Pages

Wednesday, February 29, 2012

Jangan Pernah Pergi.....07

Aku terlebih dulu turun ke bawah setelah bersiap hendak ke pejabat. Aku terus ke meja makan duduk bersarapan. Tak lama kemudian terdengar Syafiq menuruni tangga.

'Sayang....' Syafiq menghampiriku dan terus mencium dahiku. Lagaknya macam tiada apa-apa yang berlaku semalam.

'Hmmm...nanti lunch sama-sama ..k'

'Abang...tak tau lagi lah...nanti apa-apa Aina telefon dulu ye..'

'Orait...apa-apa sayang call abang yer'

'Ermmm....sayang...kondo kita dah siap...kita pindah this weekend' aku diam je bila Syafiq beri cadangan.

'Sayang!!!!...kenapa ni'

'Hah!!!..tak de apa-apa....ermmm...abang tanyalah ayah ngan ibu dulu'

'Yelah...tunggu ayah ibu balik nanti...'

Aku rasa macam malas nak sembang dengan dia hari ini. Syafiq pula macam tidak ada apa-apa berlaku saja. Geram pun ada. Kenapa dia tidak jawap soalan aku semalam. Kenapa dia tidak cerita apa yang berlaku semalam.

Aku bangun..dah lewat ni nak pergi office takut jalan sesak pulak nanti lambat pulak masuk.

'Sayang...nak abang hantar ke?..Sayang macam tak sihat je..dari tadi diam'

'Tak pelah abang...Aina tak apa-apalah...penat kut. Abang, aina pergi dulu yer' Aku hulurkan tangan menyalami Syafiq dan sekali lagi Syafiq mencium dahiku.

Biarlah Syafiq pula yang tertanya-tanya kenapa dengan aku?.Kerisauan dan tandatanya aku sikit pun dia tak layan. Biar dia pula yang sakit hati. Balas dendam.

Aku terus saja keluar dengan hati yang sakit.

Sesampai saja aku di office, ‘Assalamualaikum...good morning..’ Linda yang tengah asyik touch-up makeupnya aku tegur. Nampak saja muka ku, ‘Kak Ainaaaa!!!!!!.dah sihat ke?...Kak Aina kenapa? Kami kat office ni terkejut bila Mr. Husband akak datang bagitau’

‘Akak tak de apa-apa lah...gastrik jer..ada orang cari akak tak?’ malas nak cerita bukan sakit apa pun gastrik jer. Malu.

‘Tak de pun...kak, linda buat milo tuk akak yer.’ rajin pulak si Linda ni buat air untuk aku. ‘Terima kasih Linda’.

Baru hendak duduk, handphone bunyi..sms. Aku macam dapat agak saja sms dari siapa.

Syg dh smpi...klu syg still xshat..ambik lah cuti lg

Malas betul lah aku nak balas sms dia. Tiba-tiba nak take care sangat ni kenapa?..

Lepas 15min...sms lagi

Syg..kenapa ni..jgn lah cam nie

Eeeiii....bosan lah nak layan. Tak mahu diganggu aku letak handphone dalam handbag. Biarkan....aku malas nak dengar bunyi sms ke incoming call ke.

Aku menarik nafas dalam-dalam mula fokus pada kerja ku.

'Oi...naper kau senyap je ari nie erk' tegur nora yang hairan tengok aku.

'Tak de apa-apalah...keje aku banyaklah..'

'Yelah tu..macamlah aku tak tau kau tu...kalau ada problem je mula diam..bisu. What happen? Atau kau still tak sihat, pergilah rehat'

'Tak de apa lah nora. Aku ok.'

Nora malas hendak bercakap lagi memandangkan aku tidak mahu bercerita. Selalu bilik kami memang meriah, mana taknya staff Hr dan Account memang happening. Terutama aku dengan nora ada saja nak dibualkan, hari-hari mesti kecoh. Tapi hari ini area kami ibarat dilanda garuda sunyi sepi. Staff-staff yang lain pun macam sakit je semuanya sebab masing-masing pun tak banyak cakap.

'Hallooooo....oit naper senyap je ni. Sakit ke semua kalau tak korang lah yang paling bising.' tegur Linda yang menyinggah ke bilik kami. Memang macam itu lah selalu kalau hendak ke toilet atau pantry mesti menyinggah. Linda menuju ke tempat Nora. Entah apalah yang mereka bualkan. Aku malas nak ambil port.

'Hei..korang kita makan kat Nasi Ayam Hainan hari ni nak tak?' tanya linda.

'Eh...nak...nak...' barulah dengar suara si Zara dengan Lia yang dari tadi pun dok diam je macam dah kena penyakit aku jugak.

'Kak aina....join sekali erk.' ajak Linda.

'Akak malas lah linda nak keluar. Nanti korang tapaukan untuk akak je lah erk'

'Orait...akak sihat tak ni..macam tak sihat je' linda datang menghampiri mejaku.

'Akak sihat je linda...cuma rasa cam tak larat lah nak jalan.'

'Hmmm...yelah..nanti saya tapaukan untuk akak'.

Linda berlalu keluar dari bilik kami. Keadaan kembali senyap sunyi.

Jam sudah menunjukkan pukul 1.00, Nora, Zara dan Lia dah bersiap hendak keluar lunch.

'Aina, betul tak nak follow ke..?'

Aku menggelengkan kepala.

'Oklah...bye Aina...kami pergi dulu erk' aku melambai tangan.

Aku meletakkan kepalaku atas meja dan memejamkan mata. Penat...terasa hendak lelap sekejap lah. Baru saja pejam mata, teringat handphone aku dalam handbag. Aku menyeluk handbag mengambil handphone. Mak datuk!!!!!!! punya lah banyak sms dan missed call. Semuanya dari Syafiq. Aku baru nak baca sms...

'Aina!!!!! kenapa ni..abang call tak jawap...abang sms tak reply...apa nie...' terkejut aku bila tiba-tiba Syafiq terpacul depan pintu bilik. Aku diam...diam sebab terkejut dan tak tahu nak jawap apa.

'Sayang kenapa?..cuba cakap ngan abang...' Syafiq mula merendahkan suaranya.

Aku menggelengkan kepala saja. Memang dah tabiat aku, kalau marah..kalau geram...aku lebih suka berdiam diri saja. Tapi kekadang berdiam diri membuat aku sering dimarahi oleh abah dan mak dan kini Syafiq.

Syafiq mengambil kerusi duduk di sebelah ku memusingkan kerusi ku menghala ke arahnya. Memegang tanganku. 'Sayang..janganlah diam macam ni...apa sebenarnya cuba cakap ngan abang. Sayang marah kat abang ke?..pasal semalam ke? Syafiq cuba memujuk ku.

Kesian pulak aku melihat Syafiq berusaha memujuk ku...'Tak de apa...Aina penat kut..' itu sajalah yang mampu aku jawap, tak mahu memanjangkan cerita.
Syafiq tunduk mengenggam tangan aku erat...semakin erat dan menghelakan nafas. Agaknya dia sudah tidak tahu bagaimana lagi mahu memujuk aku.

'Mari makan dengan abang..' Syafiq menarik tangan aku.

Aku mengikut sahaja langkah Syafiq. Aku tidak tahu mana dia nak bawa aku lunch. Hah!!!!...Nasi Ayam Hainan ke?..Aduh!!!!..mesti diorang nampak aku. Tadi diorang ajak aku tak nak.

Kan dah aku kata...memang nampak lah. Aku senyum sajalah. Nora, Linda, Lia dengan Zara apalagi mula lah masing-masing sakit mata...terkenyit-kenyit. Aku sengih saja.

Syafiq memesan makanan dan minuman tanpa bertanya padaku.

'Kita pindah this weekend. Abang dah call bagitahu ayah dengan ibu. Esok ayah dengan ibu balik.' serius saja suara Syafiq.

Aku pandang wajahnya. Syafiq mendongak memandangku. 'Kenapa?..'

'Aina hairan lah..kenapa abang macam tergesa-gesa sangat nak pindah sampai abang call ayah tak kan tak boleh tunggu ayah dengan ibu balik je dulu.' suara aku keras...geram...

'Sayang...abang teringin kita hidup berdua saja...abang fikir kalau kita hidup berasingan dengan ibu ayah akan menyempurnakan kehidupan kita sebagai suami isteri.'

Aku pula berfikiran aku bakal ditinggalkan keseorangan bila Syafiq keluar berjumpa dengan kawannya seperti yang dilakukannya semalam. Aku takut kalau perkara semalam berlaku lagi.

'Dah lah tak payah fikir pasal tu ..biar abang settlekan. Habiskan makanan tu..dah pukul berapa ni, kawan-kawan sayang pun tak de dah' serius muka Syafiq.

Aku malas nak layan ikut dia lah nak buat apa. Lagi aku fikir lagi buat aku tertekan.

Sesampai saja di lobby bangunan office, Syafiq terus memegang kedua-dua belah pipiku dan mencium dahiku. Sejak bila Syafiq sudah tidak malu berbuat demikian di hadapan khalayak orang ramai. Tanpa berkata Syafiq terus berlalu. Aku cepat-cepat menarik tangannya.

'Abang...Aina ingat balik nanti Aina nak singgah rumah mak sekejap.' Syafiq mengangguk..'Kirim salam kat abah dengan mak yer..dah pergi naik abang nak balik office kejap lagi ada meeting' Aku ambil tangannya dan cium. Syafiq senyum.

Aku berlalu masuk ke dalam lif. Dari jauh aku senyum pada Syafiq.

'Hai..patutlah beria-ria kita ajak tadi orang tu tak nak..rupanya Mr Husband datang nak makan sama...so sweet' mula si Linda mengusik. Nora, Lia dan Zara masing-masing dok menunggu aku kat tempat Linda. Aku malas nak layan terus berlalu, berlari Nora, Lia dan Zara mendapatkan aku.

'Hei...usik sikit tak kan marah kut' usik Nora. Aku senyum saja malas nak cakap apa-apa nanti macam-macam lagi mereka mengusik, baik aku diam je.

'Kakak Aina...cam ner erk hari-hari akak tengok muka husband akak yang handsome tu' Lia mula lah nak berangan tu.

'Eeeiii....nak macamana...macam tu je lah...kalau korang tengok time dia bangun tido mesti korang lari..hehehehehehehhehehe' saja aku balas usikan mereka.

‘Ye ke kak...citer lah kak...cam ne rupa dia..’ mula lah budak-budak ni...

‘Hei..husband akak tuk akak je lah..’ amboi-amboi sudah lebih ni..kami ketawa...

Akhirnya hilang begitu sahaja kemarahan yang terpendam dari semalam. Aku memang bukan jenis pemarah. Aku mula sedar aku memang tidak boleh nak marah dengan Syafiq. Tengok muka aku cepat lembut hati. Bila dia bercakap dan senyum sudah menghilangkan gundah dihati ku.

Baru nak mula buat kerja...sms lagi..

Syg nnti ptg jumpa kat umah mak yer..mtg abg cancel. Miss u

Aku senyum.

Ok...miss abg jgk

‘Lia..Zara...ada orang tu kan dari pagi muka punya lah kelat tanya sepatah jawap sepatah. Sekarang muka dah manis macam strawberry coklat kita makan hari tu. Tengok sms pun boleh senyum.’ Nora mula lah nak mengusik.

Aku senyum saja. Lia dengan Zara dah terkekeh-kekeh ketawa.

***************************

Sesampai sahaja di rumah, aku sudah nampak kereta BMW X6 milik Syafiq sudah berada di porch.

‘Assalamualaikum’

Terdengar suara mak, abah dan Syafiq berbual di dapur.

‘Waalaikumussalam..Aina...mak kat dapur nie...meh sini minum sekali’ laung mak...biasalah itu mak aku.

Aku meletakkan handbag di sofa terus ke dapur. Syafiq tersenyum melihat aku. Aku bersalaman dengan mak dan abah, kemudian aku menghampiri Syafiq salam dan mencium tangannya. Syafiq menarik tangan ku agar aku duduk di sebelahnya. Tangannya diletakkan di belakang aku.

‘Lambat sayang sampai...keluar office lambat yer’ tanya Syafiq.

‘Ha..ah...lambat sikit tadi..lagipun kat Jalan Loke Yew tu kan selalu jem. Abang cepat je sampai’

‘Kan abang dah bagitahu meeting abang cancel so pukul 4 tadi abang dah keluar’

‘Nah air Aina....mak tak masak apa pun korang nak datang pun tak bagitahu..sempat goreng mee je’ bebel mak.

Aku senyum je.

‘Tak pelah mak..nanti malam kita makan kat luar je’ cadang Syafiq.

Kelihatan mak dengan abah gembira hari dengan kepulangan kami. Abah nampak seronok bersembang dengan satu-satunya menantunya. Aku dengan mak sibuk kat dapur mengemas sambil bercerita. Biasalah mak ada saja ceritanya.

Aku naik ke bilik. Di ruang tamu senyap, abah dan Syafiq telah tiada. Masuk ke bilik kelihatan Syafiq berbaring di katil. Aku membuka tudung dan mengambil tuala di dalam almari. Syafiq tidur agaknya, biarlah. Aku memasuki toilet.

‘Ya allah abang nie ...dah nak maghrib. Tak bangun lagi’ ngomel aku.

‘Abang..abang...’ aku mengejutkan Syafiq.

Syafiq mengeliat.

‘Abang nie...dah nak maghriblah’

‘Ngantuk sayang...penat...’ Syafiq sudah pun bangun dan duduk di tepi katil. Kesian pulak. Aku duduk di sisinya dan mengurut bahunya.

Syafiq mengambil tanganku. ‘Sayang...please jangan buat kat abang macam ni lagi..abang susah hati sampai tak boleh nak buat kerja..terpaksa abang cancel meeting tadi.’ Syafiq tunduk mencium tanganku. Tersentuh hati aku. Menyesal apa yang aku buat tadi.

‘Maafkan Aina...kadang-kadang bila perasaan tu sangka yang bukan-bukan tu yang buat Aina rasa macam nak marah’ Aku mencium tangannya.

‘Abang nie penat pun tak habis lagi...sayang pulak buat abang macam ni’ jatuh rasa kasih aku padanya. Aku mendongak dan mencium dahi dan kedua-dua belah pipinya. Syafiq mula mendekatkan muka nya ke mukaku.

‘Dah..dah...abang...pergi mandi lah..busuk...eeiiii...dengar tu dah azan maghrib’ menolak badan Syafiq...kami ketawa.

Sesudah menunaikan solat maghrib bersama, kami bersiap untuk keluar makan malam. Kami turun ke bawah bersama-sama tidak nampak pun mak dengan abah, tengah bersiap agaknya. Sementara menunggu mak dengan abah, Syafiq terlebih dahulu mengambil remote tv dan menukar ke channel TV3 untuk menonton berita.

‘Amboi...bersiap sakan nampak...punyalah orang tunggu lama’ aku tegur bila nampak mak dengan abah menuruni tangga.

Mak dah menjegilkan mata pada ku. Hahahahahha....’lawaklah mak buat muka cam tu’

‘Mak ngan abah dah siap...jomlah..takut lambat nanti fullhouse’ kata Syafiq.

Sekali lagi Syafiq bawa makan malam di Bagan Lalang. Suka betul Syafiq makan seafood. Mood aku baru je nak baik, tiba di Bagan Lalang mula ingatan aku kembali mengingati pada kejadian dulu. Memang sengaja nak bagi mood aku spoil ke. Mula lah aku geram ni. Tapi sebab seafood kat sini memang sedap tak jadi nak masam muka.hehehehehe. Macam-macam seafood dipesan oleh Syafiq yang nak makan cuma kami berempat saja tapi makanan penuh meja. Kenyang!!!!

Malam itu kami pulang berasingan dengan mak dan abah sebab aku dan Syafiq terus balik ke rumah ibu kat Damansara. Kereta aku tinggal sementara di Cheras, Syafiq kata biar kereta aku itu disimpan di sana sementara ini Syafiq akan menghantar dan mengambil aku kerja. Susahlah lepas ni, aku nak balik lewat sikit tentu tak boleh.

Dalam kereta...’Abang...apasalahnya Aina ambik kereta kat umah mak..then Aina terus balik je lah...’

‘Kan abang dah cakap biar je kereta tu kat situ..start esok abang send and pickup Aina ok’ serius je pulak Syafiq ni. Aku dah muncung.

‘Dah tok sah nak buat muka muncung cam tu kang abang cium’ serius je cakap. Aku menjeling.

‘Memang nak abang cium ke....jeling-jeling kat abang’ Syafiq sudah memegang daguku.

‘Abangggg...!!!!’ aku tepis tangannya.

Syafiq ketawa.

*************

‘Sayang...dah habis kemas semua. Baju-baju tu tak payahlah bawak semua. Biarlah simpan kat rumah ibu sikit. Sayang jangan lupa buku-buku abang tu letak dalam kotak yer’

‘Eeeeiii....abang ni tak adil tau..abang suruh Aina ambik cuti kemas barang..abang pulak elok je pegi keje erk’

‘Abang ada keje urgent sikit lah sayang...kejap je..sayang buat je yang mana larat nanti abang sambung..k..dah abang nak siapkan keje abang nanti balik lambat lagi sayang marah. Ok..bye sayang love u’.

Eeeeiii..rasa cam nak campak je handphone kat katil...hehehehehe...kat katil je berani nak campak.

‘Huh!!!..penatnya...baju dia je yang banyak..dengan buku dia lagi...aduh!!!.’ dah setengah hari aku kerjakan barang-barang dia je’ mengeluh dalam hati...penat kut. Aku menuju ke katil dan baring. Menguap....nak terlelap...

Terkejut!!!...alamak terlelap...’aduh!!! dah pukul berapa ni?..eeeiii...cam ner lah boleh tidur..’ bebel sendiri.

Terkejut lagi!!!!...Ternampak Syafiq tengah sibuk mengemas meja kerjanya..semuanya sudah berada dalam kotak.

‘Abang!!..bila abang balik...Aina tertidur’

‘Hmmm...dah lama...dah habis pun mengemas..dah siap semua..pergi mandilah..busuk...dah solat ke belum nie?’ dahiku dicium.

‘Sayang abang...’

‘Hmm...sayanglah sebab abang dah settlekan...’ aku sengih.

Pintu bilik diketuk, aku pergi membuka pintu. ‘Mak...masuklah’

‘Dah habis kamu berkemas...’

‘Pakaian, buku-buku, komputer and barang-barang kerja Syafiq je mak...itupun pakaian kami tak bawak semua pun’ terang Syafiq.

‘Hmmm...yelah...esok pukul berapa?’.

‘Maybe lepas breakfast ke...ibu ayah ikut yer..kita masak and lunch kat sana’ ibu senyum mengangguk dan berlalu keluar dari bilik.

Walaupun ibu senyum tapi nampak yang ibu macam sedih. Mesti rumah ini akan sunyi dan aku pun akan sunyi. Kalau di sini sekurang-kurangnya aku boleh bersembang dengan Mak Tam.

*********************

‘Assalamualaikum!!!!’

‘Waalaikummussalam...’

‘Mak..Abah...masuk..masuk...dapat jugak abah cari rumah ni’

‘Hmmm...abah kamu dah sesat kemana tah tadi...tu yang lambat sampai’ mak bebel.

‘Laaaaa...kenapa abah tak call Syafiq...boleh Syafiq pegi ambik’

‘Hmmm...abah kamu memang lah...mak dah cakap tadi suruh tepon kamu...dia tak nak..nak jugak cari sendiri’ mak kalau dah start membebel..habis lah!!!!..lari...

‘Aina mana?’ tanya mak

‘Kat dapur dengan ibu..masak’

‘Wah...semua dah ada...tak delah payah-payah pindah barang ha...’ puji mak. Syafiq tersenyum.

Aku ke ruang tamu apabila terdengar suara mak. Suara mak memang kuat tak payah pakai microphone kalau bercakap.

‘Mak..Abah..’ aku meluru kepada mak...salam dan mencium mak begitu juga pada abah, memang dari kecil aku diajar begitu. So walaupun dah besar panjang aku still kiss pipi mak dan abah. Manja kan...anak tunggal lah katakan..perempuan lak tu..hahahhah...puji diri sendiri.

‘Hajjah..apa khabar?’ sapa mak pada ibu dan bersalaman.

‘Sihat..Diah?..sihat ke?...sekarang ni selalu je hujan..asma senang lah datang’

‘Hmmm...memang lah Hajjah...tapi tak teruk sangat..kalau teruk je baru pegi hospital’

‘Eh..Syafiq mana ayah?’ tanya abah

‘Ayah turun tadi pergi kedai..cari suratkhabar’
Aku, Mak dan Ibu kembali ke dapur, tinggalkan abah dan Syafiq di ruang tamu.

Gembira melihat Syafiq berbual dengan abah, ada saja tajuk menjadi perbualan mereka. Ayah yang baru balik dari kedai pun join sekali. Sesekali berkumpul ramai-ramai memang seronok. Kalau aku atau Syafiq beradik-adik ramai mesti lagi meriah.

‘Abang, Ayah, Abah...minum dulu yer...nanti kejap lagi kita lunch pulak. Hari ni lunch special punya’

Syafiq bangun mengambil dulang berisi air dari tanganku. Sempat lagi Syafiq mengenyit mata. Aku menjegilkan mata. Syafiq ketawa. Nasib baik ayah dengan abah tak perasan. Eeiii..nak kena cubit Syafiq ni tau.

Wah!!!..memang banyak betul masak hari ini. Penuh meja dengan lauk pauk. Yang pasti bukan mak dengan ibu je yang masak, aku pun sumbangkan masakan tau.

‘Amboi banyaknya...ni sapa yang masak ni?’ Syafiq tegur sedang aku menghidang lauk di meja makan.

‘Aina pun ada masak tau...’

‘Oh ye ke...yang mana satu Aina masak nie...abang nak orang yang first rasa’

Aku menunjuk ke arah ikan bawal sweet sour.

‘Yang ni..betul ni...entah-entah mak yang masak kut’

‘Abang!!!..Aina yang masak lah...’ muncung...

‘Hah..hah..tengok buat lagi muncung..kang abang cii....’

‘Apa nya ni...hish..korang ni.’ tegur ibu sedang membawa minuman. Ibu nampak ke?.Aku dengan Syafiq tersengih malu. Aku berlalu ke dapur sempat mencubit pinggang Syafiq.

‘Sayang!!!!!’..terjerit Syafiq.

‘Hei..korang nie bergurau tak kira tempat lah’ Ibu mula bising.

‘Dah Syafiq..pergi panggil abah dengan ayah kamu..makan’ cepat-cepat ibu menyuruh Syafiq apabila melihat Syafiq sudah mahu mengejar aku. Aku mengenyit mata. Syafiq menunjuk muka geram.

Jangan Pernah Pergi......06

‘Sayang turun dulu..nanti beg abang bawak’ 

Aku menuruni tangga, ayah dan ibu di ruang makan sedang bersarapan.

‘Dah siap..berapa hari nak pergi bercuti nie.’ Tanya ibu..senyum saja gembira agaknya melihat anak dan menantunya pergi bercuti.  Yelah ibu dah lama menyuruh Syafiq bawa aku bercuti tapi ada saja alasan Syafiq.

Aku duduk..hmmm..nasi lemak...sambal sotong..sedapnya..lupa sekejap apa yang ibu cakap tadi.  Hah!!!

‘A..aaaa...maybe 2-3 hari..ibu ngan ayah nak ke Penang bila?’

‘Lepas zuhur nanti’ kata ayah...pendek je jawapan.  Biasalah ayah memang macam tu.

Syafiq turun dan terus ke kereta untuk menyimpan beg pakaian. 

‘Assalamualaikum..good morning’

‘Waalaikummussalam...amboi anak ibu nie macam happy je’ 

Syafiq senyum..

'Of course lah happy ibu...nama pun nak pegi holiday...tak kan nak sedih...kan sayang'  tapi memang ketara nampak kelebaran senyum Syafiq..lebar dari biasa...aku pun perasan.

Aku buat muka hairan.  Ibu dan ayah ketawa.

Sedapnya nasi lemak Mak Tam hari ni.  Rasa macam nak bawa bekal pulak.  Nanti nak mintak Mak Tam bekalkan sikit nasi lemak ni lah.

'Sayang..jom..dah pukul berapa ni..'

Aku bangun ke dapur mencari Mak Tam.

'Mak Tam...Aina nak bawak sikit nasi lemak bekalan dalam perjalanan boleh?'  kalau ikutkan bukan jauh sangat pun KL ke Bukit Tinggi tu.  Hmmmm...alasan je...

Syafiq mencari aku di dapur..'Sayang....jom..ada yang tertinggal ke?'  Aku senyum.

'Ni ha....Mak Tam tengah isikan bekalan untuk Aina ni..kejap'  Syafiq memandang Mak Tam..dan aku....aku senyum saja.

Aku dan Syafiq melambai-lambai pada ibu dan ayah..mulakan perjalanan.

Sekejap saja sudah masuk highway Duke..mana taknya jalan memang tak jem waktu-waktu begini..pukul 9.30pagi..waktu pejabat kan dah bermula. 

'Sayang..abang ingat kita naik Genting Highland dulu nak tak sebab awal lagi ni.'  cadang Syafiq.

'Boleh jugak..Aina dah lama tak naik Genting.  Abang kita naik cable car yer'  dah lama tak naik cable car.

'Orait..'

Aku tersenyum...seronoknya kalau apa yang diminta dipersetujui oleh orang yang tersayang. 

Sudah melepasi tol Gombak...sebentar lagi akan keluar menyusuri jalan naik ke Genting Highland.  Dalam hati dah terlonjak-lonjak ni, rasa macam nak melompat.  

Sudah nampak signboard Cable Car,  Syafiq membelok dan mula mencari parking kereta.  Seronoknya...macam budak kecil pulak aku ni.  Keluar saja dari kereta, aku menarik nafas panjang..terasa kesejukkannya..nyaman...segar.

'Sayang..jangan lupa bawak jacket..sejuk ni'  seronok sangat sampai lupa nak bawak keluar jacket.

Sudah lama tak naik ke Genting Highland ni.  Last naik sini 4 tahun lepas dengan kawan-kawan office.  Biasalah kami selalu saja plan jalan-jalan ramai-ramai...konvoi...seronok.  Merata sudah kami berjalan..Bukit Merah..Cameron Highland..Langkawi.  Sekarang ni aku dah kawin tak tahulah boleh join diorang jalan-jalan lagi tak.  Masalahnya Syafiq bagi aku pergi ke?.

Turn kami masuk ke dalam cable car.  Kami berdua je..Bukan boleh masuk 4 orang ke.  Sorry dah lupa lah sebab dah lama..harap maaf yer.

Syafiq memelukku...aaahhhh...romantiknya..berdua dalam cable car...sejuk...dan dipeluk oleh sang suami.  Jangan ada yang jeles yer.

Excited lak aku...macam-macam aku nak naik...oit..sedar sikit diri tu bukan budak lagi...and title bukan bujang lagi...MARRIED...and Mr Husband kat sebelah.  Baru sedar.  Tapi yang bestnya Syafiq dok follow je apa yang aku nak.  Sorry...ketahuilah Mr Husband..wife you ni belum puas jadi budak.

Hampir setengah hari kami menghabiskan masa di outdoor park.  Seronoknya.  Indoor belum terokai lagi ni.  Tak sedar jam dah menunjukkan pukul 3 petang.

'Sayang...dah pukul 3 ni..kita kena check in kat Bukit Tinggi ni.  Kalau tak puas..esok pagi kita naik lagi sini'

'Eh..tak sedar...tak payah lah naik lagi esok...Aina dah puas hati...seronok'..Syafiq senyum lalu memeluk bahuku dan mencuit hidungku.

Sekali lagi menaiki cable car...Tinggal kenangan terindah di Genting Highland.....

Sesampai di Bukit Tinggi..sejuk jugak...tapi tak sesejuk di Genting Highland.  Kami menuju ke The Colmar Tropicale, Syafiq telah booked bilik di situ.

Pemandangan sungguh indah.  Apa yang best tentang The Colmar Tropicale ni ia adalah sebuah resort ala-ala French...kalau tak dapat pergi French dapat pergi sini pun dah cukup.  Banyak lagi yang best-best kat sini.  Antaranya ada Japanese Village memang terasa seperti di Jepun lah.  Ada tempat menunggang kuda.  Ramai orang yang datang sini sekadar untuk ambil gambar pemandangannya yang cantik.  Kalau hendak bermalam di sini memang agak mahal.  Bagi yang berkemampuan boleh lah bermalam di sini.

Syafiq sedang menyemak room booking di counter, sementara aku duduk di lobby.  Melihat sekeliling, interior resort ini pun sudah buat aku terasa berada di French.  Tiba-tiba datang seorang pelayan membawa minuman dan sepinggan buah-buahan.  Eh...aku tak order pun.

'Errrr...excuse me..I didn't order this'  speaking london aku....nak tunjuk terrorlah konon.

Pelayan tu senyum..'Mr. Muhammad Ikhwan Syafiq have booked honeymoon package and this welcome drink and fruit platter are including within package.  Enjoy your drinks and Welcome to The Colmar Tropicale'  terang pelayan tersebut.

Syafiq tersenyum berjalan ke arah aku. 

'Minum lah...naper dok tengok abang je ni'  Syafiq minum air nya.

'Abang tak bagitau pun kat Aina yang abang booked honeymoon package erk'  sebenarnya aku sendiri tak tahu nak marah ke ..nak suka ke...

'Ini pre-honeymoon....nanti projek rumah banglo Tan Sri Daud settle..kita honeymoon tempat lain pulak...jauh sikit ke..'  Syafiq senyum..'Dah habiskan air...kita naik bilik jom..nanti kita nak dinner pulak'

'Wah!!!! cantiknya bilik...abang memang pilih bilik nie ke atau bilik ni memang untuk pakej yang abang ambik tu'  ni betul-betul honeymoon ni.

Aku berbaring di katil...katil King yang dihiasi kelopak-kelopak bunga mawar.  So sweet.  Syafiq meniarap dan memandang aku.  Mencium dahiku.  'Sayang suka?'  Aku mengangguk.  Aku memejam kan mataku apabila aku merasa yang Syafiq mula mendekati muka ku.  Terasa bibirku disentuh....terasa indah.

***********************

Selepas menunaikan solat maghrib, kami bersiap untuk turun dinnerDinner malam ini adalah yang terindah.  Syafiq memang nampak seorang yang tegas tapi bagiku dia adalah seorang yang paling romantik.  Makan malan yang diterangi lilin dan diiringi irama gesekan biola oleh beberapa pemuzik khas buat kami.  Aahh!!!!...terasa macam mimpi pulak...macam dalam drama...filem...romantik.

Sambil makan,  pertama kali kami bersembang..pelbagai cerita kami bualkan.  Kisah masa kecil...masa sekolah sampailah masa belajar di universiti.  Aku teringat ingin bertanya pasal gadis yang dalam gambar yang aku temui di bilik pejabatnya.  Tapi terfikir pulak nanti Syafiq menuduh aku selongkar biliknya.  Syafiq pula tidak sedikit pun mencerita pasal teman wanitanya semasa di universiti dan tiada juga cerita bagaimana dia mula mengenali Nurrezzah.

Namanya pun honemoon kan..tak kan nak cerita pasal orang lain...nanti spoilkan mood honeymoon pulak.  Memang aku balik KL malam ni jugaklah.

Sesudah makan, kami berjalan di sekitar resort sambil mengambil angin malam.  Berpegangan tangan.  Memang begitu indah dengan udaranya yang segar..sejuk.  Memang romantik.

'Terima kasih abang..'  ucap aku setelah kami duduk di kerusi luar resort sambil menikmati keindahan malam.

Syafiq memeluk bahu ku..'Terima kasih kenapa pulak ni.  Patut abang yang berterima kasih pada sayang..sebab sayang bagi kebahagian pada abang'

'Terima kasih sebab abang bagi kebahagian kat Aina jugak'

Syafiq mengeratkan pelukan dan mencium ubun-ubunku. 

'Dah ..jom kita naik...nak lewat ni'

Memang dah lewat...dah pukul 11.30 malam pun..tak sedar.

Kami naik ke bilik.  Aku mengambil baju salinan dan terus ke toilet.

'Sayang...kenapa perlu bersalin dalam toilet..hmmm'  malu Syafiq tegur macam tu.

Melihat keadaan aku yang malu-malu hendak menukar pakaian, Syafiq duduk di sofa mengadap tv..sengih je.

Aku duduk di sofa.  'Hmmm...boleh pun'  Syafiq sengih.  'Sayang..lepas ni jangan lah malu-malu lagi ngan abang..k.  Sayang kan isteri abang'

Aku melentok kan kepala ke bahu Syafiq.  Syafiq terus mendakapku.

'Sayang......'

'Hmmmm...'

'Abang tak perlu tidur kat sofa ni kan'

'Abang!!!!!'  aku mencubit lengannya.

Malam ini memang sungguh indah.

'Abang...bangun..kita keluar tengok matahari terbit'  aku terlebih dulu bangun. 

'Sayang dah bangun...kejaplah.'  Syafiq menarik aku agar baring kembali.

'Abang...abang belum solat lah...nanti lambat tak sempat..nak kena mandi dulu lagi'  aku memandang wajah kesayangan ku...aku meletakkan jari ku ke dahinya....turun ke hidung...sehingga lah ke mulut...'Aaahhhhh!!!!'  jariku digigit.

'Abang.....dah lah tu...jom lah bangun'  aku menarik tangan Syafiq agar bangun.

Selepas melihat matahari terbit pagi tadi.  Kami bersarapan di cafe resort.  Hari ini kami habiskan masa di sekitar The Colmar Tropicale, kami diberi peluang menunggang kuda, wedding photoshoot dan menghabiskan masa di  Japanese Village untuk berspa, tea ceremony, lunch dan dinner ala jepun.  Malam ini pula kami akan bermalam di Japanese Village, semuanya merupakan aktiviti yang tersenarai dalam pakej.

Setelah menghabiskan 3 hari di Bukit Tinggi,  hari ini kami akan kembali ke KL.  Meninggalkan kenangan yang terindah dan termanis dalam hidupku.

'Sayang...nanti kita singgah di rumah kita yer..abang nak tengok jap, kontraktor kata hari ni dah siap semua' 

'Kontraktor?...abang renovate ke?'

'Tak lah...interior je.  Kalau hari ini dah siap...this weekend kita boleh lah pindah'.

Sesampai saja di kondo yang bakal kami duduki,  aku terkejut..kondo tersebut sudah dilengkapi perabot bahkan interiornya sungguh indah.

'Abang...cantiknya'  terkejut..terpegun..teruja...itu saja dapat aku katankan.
hah
'En. Ikhwan!!!...tak cakap pun nak datang'..salah seorang lady keluar dari dapur menegur Syafiq.'

'Hah!!!..Aswani..kamu ada kat sini.' 

'Semua dah siap...saya datang tengok mana tau ada apa-apa defect ke.  En Ikhwan tengok-tengok lah kalau ada yang nak tukar ke repair ke.'

'Orait...oh ye..Aswani..ni wife saya, Aina'  aku senyum dan bersalaman dengan Aswani.

'You have a sweet wife En Ikhwan.'  Syafiq tersenyum.  'Thank you'

'Kak Aswani,  cantik...pandai you design..terima kasih'

'Panggil As je...terima kasih...'  lebar senyum Aswani dipuji.  Alamak!!!  aku salah panggil ke?

Setelah meninjau seluruh ruang, Syafiq dan aku memang berpuas hati.  Inilah rumah yang bakal kami duduki mengharungi segala suka duka kehidupan sebagai suami isteri.  Tak sabar rasanya...dalam masa yang sama aku rasa seram..hehehehehhe

Sesampai saja di rumah,  sunyi.  Ibu dan ayah masih belum balik dari Penang.  Cuma Mak Tam saja yang menjadi penghuni setia kediaman ini.

Penatnya..bestnya dapat landing atas katil.  Nak kata pergi holiday jauh tidak, tapi penatnya mengalah macam bercuti ke oversea.  Syafiq meletakkan beg dan terus ke toilet.  Hairan.

'Sayang,  abang nak keluar kejap yer...kawan abang call kereta dia problem kat tengah jalan.  Abang nak pergi tengok kejap.'  sambil bersiap Syafiq memberitahu aku.

'Abang nak keluar, kita baru je sampai..abang tak penat ke'

'Kejap je sayang....abang pergi dulu yer'  Syafiq mencium dahiku dan tergesa-gesa turun tangga.

'Siapalah kawan dia...yanng kalut sangat..' ngomel hatiku.

Aku malas nak turun ke bawah.  Aku duduk dalam bilik saja.  Selepas memberishkan diri dan bersolat aku duduk di sofa menonton tv.  Boring pulak.  Syafiq yang keluar dari tadi belum balik lagi.  Lepas satu cerita ...satu channel...aku tonton.  Pintu bilik diketuk.  Aku bangun membuka pintu.

'Aina, Mak Tam ada goreng karipap...jom turun minum'

'Karipap...sedapnya...kejap Aina tutup tv jap...'  Aku turun bersama-sama dengan Mak Tam.

Duduk bersantai dengan Mak Tam di gazebo..minum teh bersama karipap...nikmatnya.

'Syafiq mana?'

'Entah Mak Tam...tadi sampai-sampai je terus keluar katanya jumpa kawan..kereta kawannya rosak katanya'

Nasib baik ada Mak Tam...kami bersembang...minum.  At least tak lah boring.  Jam dah pukul 8.30 malam Syafiq masih tidak balik.  'Hairannya..tadi dia kata kejap je' desis hati ku.  Mak Tam dah menjemput aku makan malam...tapi Syafiq masih belum balik. 

'Cuba Aina sms ke ..telefon ke?'..tanya Syafiq dimana?'  suruh Mak Tam.  Aku mengambil handphone dan mendail no Syafiq.

'Tak dapat Mak Tam.'  mula rasa tak sedap hati.  Aku dah tak senang duduk.  Ke manalah Syafiq pergi..ada jadi apa-apa ke.  Ya allah lindungilah suamiku..desis hatiku.

Duduk tak senang...berdiri tak senang...aku duduk di luar tak senang jugak..aku masuk terus ke dapur niat nak tolong Mak Tam..sekejap je aku dah gelisah.

'Aina...cuba bawak duduk, pening Mak Tam tengok...jap duduk...jap berdiri...jap keluar.  Tak ada apa-apalah..nanti balik lah si Syafiq tu'  Mak Tam cuba tenangkan aku.

'Nah ...minum milo nie...biar tenang sikit hati tu'.

'Mak Tam..Aina naik atas dulu yer...' .Aku bangun dan mengambil air milo tadi naik ke atas.  Aku teringat yang aku belum solat isyak.  Aku masuk ke toilet mengambil wuduk dan bersolat.  Ya allah..lindungilah suami ku dari segala malapetaka..aku berdoa.

'Sayang....sayang...'  aku dikejut.  Ya allah tak sedar bila aku terlelap di atas sejadah.

'Abang....bila abang balik.  Abang dah makan?...Kenapa abang balik lambat?..Aina risau..aina call tak dapat.' 

'Sayang.....abang minta maaf..k..abang buat sayang risau'  Syafiq mengusap pipiku.

'Dah...abang dah mandi dulu...badan dah melekit nie'.  Kadang-kadang Syafiq seperti tidak mahu menjawap soalan aku..samada tidak mahu menjawap atau tidak tahu nak menjawap.  Tinggal aku terpinga-pinga menantikan jawapan.

Aku tengok jam di dinding...hampir 12.00am..lambatnya ..mana agaknya Syafiq pergi.  Aku baring di katil.  Mata sudah mengantuk tapi hati aku masih tidak puas hati.  Hati janganlah sangka yang bukan-bukan.


Keluar dari toilet Syafiq terus saja berbaring di katil...lampu meja ditutup.  Layan perasaan masing-masing.  Tiba-tiba Syafiq memeluk pinggang ku.