‘Assalamualaikum!!!’
Aku yang berada di dapur terkejut dengan Salam yang diberi. ‘Sapa yang datang?’ desis dalam hati.
‘Waalaikumussalam’..sahutku.
Aku membuka apron dan mengelap tangan.
Gulai ayam di atas dapur yang telah mendidih aku perlahankan apinya.
Bergegas ke bilik mengambil tudung di belakang pintu dan
menyarungnya. Aku membuka pintu. Agak terkejut.
‘Ibu…Maksu….laaa…naper tak call Aina dulu sebelum datang. Nasib baik Aina ada kat rumah. Eh..eh…Nadhirah pun ada. Masuk..masuk…’
‘Wah!!!...sedapnya bau..kak Aina tengah masak ke?..tiba-tiba perut
Irah rasa lapar pulak..hehheh’
‘Tulah sebab kak Aina kata tadi…naper tak call dulu. Kalau call dulu tadi mau kak Aina bukak buku
resepi masak yang best-best.’ Ibu dan maksu ketawa mendengar usikan aku dan
Nadhirah.
‘Mana Syafiq?...kamu tinggal sorang je kat rumah, Aina’ tanya
ibu. Maksu dan Ibu sudah mula membuka
tudung, panas agaknya.
Aku menaikkan suhu air-cond.
‘Syafiq keluar pegi office sekejap ada kerja sikit katanya. Kejap lagi balik lah tu. Aina siapkan meja yer kejap lagi kita
makan…kebetulan Aina pun baru je siap masak.’
‘Hmmm…tak yah susah lah Aina oii.’
Maksu mengibas tudungnya. Panas. Aku senyum.
Aku ke bilik dan mengambil handbphone. No handphone
Syafiq didail.
‘Assalamualaikum..sayang’
sahut Syafiq di talian.
‘Waalaikumussalam. Abang…Ibu,
Maksu ngan Nadhirah baru je sampai.
Abang kat mana?..Ingat nak makan lunch sekali. Tunggu abang balik je ni’
‘Oh ye ke…ibu tak de pun call abang bagitau nak datang. Abang tengah lunch nie dengan kawan abang. Sayang makanlah dengan mereka yer…tak payah
tunggu abang. Nanti petang sikit abang
balik yer’
‘Hmmm…yelah..oklah. take care abang. Balik cepat yer’
‘You too sayang.
Yelah..abang cuba balik cepat yer.
Love you sayang. Assalamualaikum’
‘Love you too abang..bye..waalaikumussalam’
*****************************************
‘Ibu ni datang mengejut.
Tak call Syafiq dulu. Nasib baik
Aina ada di rumah. Kalau dibuatnya kami
dua-dua keluar. Hah..kan kena tunggu duduk kat luar’. Syafiq yang duduk disebelah bersuara. Aku yang duduk bersila di bawah meletakkan
tanganku di paha Syafiq bersama Nadhirah ralik menonton drama di TV. Kebetulan Nadhirah juga suka drama yang sama.
‘Bukan ibu tak nak call Syafiq.
Ni ha maksu kamu dengan Irah ni datang semalam pastu hari ni jugak nak
datang ke sini. Ibu tak sempat nak call
dulu.’
‘Ooo…ada apa-apa ke maksu?.
Paksu tak datang sekali ke?’ Tanya Syafiq yang kehairanan kenapa Maksu
tiba-tiba kalut datang ke rumah kami.
Aku hanya berdiam diri melayan drama dengan Nadhirah. Bukan apa, aku telah pun diberitahu oleh Nadhirah
sebab kedatangan mereka ke sini. Jadi
biarlah maksu saja yang bercerita pada Syafiq pula.
‘Cam ni Syafiq..maksu ni pun bukanlah nak menyusahkan kamu
berdua. Ni pun cuma untuk sementara
waktu je. Ni ha si Irah ni dia dapat
buat praktikal dekat sini. Jadi maksu ni
tak harap sangat lah kalau dia duduk menyewa.
Lagipun dia bukan ada kawan-kawan yang praktikal sekali di sini. Semuanya terpisah, masing-masing kena tempat
yang jauh-jauh. Jadi buat sementara
waktu maksu nak mintak izin Syafiq kalau boleh Si Irah ni duduk sini.’
‘Oooo…ingat apa lah masalahnya tadi. Alah..tak yah lah beria-ria mintak izin
maksu. Duduk je lah sini selama
praktikal ni. Tak payah nak cari rumah
sewa lain. Lagipun Aina ada kawan kat
rumah. Yelah kekadang Syafiq balik
lewat..outstation..cam ni ha hari
sabtu pun Syafiq kena keje..tinggal Aina sorang-sorang kat rumah.’ Syafiq mengusap-usap belakangku. Begitulah Syafiq yang sentiasa menunjukkan
kasihnya padaku. Dan aku tidak pernah
terasa kekurangan kasih sayangnya.
‘Tapi Irah dapat praktikal kat mana?.nanti boleh arrange pergi
keje sekali dengan Abang Syafiq ke Kak Aina ke?.Tengok yang mana paling dekat
lah’ tambah Syafiq.
‘Eh..tak payah susah Abang Syafiq.
Irah pergi sendiri. Esok abah dengan
paklong datang bawak kereta Myvi Irah tu.
So tak yah lah Irah tumpang Abang Syafiq atau Kak Aina. Irah kena buat praktikal dekat Puchong. Nanti nak mintak Abang Syafiq carikan tempat
tu lah’.
‘Hmmm..yelah. Esok petang
boleh lah kita pergi cari. Tapi
hati-hati drive di KL ni tau. Kalau ada apa-apa cepat-cepat call Abang
Syafiq atau Kak Aina.’ nasihat Syafiq
pada Nadhirah. Susah juga nak
menyesuaikan diri di KL ni. Maklumlah
keadaan di KL lebih-lebih lagi pada waktu-waktu puncak. Semuanya berebut-rebut, semuanya nak cepat.
‘Dengar tu Irah..kamu tu mana pernah drive kat KL ni. Maklong pun risau kat kamu ni.’
‘Tak pelah bu, dalam seminggu ni biar Aina follow Irah ke tempat
kerja. Biar biasakan dengan jalan dulu
yer. Bolehkan Abang’ Syafiq mengangguk.
‘Terima kasih kak Aina..Sayang kak Aina’..Nadhirah mencium
pipiku. Walaupun kami jarang berjumpa
tapi terasa kami sangat serasi. Cepat
mesra. Mungkin sikap Nadhirah yang
peramah membuatkan aku senang bila bersama dengan Nadhirah.
Aku tidak pernah ada adik.
Dan aku memang teringin ada adik perempuan. Kehadiran Nadhirah menjadikan aku terasa
seperti kakak.
*******************************
‘Dah jumpa pun.
Hmmm..Irah..kat sinilah kamu akan bekerja esok’ . Aku menemani Nadhirah mencari tempat yang
bakal Nadhirah menjalankan praktikalnya.
Memandangkan Syafiq tidak boleh mengikut kami bersama-sama sebab
kebetulan selepas makan tenghari tadi Syafiq mendapat panggilan dan terpaksa
keluar. Manakala Ibu dan Maksu telah pun
pulang setelah Ayah dan Paksu datang pagi tadi.
‘Tak delah susah sangat nak cari kan. Tak pe dalam seminggu ni kak Aina follow Irah
yer. Lepas tu Irah dah biasa boleh lah
pergi sendiri kan’ Nadhirah mengangguk.
‘So kita nak pergi mana nie…Abang Syafiq pun mesti tak balik lagi
ni. Kita jalan-jalan nak?’
‘Kak Aina…kita pergi Putrajaya nak. Irah tak pernah lah pergi Putrajaya.’ Nadhirah beri cadangan.
‘Hmmm…ok jugak..dh dekat je ..nanti akak sms Abang Syafiq dulu
erk’.
SMS
delivered. Aku meminta izin untuk
bawa Nadhirah berjalan-jalan ke Putajaya.
Tidak lama kemudian handphone
berbunyi.
W’salam
syg. Yelah but take care yer. Abang lmbt lg ni.
Syg jgn blk lmbt tau.
‘Ok…Abang Syafiq bagi….jom’ aku menyimpan kembali handphone ke dalam handbag dan mula bergerak menuju ke Putrajaya. Seronok pula rasanya bila dapat hanging out dengan Nadhirah.
Setelah puas kami meredah semua taman-taman yang ada di Putrajaya,
kami berhenti di tepi jambatan dan turun ke tepi tasik. Ramai jugak yang suka mengabadikan gambar
perkahwinan di sini. Mungkin
persekitaran yang cantik tambah-tambah lagi dengan adanya photographer-photographer yang mahir. Sudah tentu gambar-gambar yang diambil
cantik. Sekarang ini memang ramai photographer-photographer sambilan. Terutamanya dari student-student IPTA/IPTS
yang menjadi photographer
sambilan. Seronok pulak tengok mereka
ini mengambil gambar. Bukan setakat
pengantin tu yang mengayakan posisi, si photographer
juga berbagai gaya bila cuba untuk mencari angle
yang cantik. Berdiri, duduk, mencangkung malah sambil berbaring macam-macam
gaya lah.
‘Jom Irah..kita pegi minum nak.
Ermmm…makan satay kajang nak tak?.’
‘Nak…dah lama teringin nak makan satay kajang.’
Nak makan satay kajang sudah tidak perlu ke Kajang lagi. Di Taman Warisan Putrajaya ada gerai Satay Hj
Samuri. Aku pernah juga beberapa kali
pergi ke sana sebelum kahwin dulu. Sejak
berkahwin ini je belum lagi menjejak kaki ke Taman Warisan. Syafiq belum ada kesempatan waktu dan aku pun
tidak berkesempatan hendak mengajak Syafiq ke sana.
Setelah membuat order
dan bayaran di kaunter Satay Hj Samuri, aku ke kaunter minuman.
‘Hai Aina…’ aku
ditegur. Terkejut.
‘Eh..hai..Aswani!!!...lama tak jumpa. Sorang?..come join me’
Lama betul tidak jumpa dengan Aswani. Last
jumpa pun masa buat tinjauan renovation
rumah aku, itupun sudah 6-7 bulan yang lepas.
‘I dengan husband. Mr
Ikhwan mana?’
‘Dia tak de. I datang
dengan cousin Ikhwan ni saja-saja jalan sini’.
‘Ooo..ingat u dengan dia..tadi terserempak dengan Mr Ikhwan dekat
Midvalley. Tapi tak nampak pun u’
Berdegup jantung aku.
Aku hanya mampu tersenyum saja.
‘Eh..tak pelah ..i pergi dulu erk.’
‘Aahh…yelah..see u’.
Nampaknya aku tidak mampu menyelindung wajah aku yang sudah mula
berubah.
‘Kak!..Kak!!!..ni airnya’
tersentak aku dari lamunan.
‘Aaah….ooo..sorry..sorry…berapa ringgit yer?’
Apa yang Syafiq buat di Midvalley?. Bersama siapa?. Tidak pulak Syafiq kata dia hendak ke
Midvalley. Tapi untuk apa Syafiq pergi
ke Midvalley?. Bukan ke Midvalley itu
shopping complex tempat orang bershopping.
Mungkin jumpa kawan dia kut di sana.
‘Kak!!..Kak Aina!!...’
sekali lagi aku tersentak dari lamunan.
‘Akak kenapa?..tiba-tiba je akak diam je..’ Nadhirah pun sudah mula kehairanan.
‘Ahhh..tak de apa-apa.
Hush!..makanlah satay nie. Kata dah
lama teringin.’ Aku sendiri pun belum
menyentuh satay itu yang juga kegemaranku.
Banyak betul persoalan dalam kepala aku ini. Tapi semuanya tiada jawapan. Siapa yang dapat menjawap segala persoalan
ini.
***********************
Jam di dinding sudah pun menunjukkan pukul 10 malam. Syafiq masih lagi belum pulang. Nadhirah sudah pun masuk ke bilik, maklumlah
esok adalah hari pertama dia akan memulakan praktikalnya. Aku pula..hendak tidur mata tidak mengantuk.
Sakitnya hati aku…sakitnya perasaan aku tika ini..sakitnya jiwa
aku kala ini. Ya Allah..tolonglah
hambamu ini. Tenangkan Ya Allah hatiku
ini.
Hampir-hampir sahaja air mata aku mengalir. Terdengar seseorang sedang membuka pintu.
Aku bangun dan menghampiri pintu.
Agak terkejut Syafiq melihat aku berdiri di depan pintu kala dia
membuka pintu. Terus sahaja dia
menghulurkan tangannya. Aku menyambutnya
dan seperti kebiasaannya dia mencium ubun-ubunku.
‘Lambatnya abang balik’.
Syafiq memaut bahuku dan seiringan berjalan ke bilik.
‘Abang jumpa kawan-kawan lama tadi. Sayang dah makan?.’
‘Aina dah makan dengan Irah tadi.
Abang dah makan?. Kalau belum
Aina panaskan lauk yer.’ Belum sempat
pun aku beralih, Syafiq sudah pun mengenggam tanganku.
‘Abang dah makan sayang.
Abang nak mandi kejap dulu. Solat
isyak pun lagi ni’
‘Hmmm…yelah..Aina buatkan milo panas yer’
‘Yelah’
Bagaimanalah aku hendak mulakan pertanyaan ini. Adakah aku saja yang memikirkan yang
bukan-bukan. Patut ke aku bertanya. Nanti dia menuduh aku masuk campur urusan
kerja dia. Ya Allah!! Apakah yang harus
aku lakukan.
Aku kembali ke bilik dengan membawa satu mug milo panas. Aku mengambil t-shirt dan seluar jean Syafiq di atas katil. Aku memeriksa poket seluarnya sebelum aku
meletakkannya di dalam mesin basuh. Hmmm…abang ni..suka tinggal semua resit
dalam seluar.
Ini resit
apa?...Wah Chan?..bukan ni kedai emas ke? Abang beli apa?..Ring? untuk siapa?
Jantung aku berdegup kencang.
Syafiq keluar dari bilik air.
Cepat-cepat aku menyimpan resit tersebut ke dalam poket tracksuitku.
Aku membawa pakaian kotor Syafiq tadi keluar untuk meletakkannya
di mesin basuh. Kembalinya aku ke bilik,
Syafiq sedang mengerjakan solat isyak nya.
Aku duduk di atas katil dengan hati yang berdebar-debar. Namun aku cuba bertenang.
‘Sayang..’ terkejut aku, tiba-tiba Syafiq sudah pun duduk di atas
katil.
‘Hei…kenapa ni. Abang tegur
cam tu je pun dah terkejut’
Aku beralih dan mengambil air milo untuknya. Syafiq mengambilnya dan menarik tanganku agar
aku duduk dan bersandar pada kepala katil bersamanya.
‘Kenapa ni ..hmmm…lain betul abang tengok muka sayang ni’ Syafiq meletakkan mug air milonya di meja
sisi dan terus mendakapku.
Mampukah aku mula bersuara?.
Ya Allah kuatkan semangatku.
‘Abang…’
‘Hmmm…’ Syafiq mencium
ubun-ubunku dan mengusap rambutku.
‘Tadi Aina pegi Putrajaya jumpa Aswani. Dia kata nampak abang dekat Midvalley’ suaraku bergetar-getar.
Syafiq melepaskan pelukannya.
Aku mendongak dan memandang wajahnya.
Kelihatan sedikit berubah.
‘Kan abang cakap tadi abang jumpa kawan-kawan lama abang. Diorang call
abang suruh jumpa dekat Midvalley. Hmmm…abang
tak perasan pulak Aswani.’ Syafiq
beralih dan mengambil kembali mug air milonya.
Aku perasan yang Syafiq seperti cuba menyorok wajahnya yang sedikit
berubah.
‘So esok sayang dengan Irah nak keluar pukul berapa?. Tak pe ke sayang follow Irah ke Puchong dulu then
patah balik ke KL pulak’..Syafiq kembali mendakapku.
‘Tak pe…esok kan first
day Irah. Nanti Aina call office bagitau Aina lambat sikit’
..aku cuba menenangkan hati. Aku
mengenggam tangan Syafiq dan lalu aku cium tangannya.
Betapa aku sangat menyayangi lelaki ini Ya Allah.
No comments:
Post a Comment