tapi memang Abang Syafiq tak de kat rumah.  Dia dah keluar tadi lepas maghrib.  Hush!!!...sapa pulak perempuan tu erk?  Eeeeiii…kalau lah betul tu Abang Syafiq cam ne erk Nad.  Aku kesian lah kat Kak Aina’.

‘Gila kau Nad..ada nak suruh aku cerita kat Kak Aina.  Kalaupun nanti Kak Aina tak marah aku tapi aku memang tak boleh lah tengok muka dia.  Aku dah anggap Kak Aina tu cam kakak aku tau Nad.  Kesian dia.  Aku dengar ni pun aku dah rasa cam nak serang je Abang Syafiq kejap lagi.’

‘Eeeiii…sapa erk perempuan tu? Cantik tak Nad? Oh ye ke?..Kak Aina pun ada kurangnya cantik jugak.  Hari tu masa aku baru start praktikal 3-4 hari jugak lah dia follow aku sampai kat office.  Tu baru 3-4 hari je dah ada mamat-mamat kat office dok tanya Kak Aina.  Diorang ingat Kak Aina tu kakak aku.  Hari-hari ada je tanya pasal Kak Aina.  Tak sangka lak Abang Syafiq tu dah ada isteri cantik cam Kak Aina tu pun boleh nak keluar dengan orang lain’

‘Nad…entah-entah staff dia ke…secretary dia ke?  Hah!!!...mesra cam ner yang kau nampak tu?..Eeeiii…ye ke?  Hah!!!..kau nampak Abang Syafiq bagi kotak kecik kat perempuan tu!!!!.  Macam kotak cincin?!!!!.  Kau biar betul Nad!!!...ni yang buat aku nak naik angin ni.’

Mengalir air mata aku.   Lemah lutut aku rasakan.  Aku terduduk di lantai bersandar di dinding.  Aku teringat resit Wah Chan yang aku jumpa di dalam poket seluar jean Syafiq tempoh hari.

‘Eh Nad…nanti kita sembang lain lah erk.  Aku nak tengok Kak Aina lah.  Tadi dia tak berapa sihat.  Risau pulak aku.  Ok..bye…Assalamualaikum’

Aku bangun bergegas ke bilik.  Aku menarik selimut menutup sehingga ke dada.  Aku menutup mata.  Kedengaran pintu bilik dibuka.  Kemudian lampu bilik ditutup dan pintu kembali ditutup.  Air mata aku terus merembas keluar tidak dapat lagi ditahan.  Ya Allah..kenapa aku diduga sebegini.  Tidak pernah aku merasa Syafiq akan curang denganku.  Kenapa Syafiq bersikap sedemikian?.  Apakah salah aku?  Aku menutup mukaku dengan bantal agar senduku tidak kedengaran oleh Nadhirah.

Tidak sedar bila aku terlelap.  Tersedar apabila lampu bilik dibuka.  Aku pasti Syafiq sudah pulang.  Aku masih memejamkan mata.  Kedengaran pintu bilik air ditutup.  Aku membuka mata.  Aku kesat air mata yang masih berbaki.  Aku mengiringkan badanku ke kanan membelakangkan pembaringan Syafiq. 

Mata masih terpejam tapi setiap pergerakan Syafiq dapat aku rasakan.  Selesai solat Syafiq duduk di atas katil.  Aku masih mengiring membelakangkannya.  Aku dapat rasakan lama Syafiq duduk di atas katil.  Kenapa dia masih tidak baring?  Syafiq bangun dari katil.  Terasa tangannya di dahiku.   Mengusap rambutku.  Aku membuka mataku perlahan.  Syafiq duduk di lantai dan menatap wajahku.  Dia tersenyum.

‘Irah kata sayang tak sihat.  Tadi pun makan sikit saja. Kenapa?..hmmm’  tangannya mengusap rambutku.

‘Tak de apa-apa cuma sakit kepala je skit.  Dah makan panadol pun tadi’  aku berbohong.  Aku kembali memejamkan mata.   Tak sanggup rasanya bertentang mata dengannya lebih lama.  Air mata ini menunggu saja untuk mengalir.

‘Hmmm…tidurlah.’  Dahiku terasa dikucupnya.

Ya Allah…betapa aku cintakan lelaki ini.  Ya Allah! Kuatkan dan tabahkan hatiku ini.  Aku mengenggam kain selimut.  Betapa sakitnya hatiku saat ini.  Pedihnya luka dihati ini.

Syafiq tidak terus baring di katil.  Dengar pintu bilik dibuka dan ditutup.  Aku membuka mata.  Syafiq tiada di bilik.  Aku melihat jam di meja sisi.  Sudah 12.30am.  Syafiq belum mengantuk?  Aku kembali memejamkan mata.  Tidak larat mahu memikirkan apa yang Syafiq lakukan sekarang.  Aku kena menjadi selfish.  Fikirkan dahulu hati dan perasaan aku sekarang ini yang sedang dilanda kedukaan.

**********************

Aku betul-betul tidak larat bangun pagi ini.  Selepas solat subuh tadi aku sambung kembali tidur.  Nasib baik hari ini hari sabtu kalau tidak terpaksalah aku mengambil mc.    Penat menahan sendu.  Walaupun dalam diam air mata tidak henti mengalir.  Bangun semasa hendak menunaikan solat subuh tadi terkejut melihat mata yang begitu sembab.  Cepat-cepat aku bersolat dan tidur kembali agar aku tidak terserempak dengan Syafiq yang masih lena.  Risau jugak kalau dia nampak.  Apa harus aku katakan kalau dia bertanya.  Lelaplah mata.  Lupakan sementara apa yang telah berlaku.

‘Sayang..sayang…’  bahu ku digerakkan.

‘Hmmm…’ susahnya hendak membuka mata.

‘Sayang…bangun…ok tak ni.  Abang dah belikan nasi lemak.  Kita sarapan ye’

‘Aina tak de selera lah.  Abang sarapan lah dulu dengan Irah’  mata masih terpejam.

‘Kenapa ni? Sampai tak leh buka mata..hmmm? demam ke?..dia meletakkan belakang tangannya didahiku.

‘Tak panas pun.’

‘Tak deman pun…sakit kepala je.  Berdenyut-denyut dari semalam.  Migrain kut’  aku beralih posisi dengan membelakangkan Syafiq.

“Sayang…kita sarapan dulu yer..nanti kita ke klinik.  Ambil ubat migrain..ok.  cuba buka mata ni..’

Aku sebolehnya tidak mahu bertentang mata dengannya.  Mahu aku menangis depannya nanti.  Ya Allah kuatkan hatiku.

Aku membuka mata perlahan-lahan.

‘Hei..kenapa ni?..mata sembab..sampai sepet macam ni, hah?’ kedua-dua belah pipiku dipegang.

‘Tak ada apa-apa.  Malam tadi sakit sangat kepala ni.  Tak tahan’  aku mengalihkan muka agar tangannya terlepas dari pipiku.

‘Hei..hei…tengok abang sini.  Lain kali boleh tak call abang…or ask Irah to call.  Jangan biarkan sakit sorang-sorang kat rumah.’  Dia kembali memegang kedua-dua belah pipiku.  Lalu mencium dahiku.

‘Tak de apalah…migrain je kut.  Dah biasa.  Lagipun tak nak kacau abang.’  Aku bangun dari katil.  Masuk ke toilet.  Basuh muka.  Memang betul kata Syafiq.  Sembab sampai sepet mata.  Dia pergi dating tak kan aku nak kacau call bagitau aku sakit. 

Aku keluar dari toilet.  Syafiq berada di working table nya sambil melihat laptopnya.  Dia mendongak memandang ke arahku.  Aku cepat-cepat mengalihkan pandangan.  Dia bangun.

‘Jom, kita sarapan dulu’  dia menghampiriku sambil menyapu kedua-dua belah mata ku yang sembab dengan kedua-dua ibu jarinya.  Tiada perasaan.  Aku melepaskan tangannya.  Keluar dari bilik mendahului dirinya.

Di dapur Nadhirah begitu sibuk menghidangkan sarapan.  Aku terus duduk.  Nadhirah terkejut.

‘Kak Aina!! Kenapa ni?’  Nadhirah berdiri di sebelahku melihat wajahku yang sudah macam lengloi ipoh mali.

‘Tak de apa-apalah Irah.  Sakit kepala je.  Malam tadi tak tahan sangat.’  Eeeiii…malasnya nak menjawap.

‘Kenapa akak tak panggil Irah.  Boleh pergi klinik malam tadi’

‘Kamu dimana Irah malam tadi?’  keras suara Syafiq yang datang menghampiri.

‘Ada je kat rumah.  Lepas makan Irah tak keluar pun.  Irah suruh kak Aina rehat kat bilik.  Irah ingat akak sakit kepala biasa je.  Yang abang tu cepat-cepat nak keluar semalam sampai tak sempat makan pun..pastu balik dah lewat’  nampak Nadhirah menjeling ke arah Syafiq.  Nadhirah sedang menahan marahnya. Gara-gara cerita yang disampaikan oleh kawannya semalam.

‘Eeeiii…dah lah…nanti bertambah sakit lagi kepala ni tau’  aku hanya menghirup air milo yang disediakan oleh Nadhirah.  Nasi lemak yang dibeli oleh Syafiq tadi nampak sedap namun aku tiada selera untuk menjamahnya.

No comments:

Post a Comment