Pages

Saturday, April 14, 2012

Jangan Pernah Pergi......11


‘Good Morning kak Aina’  terkejut aku.  Awalnya si Irah ni bangun dan menyediakan sarapan.

‘Good morning…wah! Awalnya hari ni.  Irah tak payah lah susah wat sarapan.’

‘Tak pelah kak.  Asyik akak je yang buat sarapan untuk Irah dah lah tu siap berbekal lagi.  Hari ni biar Irah yang buat sarapan.  Lagipun hari ni akak tak payah lah lagi follow Irah.  Irah dah boleh pergi sendiri.’  Tersenyum sambil sibuk mengangkat cawan dan pinggan ke meja.

Aku terus duduk.  Hairan tengok gelagat Nadhirah hari ini.  Happy semacam je.

‘Apasal kak Aina tengok Irah cam tu.  Hehehehe.  Hari ni Irah buat nasi goreng.  Ni bekal untuk akak erk’  sebekas Tupperware dihulurkan.

‘Ya allah Irah..tak payahlah berbekal-bekal untuk akak’

‘Good morning ladies…Wah! Cepatnya sayang buat sarapan’  sapa Syafiq, terkejut melihat sarapan sudah tersedia di atas meja.  Sedangkan aku baru je 10 minit keluar dari bilik.  Superwoman betul. Hehehehe.

Aku bangun menghampiri Syafiq dan menolongnya membetulkan tali lehernya.

‘Abang…bukan Aina yang buat sarapan hari ni.  Irah yang buat.’ Tangan Syafiq sudah memeluk pinggangku.

‘Abang…malu lah sikit’  aku mencubit lengannya.

‘Abang Syafiq!!!!...cuba jangan buat aksi 18sx kat sini boleh tak.  Irah belum kahwin lah’

Kami bertiga ketawa.

Syafiq memang begitu semakin hari semakin kurang malunya, tidak kira dimana atau depan sesiapa pun kalau sudah datang penyakit romantiknya.  Tidak pernah sikit pun aku rasa kasih sayangnya berkurang malah semakin hari semakin bertambah.  Sukar untuk aku menyangka yang bukan-bukan terhadapnya.  Tapi kejadian minggu lepas, aku masih tertanya-tanya.  Dan ia berlalu tanpa jawapan.  Sudahnya aku hampir terlupa kejadian itu.

‘Apasalahnya…abang bukan peluk sapa-sapa pun…my lovely wife kan.’  Sempat lagi dia mencium dahiku lalu menarik kerusi dan duduk.

Aku menyenduk nasi goreng ke pinggan Syafiq dan menuangkan air Nescafe untuknya.  Memang favourite Syafiq minum Nescafe pagi-pagi.

‘Abang..hari ini Irah tak bagi Aina follow dia.  Dia kata dia dah boleh pergi sendiri’  sambil menyuap nasi goreng.

‘Irah, betul ke ni?.’ Syafiq memandang Nadhirah yang duduk di hadapannya.

‘Hmmm…Irah dah boleh pergi sendiri lah Abang Syafiq.  Tak pe don’t worry ok.’

‘Yelah..but remember, if anything please quickly call Kak Aina or Abang Syafiq..ok’  pesan Syafiq.

‘Yes Sir’..Nadhirah mengangkat tangan seperti bertabik.

***************************

‘Assalamualaikum…Irah dah balik’..macam tulah sejak Nadhirah duduk bersama.  Rumah kami tidak pernah sunyi.

‘Waalaikumussalam…lambat balik hari ni Irah?.  OT ke?’ aku menghidang lauk di atas meja makan.

‘Ha..ah kak ada keje urgent sikit tadi.  Wah!!! Sedapnya…Irah dah lapar ni’

‘Hah!!!..jangan nak colek-colek lauk tu.  Pegi mandi dulu nanti kita makan sama’  aku menampar tangan Nadhirah yang mula nak mencolek lauk di atas meja.

‘Abang Syafiq mana kak?’

‘Ada kat bilik tu…biasalah lepas solat tadi sambung buat keje lah tu’

Nadhirah berlalu ke biliknya.  Kesian pulak aku tengok Nadhirah ini, baru menjalankan praktikal 2 minggu lepas sudah beberapa hari dia balik lewat.  Kekadang itu hari sabtu dan ahad pun kena pergi ke office

‘Sayang…abang keluar kejap yer’  Syafiq membetulkan kolar t-shirtnya dan berjalan ke arah aku yang sedang membasuh kuali di sinki.  Aku menoleh dan mengelap tanganku.

‘Hah!!!!..abang…Aina dah hidang ni, baru ingat nak panggil abang.  Abang nak pegi mana?.  Kita makan dulu yer.’  Bergegas aku membuka apron dan mengambil pinggan.

‘Sayang makanlah dengan Irah yer.  Abang nak cepat ni.  Kawan abang call tadi.  Sorry sayang.  Janganlah buat muka cam ni.’  Pipiku dicubit.

‘Abang jangan balik lambat yer’

‘Ye sayang.  Abang keluar dulu yer’  Syafiq menghulur tangannya.  Sempat juga pipinya ku cium.  Namun tiada cium di ubun-ubunku seperti selalu.  Adakah dia lupa kerana ingin cepat.  Sedikit hatiku terusik.

Kemana agaknya?.  Kebelakangan ini kerap juga Syafiq keluar malam.  Lewat malam baru balik.  Tidak pernah aku bertanya sebab aku meletakkan sepenuh kepercayaan kepadanya.  Aku tidak percaya dia akan curang denganku.  Lagipun dia tidak pernah lagi mengungkit perasaannya terhadap wanita yang pernah bertakhta dalam hatinya sebelumku, Nurrezzah.  Aku tidak tahu kemana perginya Nurrezzah.

‘Oit kak Aina…’ pinggangku dicuit.

‘Terkejut akak..Irah ni!!!!’

‘Duduklah…kita makan’

‘Abang Syafiq mana?’ tanya Nadhirah.

‘Abang Syafiq kamu dah keluar kejap tadi.  Kawan dia call tadi.  Ada hal lah tu’  aku menyenduk nasi dan menghulurkan kepada Nadhirah.  Nadhirah memerhatikan ku mungkin perasan nada suara ku yang berlainan sekali.

Keadaan sunyi sepi.  Masing-masing melayan perasaan sendiri.  Hanya terdengar bunyi sudu sahaja. 

Terkejut apabila getaran dari vibration handphone Nadhirah yang terletak di atas meja makan.  Tangan kiri Nadhirah menekan button hijau manakala tangan kanannya menyuap nasi ke mulut.

‘Waalaikumussalam..hmmm…kenapa?...aku tengah makan ni…kat rumah dengan kak Aina.  Hah!!...hish!!! kau ni..tak kan kut.  Kebetulan serupa kut.  Hush!!! tak nak lah aku.  Tak pasal-pasal lain lak jadinya nanti.  Kat mana?..kau buat apa kat situ?  mmmmm..dengan sapa?..oooo..hish!!..tak tau lah aku.  Dia bukan cam tulah.  Aku tak caya lah.  Hmmm…yelah..nanti aku call balik erk.  ok…ok…bye’ 

Aku hanya mendengar perbualan Nadhirah yang aku sendiri tidak tahu apa yang dibualkan.  Kelihatan wajah Nadhirah berubah.  Memerhatikan aku.  Aku balas dengan senyuman.

‘Kenapa tengok akak cam tu’  aku bertanya memandangkan Nadhirah yang dari tadi asyik melihat aku.

‘Hah!!!...tak de apa-apa.  Akak tu Irah tengok dari tadi aku kuis-kuis je nasi tu.  Irah dah bertambah akak tak abih-abih lagi nasi tu.’

‘Entahlah…tak de selera pulak’  aku sudah tidak boleh hendak menghabiskan nasi yang masih ada separuh di dalam pinggan.  Aku bangun membawa pinggan ke sinki.

‘Kak Aina tak sihat ke?.  Akak pegi lah rehat nanti Irah buatkan air milo panas ye.  Tak pe meja ni nanti Irah kemaskan.’  Aku mengangguk.  Berjalan menuju ke bilik.

Kenapa aku merasa apa yang dibualkan oleh Nadhirah tadi ada kena mengena dengan aku.  Berat mulutku ingin bertanya kepada Nadhirah dengan siapa dia berbual tadi.  Berdenyut-denyut kepada aku ini.  Aku berbaring di atas katil cuba ingin melelapkan mata.  Melupakan apa yang sudah masuk ke dalam kotak fikiran aku ini.  Ingin merehatkan minda.  Penat rasanya bila memikirkan sesuatu yang tiada jawapan dan selagi itulah ia bersarang di kotak fikiran.

Pintu bilik diketuk.  Pintu bilik dikuak.  Nadhirah tersenyum dengan membawa secawan air milo yang masih berasap di tangannya.

‘Kak…ini air milo…Irah letak kat sini ye.  Nanti minum.  Akak nak Irah ambilkan panadol ke?’

‘Tak pelah Irah.  Nanti akak ambil sendiri.  Terima kasih buatkan air milo untuk akak.  Kepala akak ni ha berdenyut-denyut lak’  tangan kanan aku memicit kepala.

‘Hmmm..akak rehatlah ye nanti kalau nak apa-apa panggil je Irah.  Irah ada kat depan tengok tv.’  Nadhirah menutup pintu bilik.

Berat betul rasa kepala ini.  Aku bangun dan duduk di birai katil.  Air milo tadi aku hirup.  Terasa lega tekak.  Tidak boleh jadi ini, kepala terasa semakin berdenyut-denyut.  Aku bangun ingin ke dapur mencari panadol.  Aku membuka pintu bilik.  Terdengar suara Nadhirah sedang berbual.  Aku menuju ke ruang tamu untuk melihat Nadhirah.

Langkah aku terhenti bila terdengar namaku disebut Nadhirah.

‘Kau jangan buat cerita lah Nad.  Aku kenal abang sepupu aku tu.  Abang Syafiq tak kan buat macam tu.  Aku tak nampak pun kurangnya kasih sayang Abang Syafiq kat Kak Aina.  Lagipun Kak Aina tu baik…baik sangat.’

‘Betul ke apa yang kau nampak tu?.  Tapi memang Abang Syafiq tak de kat rumah.  Dia dah keluar tadi lepas maghrib.  Hush!!!...sapa pulak perempuan tu erk?  Eeeeiii…kalau lah betul tu Abang Syafiq cam ne erk Nad.  Aku kesian lah kat Kak Aina’.

‘Gila kau Nad..ada nak suruh aku cerita kat Kak Aina.  Kalaupun nanti Kak Aina tak marah aku tapi aku memang tak boleh lah tengok muka dia.  Aku dah anggap Kak Aina tu cam kakak aku tau Nad.  Kesian dia.  Aku dengar ni pun aku dah rasa cam nak serang je Abang Syafiq kejap lagi.’

‘Eeeiii…sapa erk perempuan tu? Cantik tak Nad? Oh ye ke?..Kak Aina pun ada kurangnya cantik jugak.  Hari tu masa aku baru start praktikal 3-4 hari jugak lah dia follow aku sampai kat office.  Tu baru 3-4 hari je dah ada mamat-mamat kat office dok tanya Kak Aina.  Diorang ingat Kak Aina tu kakak aku.  Hari-hari ada je tanya pasal Kak Aina.  Tak sangka lak Abang Syafiq tu dah ada isteri cantik cam Kak Aina tu pun boleh nak keluar dengan orang lain’

‘Nad…entah-entah staff dia ke…secretary dia ke?  Hah!!!...mesra cam ner yang kau nampak tu?..Eeeiii…ye ke?  Hah!!!..kau nampak Abang Syafiq bagi kotak kecik kat perempuan tu!!!!.  Macam kotak cincin?!!!!.  Kau biar betul Nad!!!...ni yang buat aku nak naik angin ni.’

Mengalir air mata aku.   Lemah lutut aku rasakan.  Aku terduduk di lantai bersandar di dinding.  Aku teringat resit Wah Chan yang aku jumpa di dalam poket seluar jean Syafiq tempoh hari.

‘Eh Nad…nanti kita sembang lain lah erk.  Aku nak tengok Kak Aina lah.  Tadi dia tak berapa sihat.  Risau pulak aku.  Ok..bye…Assalamualaikum’

Aku bangun bergegas ke bilik.  Aku menarik selimut menutup sehingga ke dada.  Aku menutup mata.  Kedengaran pintu bilik dibuka.  Kemudian lampu bilik ditutup dan pintu kembali ditutup.  Air mata aku terus merembas keluar tidak dapat lagi ditahan.  Ya Allah..kenapa aku diduga sebegini.  Tidak pernah aku merasa Syafiq akan curang denganku.  Kenapa Syafiq bersikap sedemikian?.  Apakah salah aku?  Aku menutup mukaku dengan bantal agar senduku tidak kedengaran oleh Nadhirah.

Tidak sedar bila aku terlelap.  Tersedar apabila lampu bilik dibuka.  Aku pasti Syafiq sudah pulang.  Aku masih memejamkan mata.  Kedengaran pintu bilik air ditutup.  Aku membuka mata.  Aku kesat air mata yang masih berbaki.  Aku mengiringkan badanku ke kanan membelakangkan pembaringan Syafiq. 

Mata masih terpejam tapi setiap pergerakan Syafiq dapat aku rasakan.  Selesai solat Syafiq duduk di atas katil.  Aku masih mengiring membelakangkannya.  Aku dapat rasakan lama Syafiq duduk di atas katil.  Kenapa dia masih tidak baring?  Syafiq bangun dari katil.  Terasa tangannya di dahiku.   Mengusap rambutku.  Aku membuka mataku perlahan.  Syafiq duduk di lantai dan menatap wajahku.  Dia tersenyum.

‘Irah kata sayang tak sihat.  Tadi pun makan sikit saja. Kenapa?..hmmm’  tangannya mengusap rambutku.

‘Tak de apa-apa cuma sakit kepala je skit.  Dah makan panadol pun tadi’  aku berbohong.  Aku kembali memejamkan mata.   Tak sanggup rasanya bertentang mata dengannya lebih lama.  Air mata ini menunggu saja untuk mengalir.

‘Hmmm…tidurlah.’  Dahiku terasa dikucupnya.

Ya Allah…betapa aku cintakan lelaki ini.  Ya Allah! Kuatkan dan tabahkan hatiku ini.  Aku mengenggam kain selimut.  Betapa sakitnya hatiku saat ini.  Pedihnya luka dihati ini.

Syafiq tidak terus baring di katil.  Dengar pintu bilik dibuka dan ditutup.  Aku membuka mata.  Syafiq tiada di bilik.  Aku melihat jam di meja sisi.  Sudah 12.30am.  Syafiq belum mengantuk?  Aku kembali memejamkan mata.  Tidak larat mahu memikirkan apa yang Syafiq lakukan sekarang.  Aku kena menjadi selfish.  Fikirkan dahulu hati dan perasaan aku sekarang ini yang sedang dilanda kedukaan.

**********************

Aku betul-betul tidak larat bangun pagi ini.  Selepas solat subuh tadi aku sambung kembali tidur.  Nasib baik hari ini hari sabtu kalau tidak terpaksalah aku mengambil mc.    Penat menahan sendu.  Walaupun dalam diam air mata tidak henti mengalir.  Bangun semasa hendak menunaikan solat subuh tadi terkejut melihat mata yang begitu sembab.  Cepat-cepat aku bersolat dan tidur kembali agar aku tidak terserempak dengan Syafiq yang masih lena.  Risau jugak kalau dia nampak.  Apa harus aku katakan kalau dia bertanya.  Lelaplah mata.  Lupakan sementara apa yang telah berlaku.

‘Sayang..sayang…’  bahu ku digerakkan.

‘Hmmm…’ susahnya hendak membuka mata.

‘Sayang…bangun…ok tak ni.  Abang dah belikan nasi lemak.  Kita sarapan ye’

‘Aina tak de selera lah.  Abang sarapan lah dulu dengan Irah’  mata masih terpejam.

‘Kenapa ni? Sampai tak leh buka mata..hmmm? demam ke?..dia meletakkan belakang tangannya didahiku.

‘Tak panas pun.’

‘Tak deman pun…sakit kepala je.  Berdenyut-denyut dari semalam.  Migrain kut’  aku beralih posisi dengan membelakangkan Syafiq.

“Sayang…kita sarapan dulu yer..nanti kita ke klinik.  Ambil ubat migrain..ok.  cuba buka mata ni..’

Aku sebolehnya tidak mahu bertentang mata dengannya.  Mahu aku menangis depannya nanti.  Ya Allah kuatkan hatiku.

Aku membuka mata perlahan-lahan.

‘Hei..kenapa ni?..mata sembab..sampai sepet macam ni, hah?’ kedua-dua belah pipiku dipegang.

‘Tak ada apa-apa.  Malam tadi sakit sangat kepala ni.  Tak tahan’  aku mengalihkan muka agar tangannya terlepas dari pipiku.

‘Hei..hei…tengok abang sini.  Lain kali boleh tak call abang…or ask Irah to call.  Jangan biarkan sakit sorang-sorang kat rumah.’  Dia kembali memegang kedua-dua belah pipiku.  Lalu mencium dahiku.

‘Tak de apalah…migrain je kut.  Dah biasa.  Lagipun tak nak kacau abang.’  Aku bangun dari katil.  Masuk ke toilet.  Basuh muka.  Memang betul kata Syafiq.  Sembab sampai sepet mata.  Dia pergi dating tak kan aku nak kacau call bagitau aku sakit. 

Aku keluar dari toilet.  Syafiq berada di working table nya sambil melihat laptopnya.  Dia mendongak memandang ke arahku.  Aku cepat-cepat mengalihkan pandangan.  Dia bangun.

‘Jom, kita sarapan dulu’  dia menghampiriku sambil menyapu kedua-dua belah mata ku yang sembab dengan kedua-dua ibu jarinya.  Tiada perasaan.  Aku melepaskan tangannya.  Keluar dari bilik mendahului dirinya.

Di dapur Nadhirah begitu sibuk menghidangkan sarapan.  Aku terus duduk.  Nadhirah terkejut.

‘Kak Aina!! Kenapa ni?’  Nadhirah berdiri di sebelahku melihat wajahku yang sudah macam lengloi ipoh mali.

‘Tak de apa-apalah Irah.  Sakit kepala je.  Malam tadi tak tahan sangat.’  Eeeiii…malasnya nak menjawap.

‘Kenapa akak tak panggil Irah.  Boleh pergi klinik malam tadi’

‘Kamu dimana Irah malam tadi?’  keras suara Syafiq yang datang menghampiri.

‘Ada je kat rumah.  Lepas makan Irah tak keluar pun.  Irah suruh kak Aina rehat kat bilik.  Irah ingat akak sakit kepala biasa je.  Yang abang tu cepat-cepat nak keluar semalam sampai tak sempat makan pun..pastu balik dah lewat’  nampak Nadhirah menjeling ke arah Syafiq.  Nadhirah sedang menahan marahnya. Gara-gara cerita yang disampaikan oleh kawannya semalam.

‘Eeeiii…dah lah…nanti bertambah sakit lagi kepala ni tau’  aku hanya menghirup air milo yang disediakan oleh Nadhirah.  Nasi lemak yang dibeli oleh Syafiq tadi nampak sedap namun aku tiada selera untuk menjamahnya.

Tuesday, April 10, 2012

Jangan Pernah Pergi.....10


‘Assalamualaikum!!!’

Aku yang berada di dapur terkejut dengan Salam yang diberi.   ‘Sapa yang datang?’ desis dalam hati.

‘Waalaikumussalam’..sahutku.  Aku membuka apron dan mengelap tangan.  Gulai ayam di atas dapur yang telah mendidih aku perlahankan apinya.

Bergegas ke bilik mengambil tudung di belakang pintu dan menyarungnya.  Aku membuka pintu.  Agak terkejut.

‘Ibu…Maksu….laaa…naper tak call Aina dulu sebelum datang.  Nasib baik Aina ada kat rumah.  Eh..eh…Nadhirah pun ada.  Masuk..masuk…’

‘Wah!!!...sedapnya bau..kak Aina tengah masak ke?..tiba-tiba perut Irah rasa lapar pulak..hehheh’

‘Tulah sebab kak Aina kata tadi…naper tak call dulu.  Kalau call dulu tadi mau kak Aina bukak buku resepi masak yang best-best.’ Ibu dan maksu ketawa mendengar usikan aku dan Nadhirah.

‘Mana Syafiq?...kamu tinggal sorang je kat rumah, Aina’ tanya ibu.  Maksu dan Ibu sudah mula membuka tudung, panas agaknya.

Aku menaikkan suhu air-cond. 

‘Syafiq keluar pegi office sekejap ada kerja sikit katanya.  Kejap lagi balik lah tu.  Aina siapkan meja yer kejap lagi kita makan…kebetulan Aina pun baru je siap masak.’ 

‘Hmmm…tak yah susah lah Aina oii.’  Maksu mengibas tudungnya.  Panas.  Aku senyum.

Aku ke bilik dan mengambil handbphone.  No handphone Syafiq didail.

‘Assalamualaikum..sayang’  sahut Syafiq di talian.

‘Waalaikumussalam.  Abang…Ibu, Maksu ngan Nadhirah baru je sampai.  Abang kat mana?..Ingat nak makan lunch sekali.  Tunggu abang balik je ni’

‘Oh ye ke…ibu tak de pun call abang bagitau nak datang.  Abang tengah lunch nie dengan kawan abang.  Sayang makanlah dengan mereka yer…tak payah tunggu abang.  Nanti petang sikit abang balik yer’

‘Hmmm…yelah..oklah.  take care abang.  Balik cepat yer’
‘You too sayang.  Yelah..abang cuba balik cepat yer.  Love you sayang.  Assalamualaikum’

‘Love you too abang..bye..waalaikumussalam’

*****************************************

‘Ibu ni datang mengejut.  Tak call Syafiq dulu.  Nasib baik Aina ada di rumah.  Kalau dibuatnya kami dua-dua keluar. Hah..kan kena tunggu duduk kat luar’.  Syafiq yang duduk disebelah bersuara.  Aku yang duduk bersila di bawah meletakkan tanganku di paha Syafiq bersama Nadhirah ralik menonton drama di TV.  Kebetulan Nadhirah juga suka drama yang sama.

‘Bukan ibu tak nak call Syafiq.  Ni ha maksu kamu dengan Irah ni datang semalam pastu hari ni jugak nak datang ke sini.  Ibu tak sempat nak call dulu.’

‘Ooo…ada apa-apa ke maksu?.  Paksu tak datang sekali ke?’ Tanya Syafiq yang kehairanan kenapa Maksu tiba-tiba kalut datang ke rumah kami.  Aku hanya berdiam diri melayan drama dengan Nadhirah.  Bukan apa, aku telah pun diberitahu oleh Nadhirah sebab kedatangan mereka ke sini.  Jadi biarlah maksu saja yang bercerita pada Syafiq pula.

‘Cam ni Syafiq..maksu ni pun bukanlah nak menyusahkan kamu berdua.  Ni pun cuma untuk sementara waktu je.  Ni ha si Irah ni dia dapat buat praktikal dekat sini.  Jadi maksu ni tak harap sangat lah kalau dia duduk menyewa.  Lagipun dia bukan ada kawan-kawan yang praktikal sekali di sini.  Semuanya terpisah, masing-masing kena tempat yang jauh-jauh.  Jadi buat sementara waktu maksu nak mintak izin Syafiq kalau boleh Si Irah ni duduk sini.’

‘Oooo…ingat apa lah masalahnya tadi.  Alah..tak yah lah beria-ria mintak izin maksu.  Duduk je lah sini selama praktikal ni.  Tak payah nak cari rumah sewa lain.  Lagipun Aina ada kawan kat rumah.  Yelah kekadang Syafiq balik lewat..outstation..cam ni ha hari sabtu pun Syafiq kena keje..tinggal Aina sorang-sorang kat rumah.’  Syafiq mengusap-usap belakangku.  Begitulah Syafiq yang sentiasa menunjukkan kasihnya padaku.  Dan aku tidak pernah terasa kekurangan kasih sayangnya.

‘Tapi Irah dapat praktikal kat mana?.nanti boleh arrange pergi keje sekali dengan Abang Syafiq ke Kak Aina ke?.Tengok yang mana paling dekat lah’  tambah Syafiq.

‘Eh..tak payah susah Abang Syafiq.  Irah pergi sendiri.  Esok abah dengan paklong datang bawak kereta Myvi Irah tu.  So tak yah lah Irah tumpang Abang Syafiq atau Kak Aina.  Irah kena buat praktikal dekat Puchong.  Nanti nak mintak Abang Syafiq carikan tempat tu lah’.

‘Hmmm..yelah.  Esok petang boleh lah kita pergi cari.  Tapi hati-hati drive di KL ni tau.  Kalau ada apa-apa cepat-cepat call Abang Syafiq atau Kak Aina.’  nasihat Syafiq pada Nadhirah.  Susah juga nak menyesuaikan diri di KL ni.  Maklumlah keadaan di KL lebih-lebih lagi pada waktu-waktu puncak.  Semuanya berebut-rebut,  semuanya nak cepat.

‘Dengar tu Irah..kamu tu mana pernah drive kat KL ni.  Maklong pun risau kat kamu ni.’ 

‘Tak pelah bu, dalam seminggu ni biar Aina follow Irah ke tempat kerja.  Biar biasakan dengan jalan dulu yer.  Bolehkan Abang’  Syafiq mengangguk.

‘Terima kasih kak Aina..Sayang kak Aina’..Nadhirah mencium pipiku.  Walaupun kami jarang berjumpa tapi terasa kami sangat serasi.  Cepat mesra.  Mungkin sikap Nadhirah yang peramah membuatkan aku senang bila bersama dengan Nadhirah.

Aku tidak pernah ada adik.  Dan aku memang teringin ada adik perempuan.  Kehadiran Nadhirah menjadikan aku terasa seperti kakak. 

*******************************

‘Dah jumpa pun.  Hmmm..Irah..kat sinilah kamu akan bekerja esok’ .  Aku menemani Nadhirah mencari tempat yang bakal Nadhirah menjalankan praktikalnya.  Memandangkan Syafiq tidak boleh mengikut kami bersama-sama sebab kebetulan selepas makan tenghari tadi Syafiq mendapat panggilan dan terpaksa keluar.  Manakala Ibu dan Maksu telah pun pulang setelah Ayah dan Paksu datang pagi tadi.

‘Tak delah susah sangat nak cari kan.  Tak pe dalam seminggu ni kak Aina follow Irah yer.  Lepas tu Irah dah biasa boleh lah pergi sendiri kan’  Nadhirah mengangguk.

‘So kita nak pergi mana nie…Abang Syafiq pun mesti tak balik lagi ni.  Kita jalan-jalan nak?’

‘Kak Aina…kita pergi Putrajaya nak.  Irah tak pernah lah pergi Putrajaya.’  Nadhirah beri cadangan.

‘Hmmm…ok jugak..dh dekat je ..nanti akak sms Abang Syafiq dulu erk’.

SMS delivered.   Aku meminta izin untuk bawa Nadhirah berjalan-jalan ke Putajaya.  Tidak lama kemudian handphone berbunyi.

W’salam syg. Yelah but take care yer. Abang lmbt lg ni.  Syg jgn blk lmbt tau.

‘Ok…Abang Syafiq bagi….jom’ aku menyimpan kembali handphone ke dalam handbag dan mula bergerak menuju ke Putrajaya.  Seronok pula rasanya bila dapat hanging out dengan Nadhirah.

Setelah puas kami meredah semua taman-taman yang ada di Putrajaya, kami berhenti di tepi jambatan dan turun ke tepi tasik.  Ramai jugak yang suka mengabadikan gambar perkahwinan di sini.  Mungkin persekitaran yang cantik tambah-tambah lagi dengan adanya photographer-photographer yang mahir.  Sudah tentu gambar-gambar yang diambil cantik.  Sekarang ini memang ramai photographer-photographer sambilan.  Terutamanya dari student-student IPTA/IPTS yang menjadi photographer sambilan.  Seronok pulak tengok mereka ini mengambil gambar.  Bukan setakat pengantin tu yang mengayakan posisi, si photographer juga berbagai gaya bila cuba untuk mencari angle yang cantik. Berdiri, duduk, mencangkung malah sambil berbaring macam-macam gaya lah.

‘Jom Irah..kita pegi minum nak.  Ermmm…makan satay kajang nak tak?.’

‘Nak…dah lama teringin nak makan satay kajang.’ 

Nak makan satay kajang sudah tidak perlu ke Kajang lagi.  Di Taman Warisan Putrajaya ada gerai Satay Hj Samuri.  Aku pernah juga beberapa kali pergi ke sana sebelum kahwin dulu.  Sejak berkahwin ini je belum lagi menjejak kaki ke Taman Warisan.  Syafiq belum ada kesempatan waktu dan aku pun tidak berkesempatan hendak mengajak Syafiq ke sana.

Setelah membuat order dan bayaran di kaunter Satay Hj Samuri, aku ke kaunter minuman.

‘Hai Aina…’  aku ditegur.  Terkejut.

‘Eh..hai..Aswani!!!...lama tak jumpa.  Sorang?..come join me’

Lama betul tidak jumpa dengan Aswani.  Last jumpa pun masa buat tinjauan renovation rumah aku, itupun sudah 6-7 bulan yang lepas.

‘I dengan husband.  Mr Ikhwan mana?’

‘Dia tak de.  I datang dengan cousin Ikhwan ni saja-saja jalan sini’.

‘Ooo..ingat u dengan dia..tadi terserempak dengan Mr Ikhwan dekat Midvalley. Tapi tak nampak pun u’

Berdegup jantung aku.

Aku hanya mampu tersenyum saja.

‘Eh..tak pelah ..i pergi dulu erk.’

‘Aahh…yelah..see u’.  Nampaknya aku tidak mampu menyelindung wajah aku yang sudah mula berubah.

‘Kak!..Kak!!!..ni airnya’  tersentak aku dari lamunan.

‘Aaah….ooo..sorry..sorry…berapa ringgit yer?’

Apa yang Syafiq buat di Midvalley?.  Bersama siapa?.  Tidak pulak Syafiq kata dia hendak ke Midvalley.  Tapi untuk apa Syafiq pergi ke Midvalley?.  Bukan ke Midvalley itu shopping complex tempat orang bershopping.  Mungkin jumpa kawan dia kut di sana.
‘Kak!!..Kak Aina!!...’  sekali lagi aku tersentak dari lamunan.

‘Akak kenapa?..tiba-tiba je akak diam je..’  Nadhirah pun sudah mula kehairanan.

‘Ahhh..tak de apa-apa.  Hush!..makanlah satay nie.  Kata dah lama teringin.’  Aku sendiri pun belum menyentuh satay itu yang juga kegemaranku.  Banyak betul persoalan dalam kepala aku ini.  Tapi semuanya tiada jawapan.  Siapa yang dapat menjawap segala persoalan ini.

***********************

Jam di dinding sudah pun menunjukkan pukul 10 malam.  Syafiq masih lagi belum pulang.  Nadhirah sudah pun masuk ke bilik, maklumlah esok adalah hari pertama dia akan memulakan praktikalnya.  Aku pula..hendak tidur mata tidak mengantuk.

Sakitnya hati aku…sakitnya perasaan aku tika ini..sakitnya jiwa aku kala ini.  Ya Allah..tolonglah hambamu ini.  Tenangkan Ya Allah hatiku ini.

Hampir-hampir sahaja air mata aku mengalir.  Terdengar seseorang sedang membuka pintu. 

Aku bangun dan menghampiri pintu.

Agak terkejut Syafiq melihat aku berdiri di depan pintu kala dia membuka pintu.  Terus sahaja dia menghulurkan tangannya.  Aku menyambutnya dan seperti kebiasaannya dia mencium ubun-ubunku.

‘Lambatnya abang balik’.  Syafiq memaut bahuku dan seiringan berjalan ke bilik.

‘Abang jumpa kawan-kawan lama tadi.  Sayang dah makan?.’

‘Aina dah makan dengan Irah tadi.  Abang dah makan?.  Kalau belum Aina panaskan lauk yer.’  Belum sempat pun aku beralih, Syafiq sudah pun mengenggam tanganku.

‘Abang dah makan sayang.  Abang nak mandi kejap dulu.  Solat isyak pun lagi ni’

‘Hmmm…yelah..Aina buatkan milo panas yer’

‘Yelah’

Bagaimanalah aku hendak mulakan pertanyaan ini.  Adakah aku saja yang memikirkan yang bukan-bukan.  Patut ke aku bertanya.  Nanti dia menuduh aku masuk campur urusan kerja dia.  Ya Allah!! Apakah yang harus aku lakukan.

Aku kembali ke bilik dengan membawa satu mug milo panas.  Aku mengambil t-shirt dan seluar jean Syafiq di atas katil.  Aku memeriksa poket seluarnya sebelum aku meletakkannya di dalam mesin basuh.  Hmmm…abang ni..suka tinggal semua resit dalam seluar.

Ini resit apa?...Wah Chan?..bukan ni kedai emas ke? Abang beli apa?..Ring?  untuk siapa?

Jantung aku berdegup kencang.  

Syafiq keluar dari bilik air.  Cepat-cepat aku menyimpan resit tersebut ke dalam poket tracksuitku.

Aku membawa pakaian kotor Syafiq tadi keluar untuk meletakkannya di mesin basuh.  Kembalinya aku ke bilik, Syafiq sedang mengerjakan solat isyak nya.  Aku duduk di atas katil dengan hati yang berdebar-debar.  Namun aku cuba bertenang.

‘Sayang..’ terkejut aku, tiba-tiba Syafiq sudah pun duduk di atas katil.

‘Hei…kenapa ni.  Abang tegur cam tu je pun dah terkejut’

Aku beralih dan mengambil air milo untuknya.  Syafiq mengambilnya dan menarik tanganku agar aku duduk dan bersandar pada kepala katil bersamanya.

‘Kenapa ni ..hmmm…lain betul abang tengok muka sayang ni’  Syafiq meletakkan mug air milonya di meja sisi dan terus mendakapku.

Mampukah aku mula bersuara?.  Ya Allah kuatkan semangatku.

‘Abang…’

‘Hmmm…’  Syafiq mencium ubun-ubunku dan mengusap rambutku.

‘Tadi Aina pegi Putrajaya jumpa Aswani.  Dia kata nampak abang dekat Midvalley’  suaraku bergetar-getar.

Syafiq melepaskan pelukannya.  Aku mendongak dan memandang wajahnya.  Kelihatan sedikit berubah.

‘Kan abang cakap tadi abang jumpa kawan-kawan lama abang.  Diorang call abang suruh jumpa dekat Midvalley.  Hmmm…abang tak perasan pulak Aswani.’  Syafiq beralih dan mengambil kembali mug air milonya.  Aku perasan yang Syafiq seperti cuba menyorok wajahnya yang sedikit berubah.

‘So esok sayang dengan Irah nak keluar pukul berapa?.  Tak pe ke sayang follow Irah ke Puchong dulu then patah balik ke KL pulak’..Syafiq kembali mendakapku.

‘Tak pe…esok kan first day Irah.  Nanti Aina call office bagitau Aina lambat sikit’ ..aku cuba menenangkan hati.  Aku mengenggam tangan Syafiq dan lalu aku cium tangannya.

Betapa aku sangat menyayangi lelaki ini Ya Allah.

Monday, April 9, 2012

Jangan Pernah Pergi......09

Seusai solat subuh, Syafiq kembali berbaring di katil.  Belum sempat aku membuka pintu, Syafiq menegur ‘Sayang..nak kemana?  Baring lah dulu..kan hari ni sabtu bukan kerja pun kan.’  Aku berpusing dan menuju ke katil lalu duduk di sisi Syafiq yang sedang berbaring.  ‘Aina nak sediakan sarapan lah abang.  Abang baring lah nanti sarapan dah siap Aina panggil yer’.  Aku menunduk lalu mencium dahinya.  Sesungguhnya jatuh seluruh kasih sayangku kepada lelaki ini.  Kebahagiaanku hanya padanya.

Aku bangun lalu keluar dari bilik.  Membuka sliding door lalu keluar berdiri di balkoni nyaman terasa.  Udara dinihari memang menyegarkan.  Keadaan masih gelap,  masih banyak rumah yang masih gelap.  Maklumlah hari cuti ramai yang mengambil kesempatan untuk bangun lewat.  Dulu masa sebelum kahwin boleh lah aku tidur balik selepas solat.  Tapi sekarang sudah bergelar isteri, aku ada tanggungjawap untuk menjaga makan minum suamiku.  Aku ke dapur untuk menyediakan sarapan.  Pintu fridge sudah dekat 5 minit dibuka namun masih fikir apa menu yang aku nak sediakan.  Puas fikir..hmmm…goreng nasi je lah.

Sedang aku menyenduk nasi goreng ke dalam bekas terasa ada tangan melingkari pinggangku.  ‘Bau je dah sedap…’..terasa bibir Syafiq di belakang leherku.  ‘Abang..janganlah..nanti jatuh bekas ni.  Aina gelilah’.  Syafiq ketawa dan mengambil bekas yang dipenuhi nasi goreng dari tanganku.

‘Sayang, abang turun sekejap nak beli paper.  Sayang nak apa-apa tak?’  Aku menoleh dan menggeleng.

Kami sama-sama duduk bersarapan.  Syafiq memang suka bersarapan sambil membaca suratkhabar. 

‘Sayang…’

‘Hmm..’ aku dongak dan mengangkat kening.

‘Lepas ni sayang siap, kita keluar’

Senyum…seronoknya.

Selesai makan Syafiq bangun membawa pinggannya ke dapur sempat pula dia mencium pipiku.  ‘Thanks sayang…breakfast yang sedap’  bisik Syafiq.

Tersengih.  Hanya nasi goreng yang tidak seberapa ini aku dapat ciuman dari Mr. Husband.  Seronokkan.  Hati sudah dipenuhi bunga.  Aku menoleh ke belakang melihat Syafiq masih tersenyum sambil membasuh pinggannya.  Aku bangun dan mengemas meja makan.  Senyap-senyap aku memeluk Syafiq dari belakang.  Haruman badannya menyenangkan.  Syafiq tersenyum sahaja mungkin senang agaknya diperlakukan begitu.  Syafiq mengalih badannya mengadap aku tangannya terus memeluk pinggangku.

‘Ni kenapa ni…hmmmm?.. romantiknya suara.

‘Tak de apa-apa..sajer...’ aku senyum.  Syafiq senyum lalu mencium dahi ku…pipiku.  Aku mencium dahi dan pipinya lalu meletakkan kepalaku di dadanya.  Bahagianya.

‘Ni berapa lama nak dok cam nie.  Nak keluar ke tak?.  Kalau tak nak kita dok cam nie je sampai malam.  Abang lagi suka’.  Syafiq erat memelukku, terasa bahagia bila didakap begini.

‘Dah..jom siap…’  aku melepaskan pelukan.

Syafiq senyum lalu mencuit hidungku.

***************

Pertama kali menjejak kaki di Pavilion.  Memang teruja.  Walaupun tempat kerja aku dekat saja dengan Pavilion tapi tidak pernah sekalipun aku pergi.  Lagipun bukan level aku kut hendak shopping di sini.  Kami berjalan-jalan sambil memegang tangan.  Syafiq menarik tanganku memasuki butik Salvatore Ferragammo.  Teruja betul tengok handbag-handbag yang dipamerkan.  Lagi teruja bila tengok harganya.  Malu pun ada takut-takut ada memandang kepada handbag aku.  Memang handbag aku berjenama Salvatore Ferragammo tapi yang membezakannya aku punya made in china.

Sedang aku membelek handbag-handbag yang dipamerkan, Syafiq memberiku beg kertas.  Aku mengambil dan memandang wajahnya yang tersenyum.  ‘Untuk sayang…’.  Aku membuka, terbeliak mataku bila aku lihat ada sebuah handbag di dalamnya.  ‘Abang!!’.  ‘Syyyy!!!!’  Syafiq meletak jarinya di bibirnya.  ‘Dah jom..’  tanpa penjelasan Syafiq membawa aku keluar dari situ.   Bibirnya masih tersenyum.

Aku menarik tanganku agar Syafiq memberhentikan langkahnya.  Syafiq menoleh ke belakang.  ‘Kenapa?’  tanya Syafiq.  ‘Handbag ni…mesti mahalkan.’  Aku tidak suka Syafiq menghabiskan duit dengan membeli barang yang mahal sedangkan aku boleh memilikinya dengan harga yang murah.  Tapi yang pasti bukanlah original.  Tidak kisahlah original ke imitation ke janji bentuknya sama saja. 

‘Tak kisahlah pasal harga tu.  Abang beli untuk sayang.  Sayang tak suka?’  Syafiq merapatkan dirinya.  Aku memandang wajahnya yang kehairanan.  Aku baru nak bersuara Syafiq sudah mengambil beg kertas tersebut dari tanganku dan berjalan ke arah butik tadi.  Aku berjalan laju mendapatkan Syafiq.  ‘Abang, nak ke mana?’.  Syafiq menoleh, ‘Sayang macam tak suka.  Abang ingat nak tukar yang lain’.  ‘Abang!!!!..Aina bukan tak suka.  Tapi……ish..susahlah abang ni’  merajuk.  Syafiq menggenggam erat tanganku.  ‘Abang beli untuk sayang…ambil je ok.’  Aku menggangguk.  Syafiq senyum dan mencium dahiku.  Kalau sudah datang romantiknya Syafiq tidak pernah hirau di mana dia berada.

‘Eeeiiiii…Abang nie kan...’  aku menumbuk perlahan dada Syafiq.  Syafiq tersenyum dan mengalih ke hadapan, tiba-tiba..’Eh…Fiq…Assalamualaikum..’  seseorang telah menyapa Syafiq.  Wajah Syafiq tiba-tiba berubah.  ‘Aah…Fendi!!! Waalaikumussalam..’  Syafiq bersalaman dengan lelaki tersebut.  Kelihatan wajah wanita di sebelahnya juga berubah.  Syafiq juga telah melepaskan genggaman tanganku. 

‘Korang dari mana?’  Syafiq bertanya. 

‘Ni ha Nur mintak aku temankan dia beli barang butik.  Your wife?’

‘Aaahh….oh ye…Sayang, ni kawan abang, Fendi and Nur’  Syafiq seperti teragak-agak mengenalkan aku.  Aku bersalaman dengan wanita yang bernama Nur itu.  Aku pasti wanita inilah yang aku nampak makan bersama dengan Syafiq dan wanita ini juga yang duduk disebelah Syafiq semasa memandu Myvi hitam kelmarin.  Aku senyum padanya.  Namun wanita itu hanya senyum nipis saja.  Dan aku hanya menundukkan kepala hormat apabila berpandangan dengan lelaki yang bernama Fendi itu.  Fendi juga senyum dan menundukkan hormat kepadaku.

‘Patutlah ko tak pernah nak kenalkan wife kau yer.  Manis..takut orang usha erk’ 

‘Hush!!!!...kau ni.  Terima kasih’  Syafiq menumbuk perlahan bahu kawannya itu.

‘Eh…Fiq kami gerak dululah.  Nur..jom awak banyak lagikan barang nak beli’.

Dari tadi aku perhatikan wanita itu, dia seperti sikit pun tidak mahu bertentang mata denganku.  Kenapa?  Kawan Syafiq juga asyik memerhatikanku dan wanita itu.  Aku yakin pasti ada yang tidak kena.  Atau adakah inilah yang bernama Nurrezzah??..Sedang leka melayan persoalan dan tanggapan dalam fikiran, aku tidak sedar kawan Syafiq sudah pun berlalu.  Aku tersedar bila Syafiq kembali menggenggam tanganku.  Syafiq senyum.  Aku membalas senyumannya.

‘Jom…abang ingat nak beli necktie..sayang pilihkan yer.  Jom’  aku hanya mengangguk dan senyum.  Ayat Syafiq seperti hanya ingin mengambil hati saja.  Kami memasuki butik Hugo Boss.  Semuanya adalah pertama kali buatku.  Memasuki semua butik-butik luxury yang membuatkan aku betul-betul merasa janggal.  Syafiq membawa aku melihat necktie yang diatur begitu cantik di dinding.  Semuanya cantik membuatkan aku tidak dapat membuat pilihan.  Sedang ralit memilih, Syafiq berdiri dibelakang ku sambil memegang bahuku.  Akhirnya aku memilih necktie yang berwarna keperangan.  Aku tahu Syafiq tidak ada necktie yang berwarna tersebut.  Aku membawa necktie tersebut ke kaunter.  Syafiq telah bersedia mengeluarkan kad kreditnya.  ‘Abang..Aina belikan untuk abang yer’  aku menghalang.  Syafiq tersenyum dan hanya mengangguk.

Selama 3 bulan perkahwinan kami inilah pertama kali Syafiq betul-betul menghabiskan masa denganku.  Aku ingat kali terakhir kami betul-betul menghabiskan masa bersama semasa bercuti ke Genting Highlands dan Bukit Tinggi.  Selalunya weekend Syafiq banyak menghabiskan masa membuat kerja samada di pejabat atau di rumah.  Kadang-kadang sampai satu hari asyik duduk di meja kerjanya di bilik.  Tinggallah aku melayan diri sendiri.

Dalam perjalanan pulang, ‘Sayang….Selamat Hari Wanita…’  ucap Syafiq.  Aku memandang Syafiq yang sedang memandu.  ‘Hah!!!!..Hari Wanita?’  aku sendiri pun tidak tahu ada Hari Wanita.  ‘Hmmm…hari ini abang nak habiskan masa dengan wanita yang dah bahagiakan abang.’  Syafiq mencium tanganku yang dari tadi digenggamnya.  ‘Oooo….abang bawak Aina jalan-jalan..abang beli handbag tu sebab tulah yer’  terasa betul-betul dihargai.  ‘Sayang Abang’ kataku hanya dalam hati.

*********************

Di pagi minggu begini pasar memang sudah menjadi tumpuan.  Aku sudah berlagak seperti ‘mem besar’ pulak.  Mana tidaknya semua barang yang aku beli semuanya dibawa oleh Syafiq.  Sikit pun Syafiq tidak beri aku bawa.

Selesai sudah membeli makanan basah untuk seminggu.  Syafiq telah memasuki semua barang ke dalam but kereta.  Masuk sahaja ke dalam kereta, aku mengambil tisu, ‘Abang..toleh sini..tengok tu berpeluh-peluh’  aku mengelap peluhnya.  Sempat pulak dia mencium bibirku.  ‘Abang ni…tak kira kat mana jelah..eeeiiii’..aku mencubit lengannya.  Syafiq ketawa.

‘Sayang!!!!!!....’  terkejut aku Syafiq menjerit.  Aku yang sedang menyiang ikan di singki menoleh ke belakang melihat Syafiq sudah menenyeh matanya yang pedih akibat mengupas bawang.  Aku ketawa.  ‘Sayang ni memang tak sayang abang erk.  Mata abang pedih ni, sayang boleh gelak je’  kesian pulak.  ‘Ala..ala..ala…bucuk sayang ni..pedih mata yer’  sambil ketawa aku memujuk.  Buruk betul kalau lelaki merajuk.  ‘Bukak mata…Aina tiup’  arahku.  Belum sempat aku meniup, bibir aku sudah menjadi mangsa ciuman Syafiq.  ‘Abang!!!!!!’  Syafiq ketawa.  ‘Aina malas lah nak tiup..biarkan’  Aku kembali ke sinki.  ‘Ok..ok..ok…pedih ni sayang…please…tolong tiup, cepatlah’  Syafiq pulak yang memujuk.  Syafiq bangun dan berdiri di depanku.  ‘Tahu pun…bukak mata tu’.  ‘Thanks sayang..’  tangannya sudah melingkari pinggangku.  ‘Abang…janganlah..macamana nak masak ni’  aku menolak badan Syafiq.  Syafiq senyum. Mula lah sudah datang penyakit romantiknya itu.  Syafiq mendekatkan wajahnya.  ‘Abang, sayang sangat kat sayang’.

‘Aina pun sayang sangat kat abang’ aku cium dahinya.  Syafiq senyum.  ‘Dah..dah..Aina nak masak ni.  Pukul berapa pulak lah kita nak makan kalau macam ni’  aku menolak badan Syafiq.  ‘Kita tak payah masaklah…jom’  Syafiq menarik tanganku.  ‘Jom kemana pulak?’ tanyaku hairan.  ‘Bilik?’  jawap Syafiq sambil ketawa.  ‘Abang!!!..’ aku mencubit perutnya.  Syafiq ketawa.

Setelah kami berdua bertungkus lumus masak, ‘Sayang, nanti kita solat dulu baru makan yer’ Syafiq berlalu ke bilik.  Aku sibuk mengemas dapur.  Memang sudah jadi tabiat aku setelah selesai masak mesti dapur dibersihkan. 

Pantang betul aku kalau dapur kotor.  Kalau dulu di rumah, mak selalu membebel sebab abah selalu masak mesti habis semua dapur berselerak.  Abah memang suka memasak tapi tidak suka mengemas.  Aku lah yang selalu menjadi mangsa mengemas.  Disebabkan itulah aku sudah terbiasa akan mengemas dapur selepas masak.

Seusai solat zuhur, aku terus ke dapur menghidang makanan yang telah kami masak bersama-sama tadi.  Aku kembali ke bilik, melihat Syafiq sudah duduk di meja kerjanya.  ‘Abang..jom makan’.  Syafiq bangun dan menghulurkan tangannya.  ‘Aduh!!! Mr Husband sorang ni dalam rumah pun nak pegang tangan ke?’ kataku tapi dalam hati je. 
Aku menyambut tangannya.  Syafiq memeluk bahuku.  ‘Petang sikit abang nak pergi office kejap.  Ada dokumen tertinggal.  Esok pagi-pagi lepas hantar sayang abang terus nak ke Menara TA ada meeting kat situ’  aku menggangguk.

Selesai makan tengahari, Syafiq terus masuk ke bilik menyambung kerjanya.  Manakala aku setelah mengemas meja makan aku duduk di ruang tamu mengadap tv.  Malas hendak duduk di bilik nanti terganggu pulak Syafiq membuat kerjanya.  Syafiq bukan harap kalau sudah aku duduk didepannya memang nanti tidak jadi kerjalah. 

Seronok pulak melayan cerita ‘Biar mimpi sampai ke bintang’ ni, ketawa aku sorang-sorang.  Memang lawaklah pelakon pembantu seorang ini.  Selamba saja lakonannya.  yang buat aku syok tengok sebab Heronya, Randy Pangalila.  Handsome…hmmm…antara Randy dengan Mr Husband aku mana handsome erk?..Of course lah Mr Husband..hehehe..kalau aku puji si Randy ini ada pulak yang merajuk.

‘Sayang..nanti….’  

‘Opocot mak kau’  terjerit aku, tiba-tiba tengah ralit tengok tv Syafiq muncul.

Meletus ketawa Syafiq, mesti muka aku lucu tadi. Eeeiii!!!!!...malu!!!!!

Syafiq menghampiri dan duduk di sebelahku sambil menyapu belakangku.  Ketawanya masih berbasi.

‘Abang!!...jangan Aina cam ni boleh tak’..geram aku.  Aku ini bukan melatah tapi ada masa kalau terkejut tu ada saja perkataan yang terkeluar.

‘Sorry…sorry…sayang…’..sambil tu dia masih mengetawakan aku.

‘Gelak lagi!!!...eeeeiiii!!!!....’ ..aku cubit perutnya.

‘Ok..ok..sorry..sorry…Sayang..sakitlah’..

‘Tau pun…’

‘Yelah…yelah..ok..ok…sebenarnya abang nak bagitau nanti lepas asar abang nak keluar, sayang nak ikut ke?’..

‘Nak!!  tak nak tinggal kat rumah sorang-sorang.  Abang kalau pergi mesti lama, kata je ambik dokumen tapi berjam-jam’

‘Ala..ala…merajuk pulak.  Lepas asar nanti kita keluar ..k’  Syafiq bangun namun masih sempat mencium ubun-ubunku.  Syafiq kembali ke bilik.